CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

Lisa Surihani-Kajol-Mat Haron melancarkan saluran baru astro,BollyOne HD 251

[Copy link]
Post time 21-8-2014 08:25 PM | Show all posts
cantik diusia ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kajol memang lawa laa..dgn mata bundar kaler hijau biru tu. Sweet dan cantik..Sgt manis orgnye. Org India ni mmg bangga dengan saree kari dorang kan? Aishwarya Rai aritu mai Mesia promote jam pakai baju sopan je ciri2 India tu ada malu jek org kita time tu skirt pendek nampak dada bagai.. Last edited by Lion11 on 21-8-2014 08:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:50 PM | Show all posts
Kajol nmpak sgt2 cantik jelita bila dok sebelah LS yg plain & boring
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju lisa buruks
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Chait!!! Dulu channel bollywood ada depa ganti dgn cenel drama filipina spain
Tup tup amik balik cenel Bollywood pehtu ganti nama baru poyo amat Astro nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:54 PM | Show all posts
kajol is beautiful

i malas nak baca artikel.kenapa mesti lisa interview? eiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik gila kajol...habis tenggelamnya si kayu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kehkehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 01:15 AM | Show all posts
cantek nya sheols...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 01:20 AM | Show all posts
kalau kat malaysia ni kulit2 mcm kajol ni tak da siapa yg pandang, siap kutuk tahap gaban. Senyuman kajol ni mmg manis sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 09:40 AM | Show all posts
Lepas bersalin long time ago nampak mcm berisi.kuruuuusss dah Kajol Last edited by farhana008 on 22-8-2014 09:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:01 AM | Show all posts
cantiknye dia ble live
walaupn da berusia
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:10 AM | Show all posts
mere pyari anjali... huhuhu she is gorgeous.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:31 AM | Show all posts
mamaezah: cantiknya kajol................love the smile, the saree and her hair


betul x3
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:46 AM | Show all posts
lawa....dulu dan skarang...
masa zaman dulu die gelap je kan..cam standard hindustan..
dah kaya lawa laa kulit dah fair n lovely...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:49 AM | Show all posts
serious lawa kajol
makin lawa la plak dah masuk 40
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 12:39 PM | Show all posts
bestnya kalau ada kuch2 hota hai 2.. nak tgk dorang belakon sama balik
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 02:26 PM | Show all posts
esok malam nak pasang cd KKHH
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 02:32 PM | Show all posts
cantiknya kajol... ms kuch kuch hota hai knp aku rs dia biasa2 je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 01:19 AM | Show all posts
    Lisa Surihani teruja dipeluk Kajol          
Oleh Zaidi Mohamad
                                
   
   

   
  
      zaidim@bh.com.my



KUALA  LUMPUR:  Ada dua kegembiraan yang dilalui aktres popular, Lisa Surihani baru-baru ini. Satu daripadanya ialah berpeluang mewawancara pelakon Bollywood pujaannya, Kajol yang berkunjung ke Malaysia untuk majlis pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD (saluran 251).



Kedua, impiannya untuk berlakon dengan produksi teater milik Datin Seri Tiara Jacquelina akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau ditawarkan membintangi pementasan teater muzikal P Ramlee musim ketiga membawakan watak Junaidah.




Lisa yang dihubungi BH Online mengakui cukup teruja dan terharu dengan dua pengalaman indah itu.
"Ketika acara pelancaran saluran baharu BollyOne HD itu saya diberi mandat untuk menemubual Kajol sebanyak 10 soalan di pertengahan majlis itu. Kajol menjadi tetamu khas kepada saluran berkenan.



"Antara soalan yang saya ajukan ialah perasan dan tanggapannya terhadap Malaysia, penggunaan media sosial selain perkembangan terbaharu. Malah saya juga memberanikan diri meminta izin untuk dia memeluk saya dan dia tergelak dan dengan spontan memeluk saya di atas pentas yang disaksikan tetamu serta rakan media.



