CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mybarbie

UPDATE Aliff Omar Anak Allahyarham Sh Aini Sudah berkahwin (PIC pg 1 & 6)

[Copy link]
Post time 5-10-2014 10:28 AM | Show all posts
Resepsi Anak Sharifah Aini, Aliff Omar Meriah
[size=0.75em]Aliff dan Athirah mula menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.



[size=0.98em]PETALING JAYA: Resepsi persandingan anak kepada biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar dan isteri, Nur Athirah Syed Azmi, berlangsung dalam suasana cukup meriah di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Sabtu.

Majlis bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyaksikan hampir 1,000 tetamu memenuhi ruang dewan tersebut terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis.

Antara selebriti yang hadir ialah Datuk M.Nasir, Datuk Dahlan Zainuddin, Azmil Mustapha, Joe Flizzow, Herman Tino, Datuk DJ Dave, Salimah Mahmood dan Uji Rashid.

Memilih konsep persandingan sederhana, Aliff, 32, dan isterinya Athirah, 28, tampil anggun dengan busana warna merah jambu.

Kedua-dua pasangan pengantin berarak masuk ke dalam dewan utama diringi ahli keluarga terdekat untuk ke pelamin utama. Bagaimanapun tiada sebarang acara merenjis dilakukan.

[size=0.75em]Aliff dan isterinya, Athirah. Foto UTUSAN


Sepanjang berlangsungnya majlis, pasangan pengantin dan tetamu dihiburkan oleh sekumpulan adik beradik, The Siblings.

Sementara itu, menurut bapa Aliff iaitu Ali Bakar, dia bersyukur apabila hasrat mahu melihat anaknya beristeri sudah tercapai.

"Alhamdulillah, mereka menjalinkan hubungan selama dua tahun. Selepas 44 hari arwah (Sharifah Aini) meninggal dunia, Aliff terus membuat persiapan perkahwinan.

"Tambah pula Aliff mahu majlis yang sederhana, jadi kami tunaikan permintaannya. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya.

Pada Jumaat lalu, Aliff, sah bergelar suami kepada Athirah, yang merupakan seorang doktor gigi dengan sekali lafaz pada pukul 11.20 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Aliff merupakan anak tunggal Sharifah Aini, hasil perkahwinannya dengan penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2014 08:06 PM | Show all posts
maxim posted on 5-10-2014 10:28 AM
Resepsi Anak Sharifah Aini, Aliff Omar Meriah Aliff dan Athirah mula menjalinkan hubungan cinta sela ...

sama cantik sama padan..
BARAKALLAH LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu & keberkahan atas pernikahan kamu, & mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 09:24 PM | Show all posts
tunggu setahun dua.Kita tengok pasangan bahru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya. Sama padan.
Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 11:27 PM | Show all posts
hensem gilos alif nih..taste iols ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 03:03 AM | Show all posts


Tengok gaya dia bergambor bukan mcm setengah pasangan artis or orang biasa .. time rehearsal di studio dan majlis bertunang dah terlentang tertiarap bagai dgn bakal suami/tunang sakan bergambor!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2014 06:13 AM | Show all posts
Syd posted on 11-9-2014 09:27 PM
Syarifah kan nama budak pempuan tuh

sharifah aini yang dok pilih budak pempuan neh

budak tu keturunan sharifah....tapi nama dia takde sharifah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:29 AM | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2014 10:18 PM | Show all posts
dah kawin pun tak pegang2 tgn depa nih baguih la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA posted on 4-10-2014 12:31 PM
Last okay ~ nangis mata darah pun hakak taktepek lagi.

U pegi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:36 PM | Show all posts
genUmi posted on 4-10-2014 11:06 AM
tahniah, semoga bahagia dunia akhirat

ada satu family tu akak tgk nauzubillah, buat tema ereb siap semua pakai veil bling2 ala2 belly dancer termasuklah dgn sang2 nenek

tapi tak silap akak pengantin tu bangsa boyan ke apa sebegitu, tak ereb langsung

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:38 PM | Show all posts
Esmiria posted on 5-10-2014 08:24 PM
tunggu setahun dua.Kita tengok pasangan bahru ni.

kau dah kenapa bahlol? tunggu kau mampos ke setahun dua lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:42 PM | Show all posts
beta_carotene posted on 6-10-2014 02:38 PM
kau dah kenapa bahlol? tunggu kau mampos ke setahun dua lagi?

ouch..that word....
K…………
Minta maaf dengan saya sebab maki saya. Kalau tak,saya tak maafkan akok.Wink wink.    

Have a good day.    
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 02:15 AM | Show all posts
Bless him and the bride too.

Semoga mencapai redha ALLAH dan berbahagia.

I wish them well.

hmm bagus pun , nampak sederhana tapi menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:08 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 7-10-2014 02:15 AM
Bless him and the bride too.

Semoga mencapai redha ALLAH dan berbahagia.

Wah lobainita, selama ni ko skodeng gossip jugaklah ye harreeeemmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Chuolls ..alif sambung APA Kat madinah ..macam lama sngat jee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 09:55 AM | Show all posts
mijaa posted on 3-10-2014 11:21 AM
majlis akad nikah aliff sedang berlangsung pagi ni.

ada tiga solan
1. nape nenek aliff (mak s.aini) takde? ke mata aku tak nampak?
2. bila aliff habis study and balik malaysia for good?
3. rumah s.aini akan dijual or aliff will duduk situ?
terimakasih kerana tolong ajwab

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:25 AM | Show all posts
Alhamdullilah..kahwin dah si aliff..semoga berbahagia till jannah.. cuma rasa sedih arwah mak dia tak sempat nak tengok anak dia naik pelamin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:41 AM | Show all posts
tahniah. semoga bahagia hingga ke jannah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:40 AM | Show all posts
kukulangau posted on 7-10-2014 09:55 AM
ada tiga solan
1. nape nenek aliff (mak s.aini) takde? ke mata aku tak nampak?
2. bila aliff hab ...

soalan 1 je iols mampu jawab. mak allahyaham sh. aini ada datang.
xreti pulak nak tepek gamba


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.125516 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list