CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

JAIS Puas Hati Dengan Bukti Dokumen Nikah Datuk Ramli MS-Alyah #pg37

[Copy link]
Post time 31-8-2014 12:46 PM | Show all posts
tertanya-tanya jugak sape la yg gigih report jais tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 01:56 PM | Show all posts
cmf_blanco posted on 31-8-2014 06:31 AM
tu la..lawak pulak tetiba nak gi ambik baldi tu..haha..
wartawan pun rasain loh..x dapat buat lip ...


Ye la untung alyah kan... Lelaki matang biasalah protective....
Very da loving.... Last edited by SUHA on 31-8-2014 01:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla tu dah nikah..kita kna hormatla org punya plan nk hebahkan biler..nk kawen kt mane..dia bkn kacau sape pun..janji halal sudeh..
To alyah n ramli selamat pengantin x brapa baru & semoga bahagia sehingga ke akhir hayat! ;)
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 07:59 PM | Show all posts
cruisekeanu posted on 31-8-2014 08:09 AM
Ramli MS ni ada IQ, spontan je dia jawab media tetapi kata-katanya memang menyengat. Sebenarnya, di  ...



Agaknya dafi leh hadam tak kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
putehkundor posted on 31-8-2014 06:22 AM
Abang ramli ms memang ada karisma.......macam datuk K yg macho berkumis.

teringin nak tgk dt k x berkumis...hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 08:48 PM | Show all posts
Bila Ramli MS buat gini ramailah support.
Cuba si Saiful Apek/ Mr. Os yang buat, sure ramai yang memaki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2014 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok RMS ni bukan asal orang singapura ke uols.. Alyah kampung gelang patah kan.. Dekatlaa tu nikah kat batam.. Mana tau alyah punya tok nenek sedara mara ada kat batam kan.. Iols sangka baik.. Jawapan tok RMS memang terbaik.. selamat pengantin baru hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes posted on 31-8-2014 08:48 PM
Bila Ramli MS buat gini ramailah support.
Cuba si Saiful Apek/ Mr. Os yang buat, sure ramai yang me ...

Kenapa pulak nak maki?suka ati dorang la nak canang ke tak. Ke ko tgh menghina saiful apek ngan mr os ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 09:39 PM | Show all posts
apapun tahnia laa wat alyah n abang ramli. smoga kekal hingga ke jannah
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:18 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 31-8-2014 09:39 PM
Kenapa pulak nak maki?suka ati dorang la nak canang ke tak. Ke ko tgh menghina saiful apek ngan mr ...

nop, ku tengah carut fans romli ms yang gegeh backing bang romli
mementang romli tu hensem bagai terus backing
cuba kalau retis tak hensem yang buat, haruslah kena maki 7 keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes posted on 31-8-2014 10:18 PM
nop, ku tengah carut fans romli ms yang gegeh backing bang romli
mementang romli tu hensem bagai  ...

So maksud ko saiful apek ngan mr os tu hodoh la?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:32 PM | Show all posts
Aku tetap xpaham nape nak kene kawen kat batam..huhu..ade yg nak santau depa ka kalau kawen kat msia
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:38 PM | Show all posts
Ok je pada aku. Dua2 single2 kot.
Sukati dialah hidup dia. Asalkn tak wat dosa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:40 PM | Show all posts
Tapi aku tetap respect rms..sebab die nak carik baldi hempok wartawan..zaman2 tua ni xyah dok menyeringih la nak crite story pasal mcmane bole jatuh cinta...bagi aku rms ni hidup untuk kehidupan..bukan hidup untuk duit..sbb tu die xkisah ape kata org..byk nau dah duit die..kalau artis lain dah kalut dah nak jaga hati peminat.sponsorship bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:46 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 31-8-2014 10:24 PM
So maksud ko saiful apek ngan mr os tu hodoh la?

chill lah pondan. motip sentap?

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes posted on 31-8-2014 10:46 PM
chill lah pondan. motip sentap?

Akhirnya pondan tua marah sambil ketap bibir jua huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 11:11 PM | Show all posts
tahniah alyah
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:23 PM | Show all posts
lantak la weh.. dema dh setel kawen. aku nunggu je bila bapak jin nk beramas mesra sini
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:31 AM | Show all posts
'Tak Salah Ramli MS & Alyah Sorok Nikah' - Ustaz Kazim Elias

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 12:27 AM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my


Ustaz Kazim Elias

PETALING JAYA: Langkah konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS dan penyanyi Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga.

Penceramah selebriti, Ustaz Kazim Elias berkata, ini pasangan itu berhak merahsiakan perkahwinan mereka itu kepada umum kerana mengwar-warkan kepada masyarakat adalah sunat.

"Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.

"Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu," katanya.

Kazim diminta mengulas berkenaan dengan isu pernikahan rahsia Ramli MS dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Rahsia pasangan itu terbongkar  apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis lalu.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Dalam pada itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.


Ramli MS dan Alyah sudah bernikah sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, Kazim berkata, orang ramai mahupun pihak media tidak perlu terlalu beria-ia menyalahkan Ramli mahupun Alyah kerana pasangan itu mungkin ada sebab-sebab tertentu apabila tidak mahu mendedahkan perkahwinan tersebut.

Katanya lagi, mengikut hukum Islam juga, apabila seorang suami mahupun isteri menafikan perkahwinan mereka, ia tidak menggugat perkahwinan sehingga jatuh talak.

"Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.

"Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.

"Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka," tuturnya.

Kinayah adalah menyebutkan sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan makna lain yang bukan makna asalnya. Antara tujuan kinayah adalah untuk memperelok makna dan mengindahkannya, di samping menyembunyikan sesuatu perkara daripada pendengar.



Credits: mstar.com.my


@maxim  
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:57 AM | Show all posts
Wartawan xnak ambik komen aunty rose plak? Last edited by berrygurl on 1-9-2014 02:00 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057061 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list