"Awal Ashaari yang menjadi pengacara majlis utama turut mencuri kesempatan untuk mengajak kami berdua berselfie," kata isteri kepada Yusry Abdul Halim itu.



Bagi Lisa, peluang menemuramah Kajol itu sangat berharga buat dirinya. Malah selepas temubual itu, Lisa sekali lagi menemubual pelakon berkenaan untuk lima soalan secara spontan di dalam bilik berasingan.



Di dalam bilik itu, Lisa menyedari Kajol lebih santai berbanding atas pentas yang diperhatikan ramai tetamu. Kata Lisa lagi, beliau boleh bergelak dan sangat merendah diri. Cuma di atas pentas barangkali Kajol naik segan dan sedikit gementar menjadi tumpuan.



"Beliau antara pelakon Bollywood kegemaran saya dan sangat bersemangat mewarnai persada seni di sana. Apatah lagi beliau dilahirkan dalam keluarga seni. Saya sendiri secara peribadi suka cara dia mewarnakan watak yang diberikan. Dapat lihat keikhlasannya dalam setiap lakonan.



"Dia sangat jujur dengan kerja yang dilakukan. Dia pun sangat mengutamakan keluarga dan menghormati orang.  Dia  sempat berpesan kepada saya dengan memanjangkan nasihat ibunya yang sering dipegang sekian lama iaitu 'you cannot lie infront of the camera'," katanya.




Berbicara lanjut mengenai tawaran melakonkan watak Junaidah untuk teater muzikal P Ramlee, beliau berkata ia datang sekitar sebulan lalu daripada Tiara sendiri.
"Kalau yang mengikuti kerjaya seni, saya pernah cakap memang teringin untuk bekerjasama dengan produksi milik beliau terutamanya di pentas teater. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan juga akhirnya.



"Untuk watak Junaidah apa yang lebih ditekankan ialah nyanyian. Malah menariknya uji bakat saya banyak dilakukan Tiara menerusi khidmat aplikasi Whatsapp saja di mana saya banyak menghantar rakaman suara dan nyanyian untuk diteliti.



"Saya bukanlah penyanyi yang baik. Setakat suka-suka saja. Tapi beliau memuji saya dan baginya apa yang penting ialah teknik serta berjaya menyampaikan maksud dalam lagu yang didendangkan. Tapi saya perlu menjalani latihan mengasah bakat nyanyian untuk teater ini," katanya yang dalam hati masih tidak percaya tawaran itu datang daripada produksi yang diminati sekian lama.



Selain menyanyi,  unsur tarian turut ditekankan bagi merealisasikan watak Junaidah.
"Pat Ibrahim selaku pengarah untuk teater ini nak tengok saya menari pula. Kebetulan saya sebelum ini ada terbabit dengan filem Sinaran yang memerlukan saya menari juga. Jadi saya menghantarnya rakaman video saya menari untuk filem berkenaan," katanya.




Teater muzikal P Ramlee ini turut akan menampilkan Tiara Jacquelina, Tony Eusoff dan Nadia Aqilah. Ia akan dipentaskan pada 3 hingga 13 Oktober depan di Panggung Sari Istana Budaya. Untuk tempahan tiket dan info lanjut boleh layari www.tickethotline.com.my atau www.facebook.com/PRamleeMusical.




"Sesi latihan akan bermula hujung bulan ini," katanya ringkas.
Mengenai sisi peribadi, Lisa terus bahagia bersama Yusry.



"Alhamdulillah semua ok. Yusry sekarang ini pun sedang sibuk untuk pos produksi filem Cicakman 3.  Saya pula akan sibuk dengan latihan teater," katanya yang mempunyai ramai pengikut di laman
Twitter
.


  
                                                                                                    Kajol (kanan) bersama Lisa Surihani pada majlis pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD di Ampang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
   




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.176100 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list