CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DIYAnIFA

MATTA FAIR 2014

[Copy link]
Post time 8-9-2014 05:32 PM | Show all posts
thn lepas sept nyer matta fair beli voucher hotel direct rm110/nite... 2 minggu lepas baru guna ehehehe.... alhamdulillah masih boleh diterima.  mac 2013 nyer beli voucher hotel di lang tengah - kena guna by march gak - ie check in mesti dlm bulan march - check out early april xper.  dulu penah beli voucher hotel kat bali - pegi pun lepas validity date sbb mohon extend di atas sebab yang xdpt di elakkan - tapi beza dlm 2/3 bulan pas validity date tu lah.. tapi ada ada hotel xmau langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2014 06:11 PM | Show all posts
Semalam (Ahad) which is hari terakhir aku pergi MATTA Fair... sebab Jumaat takde kereta, Sabtu kerja + annual dinner. Hari Ahad plak aku training, terus shoot pukul 4 petang ke KL.

Punyalah dugaan nak pergi MATTA Fair ni.. dengan takde kawannya, dengan busy kerjanya, tapi kali ni memang aku nekad...apa pun terjadi aku mesti dapatkan satu pakej impian aku...
Aku memang tawakal je redah jem pergi PWTC sebab nak naik komuter takut hilang energy nak turun naik KTM...
Parking aku masuk celah2 lorong sumer congested... last2 ada couple baru keluar parking kat tengah2 divider
Belum pun sampai MATTA Fair pelbagai paper bag & gift aku dah dapat. Puncanya, pelbagai jenis bank tahan aku suruh apply cc, cett... punyalah promoter bank tu desperate, diorang cakap tolong lah diorang nak habiskan free gift tu sumer
tapi ok gak salah satu gift dapat power bank.. so tak payah beli  

aku terus tuju Hall 2 bahagian oversea...
pastu disambut satu booth ni.. nampak presentable iaitu PARLO. so, diorang explain tempat aku nak pergi tu. Aku target departure date within Chinese New Year 2015... tapi dilema lak antara Western USA dgn Amsterdam. Sebab that period Amsterdam still winter, padahal kalau aku pergi Amsterdam mesti kena tengok bunga tulip mekar mewangi..tapi, aku prefer Amsterdam dr Western USA sebab murah sikit... separuh harga...
So disebabkan CNY tu Amsterdam masih winter, terpaksalah aku switch to Plan B aku..

jap sambung... aku tumpang kereta org ni


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita posted on 8-9-2014 06:11 PM
Semalam (Ahad) which is hari terakhir aku pergi MATTA Fair... sebab Jumaat takde kereta, Sabtu kerja ...

Cptla smbg citer hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 09:20 PM | Show all posts
ApaiSigat posted on 8-9-2014 05:20 PM
Betul tu, saya pun pegi sendiri dgn keluarga 2A 2C pun tak sampai RM10,000 pun termasuk flight. Si ...

samalah. Aku sia naik flight domestic return Seoul/Jeju/Seoul & sewa keta kat Jeju. Mmg murah klu pergi sendiri tanpa ikut agent.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 09:21 PM | Show all posts
wanitajelita posted on 8-9-2014 06:11 PM
Semalam (Ahad) which is hari terakhir aku pergi MATTA Fair... sebab Jumaat takde kereta, Sabtu kerja ...

sambunglah cerita ko. Aku gelak gelak2 baca post ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:58 PM | Show all posts
wanitajelita posted on 8-9-2014 06:11 PM
Semalam (Ahad) which is hari terakhir aku pergi MATTA Fair... sebab Jumaat takde kereta, Sabtu kerja ...

