View: 13049|Reply: 54
|
Nad Zainal Tepis Tuduhan Serang Hefny Sahad Di Lokasi Drama
[Copy link]
|
|
Nad menegaskan dia dan Hefny tiada hubungan cinta.
PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal menafikan tuduhan terbaharu kononnya dia telah menyerang pelakon Hefny Sahad di sebuah lokasi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna pada Selasa lalu.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia terkejut dengan gosip tersebut kerana sehingga kini dia tidak pernah pun mengganggu Hefny ketika aktor itu sibuk di lokasi penggambaran.
"Dakwaan mengatakan saya serang Hefny mengarut dan tidak berasas kerana saya tidak pernah melakukan perbuatan itu.
"Lagipun siapa saya mahu serang dia? Saya bukannya kekasih dia! Benar kami rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Gosip terbaharu timbul apabila Nad dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee di sini pada Selasa lalu.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan.
mStar Online difahamkan berlaku pergaduhan kecil diantara pasangan itu sehingalah mereka membuat keputusan untuk memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai peraaan cinta antara satu sama lain.
Mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila mereka didapati telah mengeluarkan gambar-gambar kemesraan bersama dalam akaun Instagram
masing-masing.
Sementara itu, Nad berharap isu itu tidak dipanjangkan lagi kerana gosip tersebut adalah tidak benar dan merupakan khabar angin semata-mata.
"Sudah-sudahlah, tiada motif pun saya nak bergaduh dengan dia.
"Lagi satu saya ingin tegaskan di sini, ramai yang keliru apabila kami dianggap bercinta tetapi hakikatnya kami baru nak kenal hati budi. Belum lagi jadi pasangan kekasih.
"Sehingga kini, saya mahupun Hefny boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang kami mahu," tegasnya.
Hefny yang di hubungi mStar Online pula enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu yang seolah-olah menggambarkan ia sememangnya benar-benar terjadi.
"Saya tidak mahu cakap apa-apa dah kerana yang nampak buruk tetap saya. Cuma apa yang saya boleh katakan, dakwaan diserang itu merepek," katanya.
Terdahulu, Hefny dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama yang turut diterbitkan oleh Zeel Production.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni yang tak dapat jadi pengacara Jodoh 2 itu bukan? |
|
|
|
|
|
|
|
akak syak nad zainal ni bermasalah... jdkan hefny kambing hitam sajo utk putus dgn mamat kombos... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 21-8-2014 06:25 AM
sebut pasal baja kombos nim, dia cakap Fadlan Hazim hensem tu cute
http://instagram.co ...
motif dh berpaling arah!
hope fadzlan x layan!
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm problematic je si nad ni...
tak habis2 gossip psl jantan..
kejap putus kejap becinta...
tak de citer lain dah ke psl minah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka lakonan Nad. Tp x berkenan dgn kontroversi psl jantan je memanjang. Dulu2 x mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dan2 tukar pengakuan bla3
sebelum ni sakan masing2 bg statement kat wartawan khennnn..nak2 si hefny itew |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 21-8-2014 06:25 AM
sebut pasal baja kombos nim, dia cakap Fadlan Hazim hensem tu cute
http://instagram. ...
kaka tak risau fadzlan dicaraskah?
|
|
|
|
|
|
|
|
fuh .. kombos memuji pakwenya kan |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 21-8-2014 05:00 AM
dia ni yang tak dapat jadi pengacara Jodoh 2 itu bukan?
Aah kaka,dia ni la yg ade hati dgn elle masa jodoh 1 ..dlm jodoh 2,nora gantikan dia dgn elle jadi pengacara |
|
|
|
|
|
|
|
Poyo la nad ni, makin menyampah dgn kisah2 cinta dia yg ntah hape2 tu.. saje nk up kn diri pas diri dah xde job ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 21-8-2014 06:25 AM
sebut pasal baja kombos nim, dia cakap Fadlan Hazim hensem tu cute
http://instagram. ...
Mohtip die puji fazlan begitu skali? Takkan kecewa dgn nad terus berpatah ke same jenis
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak teh restu jah azwan kombos+fadlan ni
Cute couple |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya hubungan cinta 4 segi ini, yg lebih nampak lgbt nya ialah so hefny bf baru nat.
|
|
|
|
|
|
|
|
balasan pade kekasih yg tak setia..keluo mulut rimau..masuk mulut nage
|
|
|
|
|
|
|
| |
|