KUALA LUMPUR, 4 JUN 2014: “Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa” akui Hefny Sahad ketika ditanyakan kisah cintanya bersama Nad Zainal.
Hefny juga menolak dakwaan yang dia adalah punca kepada perpisahan di antara Nad dan Azwan Kombos.Bahagia bersama Nad sebagai teman wanitanya, Hefny menyifatkan dakwaan terhadapnya itu diwujudkan tanpa soal selidik.
“Saya berada di dalam situasi yang mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua.
"erkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad dan saya bukan puncanya. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat”, kata pelakon dan pengacara berumur 27 tahun itu.
Sebelum membuat pengakuan, Hefny sudah pun berbincang dengan Nad terlebih dulu untuk menentukan sama ada pengakuan ini adalah sesuatu yang wajar dilakukan.
“Saya baru saja menghubungi Nad yang kini berada di Korea dan berbincang dengannya berkenaan temuramah bersama hlive!. Kami sependapat tiada apa-apa yang perlu disorokkan kerana perkara ini adalah perkara yang betul”.
Walaupun baru mengenali hati budi masing-masing, Hefny juga mengakui mereka pernah bercakap tentang perkahwinan.
“Kami ada bercakap tentang kahwin, tapi tidaklah dengan mendalam. Saya pun sudah berumur 27 tahun, saya dah tiada masa untuk main-main lagi. Saya tidak menolak kemungkinan jika kami ada jodoh.
Terdahulu Nad dan Azwan menjalinkan hubungan selama 3 tahun dan 5 bulan sebelum berpisah. Nad dan Hefny mula berkenalan ketika pembabitan mereka dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Production.
Post time 23-8-2014 06:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ala nanad oi.
ko ni skejap kapel skejap tak..boleh tahan jugak ko punye ponyoness eh?..
Ko igt kitrang ni bebodo lupa statement ko dulu?.
Dr aku minat ko, trus rasa menyampah dah ngan ko.
okela next pls..
Tp aku ase comment si kombos tu utk statemnt fadlan. Statemnt yg cute bukan fdlan yg cute. Sape fadlan nih? Erghhh
"JANGAN cakap padan muka pada dia...!" Ungkapan ini sangat sweet daripada Azwan Kombos terhadap bekas kekasihnya, Nad Zainal. Pemuda ini turut berkata, Nad seorang yang comel dan tak baik jika ada yang mempermainkan cinta wanita itu.