Citer tak habis. Dah titun kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2014 09:41 AM | Show all posts
ok sambung citer semalam

sebelum aku pergi MATTA FAIR 2014 ni memang aku dah lukis gambar rajah utk berfikir secara analitik.. bukan apa, takut rambang mata plak masa di MATTA Fair nanti khenn..

so ini yg aku nak:

1) Departure date mestilah within 19-22 Februari 2015 iaitu Chinese New Year
reasonnya... aku dah letih duduk termenung sendirian semasa cuti CNY, Raya, dll yg panjang. Even org kata elakkan bercuti masa peak season sebab harga mahal, aku pulak fikir masa Public Holiday boleh bercuti tempat jauh dan lama, sebab jimat Annual Leave. So taklah effect performance sangat betul tak?
Harga bukan jauh sangat beza pun... setakat 400-500 nak banding unpaid leave nanti.. so, better pilih cuti panjang CNY nanti.

2) Destinasi pilihan mestilah either two, Western USA (Los Angeles, Las Vegas, California) or Amsterdam..
sebabnya, Amsterdam nak tengok taman bunga tulip berwarna warni... which is early of the year.. tak daya aku nak tunggu trip sampai 2016 pulak...

Harga of kos lah, semua orang nak yg murah kan...so bila dah sembang dgn budak Parlo tu aku dapati, Western USA harga 13,000 all in termasuk apply Visa sumer. Amsterdam (pakej Europe) harganya separuh drpd Western USA iaitu 6,000. So aku macam nak pergi Amsterdam sbeba murah sikit so trip USA boleh aku delaykan hujung tahun ke... pertengahan tahun ke...

tapi aku ada dua masalah, Amsterdam ni masa CNY tu nanti masih winter lagi..
so nak tak nak... aku terpaksa aheadkan plan Western USA tu...mula-mula aku jalan lagi ke Travel Agent yg lain tu, masalahnya pakej USA sama je...travel agent berbeza pakejnya sama, so harganya sama... kalau harga lain pun sebenarnya belum campur lagi air port tax & visa dll tu.. so lebih kurang je sebenarnya..aku tak tengok Poto Travel sebab dioang dah tak buat lawatan ke USA tu sebab takde sambutan...

so since tak banyak Travel Agent buat lawatan ke USA, aku buat decision berani dlm hidup aku utk Proceed dgn Parlo Travel.. Parlo ni femes di kalangan Chinese... maybe service ok kot, tahu je lah chinese kan cerewet.. banyak songeh.. so kalau chinese banyak pilih Parlo Travel ni maknanya ok lah tu kot

Akhirnya aku pun bulatkan tekad utk confirmkan booking aku tu... kena bayar 2 ribu utk pakej lebih drpd 10 ribu... jadi, bermulalah journey seorang traveller...aku bakal ditempatkan dgn seorang loser jugak dlm satu bilik aku tu nanti.. tak sabar nak tahu sapa

yang pasti... inilah keputusan paling berani dlm hidup aku... semoga aku gembira

*edited sebab banyak benar silap ejaan.. tunggu driver amik punya pasal




Last edited by wanitajelita on 9-9-2014 01:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:20 AM | Show all posts
wanitajelita posted on 9-9-2014 09:41 AM
ok sambung citer semalam

sebelum aku pergi MATTA FAIR 2014 ni memang aku dah lukis gambar rajah u ...

Hahaha... tahniah la! Dah memulakan langkah pertama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 11:36 AM | Show all posts
wanitajelita posted on 9-9-2014 09:41 AM
ok sambung citer semalam

sebelum aku pergi MATTA FAIR 2014 ni memang aku dah lukis gambar rajah u ...


dah abis cerita. hehehehe!! selamat bercuti & selamat ditempatkan sebilik dgn whoever it is.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:45 AM | Show all posts
Kittie posted on 9-9-2014 11:20 AM
Hahaha... tahniah la! Dah memulakan langkah pertama.

kan? aku malas nak banyak fikir... duit simpan ke tua buat apa, buat stress je, baik aku pergi travel sementara tengah single ni..



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:55 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 9-9-2014 11:36 AM
dah abis cerita. hehehehe!! selamat bercuti & selamat ditempatkan sebilik dgn whoever it is. :lo ...

oitt belum lagi laa... tahun depan, lagi ada 5 bulan sebelum departure date.. haha.. aku tak kisah sebenarnya, as long as orang malaysia, so kira dah boleh memahami each other... tak nak faham pun takpe, sebab bukan 24 jam duduk dalam bilik

namun dijangka akulah peserta termuda dalam trip tu nanti.. sebab aku dah tanya agent tu, dia cakap peserta more than 30s... iye lah kan ekonomi stabil dah nak terbang trip jauh-jauh.. terdiam gak aku, sebabnya, aku beli 30 series lagi... hahaha...

jangan banyak nyonya tua ok.. sakit mata... tapi memang aku sembang2 dgn agent tu (perempuan Melayu), dia cakap mostly old chinese yg pergi travel. sebab style diorang, kumpul duit masa muda2 dah tua saving cukup baru enjoy travel merata dunia... so, aku deny, puncanya Chinese dah tua-tua tunggu mati je tu pasal dah tua-tua nak masuk shopping mall la apa laa, ish.. buat rosak pemandangan indah je haha

lain lah macam org Melayu dah tua2 sibuk nak pergi masjid, buat amal ibadah bukan masuk shopping mall... sebab kita percaya life after death kan..

tapi masalahnya, org Melayu masa muda pun bukan nak sangat pergi travel... dulu aku ingat lagi masa company trip, jenuh aku ajak ENgineer, Manager Melayu2 tapi sumer tak nak join.. pergi HQ pun budak2 pempuan tu sumer tak nak.... bodohnyaa aku rasa, company bayar 2/3 drpd fee tau..tapi tak nak amik peluang.. pelik, duit diorang pergi mana sebenarnya??

Aku syak, generasi muda Melayu sibuk menikah awal, buat anak & beli kereta besar2.. nak jadi social climber gitew... (jangan lahariku)



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:57 AM | Show all posts
wanitajelita posted on 9-9-2014 11:55 AM
oitt belum lagi laa... tahun depan, lagi ada 5 bulan sebelum departure date.. haha.. aku tak kisah ...


tahniah.....trip nie brapa hari?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:22 PM | Show all posts
wanitajelita posted on 9-9-2014 11:55 AM
oitt belum lagi laa... tahun depan, lagi ada 5 bulan sebelum departure date.. haha.. aku tak kisah ...

Aku rasa org Melayu budaya melancong ni bukan dlm darah kita. China/India mmg suka berjalan2 abiskan duit. Org Melayu ni abiskan duit beli perabot mahal, kereta besar, barang barang kemas.  Ko tgk sajalah, klu anak2 nak msk asrama, bukan anak yg sibuk tp mak/pak yg terlebih sibuk. Risaulah anak tak mknlah itu ini. Mcm mana anak nak belajar berdikari. Tu tak berani melancong sorang sorang kemana2. Aku tgk anak mat salleh umur 18-2 thn sorang2 round the world. Byk kali dah terjumpa.

Anyway, ko termuda dlm grp ni pun bagus gak. Asal jgn ko pula kena pimpin org2 tua ni. kekekeke!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:28 PM | Show all posts
wanitajelita posted on 9-9-2014 11:45 AM
kan? aku malas nak banyak fikir... duit simpan ke tua buat apa, buat stress je, baik aku pergi tra ...

Kalu dari usia muda dah mula travel memang banyak untungnya. Lebih fit dan confident . Aku mula travel semenjak mula kerje sehingga lah hari ini. Aku  backpaker saje sbb nak jimat dan bebas. Mase dulu maklumat susah nak dapat tp aku tetap travel dgn bantuan kitab lonely planet.Dulu mana a da. Air Asia aku naik saje mcm 2 airline dan transit mane2. Tidor kat airpot dah amalan biasa. Memamg mencabar tp satu kepuasan sbb dapat berjimat sambil bermusafir. Aku solo female backpaker. My next trip is Nepal coming soon
Last edited by akusukaq on 9-9-2014 12:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 01:54 PM | Show all posts
midori888 posted on 9-9-2014 11:57 AM
tahniah.....trip nie brapa hari?

biasa je wei nak ucap tahniah kat aku.... trip 12 hari 9 malam. Departure date 20 Februari hingga 3 March 2015. So aku apply annual leave 8 hari sahaja..



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:08 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 9-9-2014 12:22 PM
Aku rasa org Melayu budaya melancong ni bukan dlm darah kita. China/India mmg suka berjalan2 abisk ...

Tu pasal aku cakap org Melayu ni more to social climb sikit... duit diorang banyak habis pd material, bukan pada benda yg tak nampak mcm travelling. thats why allocation utk travel tu tak sebanyak mcm chinese.. budak2 Melayu muda yg normal jarang yg suka travel guna duit sendiri... diorang prefer harapkan berlakunya keajaiban atau rezeki datang bergolek seperti terpilih oleh majikan untuk factory visit, outstation, cari biasiswa sambung blajar di oversea atau memenangi hadiah percutian sponsor dan sebagainya

Padahal sebenarnya melancong, melihat keindahan dunia ini adalah amalan Rasulullah s.a.w., sunnah nabi bila kita ikut. Sebabnya, melalui bermusafir lah kita dapat mengenali true colours seseorang, kalau kita nak kenal perangai seseorang try bermusafir dgn dia, lagi satu amalan melancong ni boleh mengeratkan silaturahim kalau participant tu ahli keluarga atau kawan-kawan kita. Tengok... melancong tu sunnah nabi ko.. kalau ko beli Merc hade??

Aku pernah baca buku pakar psikologi Stumbling On Happiness, Daniel Gilberts, "Apabila terpaksa memilih antara shopping dengan aktiviti, pastikan kamu memilih tawaran yang kedua"

Reasonnya... kebanyakan orang berpendapat memiliki sepasang suit adalah tindakan yg bijak, kerana aktiviti santai mempunyai tempoh terhad berbanding barang berjenama. Tetapi bezanya, memori itu akan sentiasa bermain di fikiran, berrbanding barang yang dibeli (perabot, kereta, handbag) akan hilang keistimewaannya bila sudah kerap digunakan.. Nampak??




Last edited by wanitajelita on 9-9-2014 02:10 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 02:12 PM | Show all posts
akusukaq posted on 9-9-2014 12:28 PM
Kalu dari usia muda dah mula travel memang banyak untungnya. Lebih fit dan confident . Aku mula tr ...

wow... kagum sy baca pengalaman saudari... ada FB tak?



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:18 PM | Show all posts
wanitajelita posted on 9-9-2014 02:08 PM
Tu pasal aku cakap org Melayu ni more to social climb sikit... duit diorang banyak habis pd materi ...

Oh!! mentality subsidi mmg sebati dgn org Melayu

Aku dari zaman muda lg mmg suka travelling. Aku mulakan dgn travelling seluruh Msia secara backpackers. Baru ke negara jiran mcm Indonesia, Thailand, Snigapore, Vietnam, Cambodia.  Dpt pasangan yg satu kepala satu kepala suka mengembara, lg panjang langkah kami lepas kahwin. Barulah ke Australia, China, Hong Kong, Korea, Jepun, New Zealand & coming soon Europe. Benda2 branded & material tu cukup ala kadar saja tp bukan kemestian buat kami.

Mcm ko ckp, pengalaman mengembara ke negara org, duit tak blh nak ganti. Priceless.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 03:21 PM | Show all posts
wanitajelita posted on 9-9-2014 01:54 PM
biasa je wei nak ucap tahniah kat aku.... trip 12 hari 9 malam. Departure date 20 Februari hingga  ...


oic...thank you for sharing....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 09:35 PM | Show all posts
wanitajelita posted on 9-9-2014 11:45 AM
kan? aku malas nak banyak fikir... duit simpan ke tua buat apa, buat stress je, baik aku pergi tra ...

Good Good ahkak support!

Macam ahkak kalau tak travel macam demam.... hahahaha... enjoy your trip

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073512 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list