CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57511|Reply: 119

Jalan ke Mersing Johor memang puaka ke?

[Copy link]
Post time 21-8-2014 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Aku jumpa cerita ni dari sebuah blog. Kenapa aku cari cerita pasal mersing ni? sebab adik aku dapat tawaran belajar kat sana, bila dah baca cerita cam ni aku trus suruh adik aku cancel.

Apa pendapat korang dengan tempat ini? mmg berpuaka ke? kerap ke kemalangan?





Cerita 1:
"Berani ko lalu Jalan Kluang - Mersing tu malam2!!".. Itu laaa ayat mukadimah member aku bila kami berjumpa kat Mersing minggu lepas. Haaa.. awat yg bunyi seram plak jalan nih...


Jalan Kluang - Mersing tu antara salah satu yg depa suka kaitkan dengan misteri2 pelik, ya la kan, jalan tu pon terletak antara kawasan hutan. Dari Kluang, kita akan berjumpa Pekan Kahang sebelum jumpa Pekan Jemaluang. Ataupun short cut kepada jalan tu, kita masuk ikut jalan ke FELDA Nitar.

Aku sampai Kluang dalam pukul 7:30 malam. Aku singgah makan dulu sebelum cargas ke Mersing. Kebetulan aku lalu waktu tu hujan lebat. Ada pulak sebiji kereta tergolek dog kat satu selekoh kawasan jalan tu. Jadi, pe kebenda yang misterinya??

Cerita Member:-
Ikut cerita, satu hari, bapak sedara dia on the way balik ke Mersing lalu Jalan Kluang tu la.. Waktu malam macam aku la gak. Sampai kat satu kawasan hutan, pakciknya nampak laa seorang tua dok jalan terkedek2 sorang diri... Pakcik dia ni pon peramah ya alam. Ditegurnya pakcik tu...

"Assalamualaikum pak aji.. Nak kemana??"
Jawab pakcik ni... "Waalaikumussalam... Haaa... pakcik berjalan nak ke Mersing niii..!!"
"Jauh lagi tu pakcik nak sampai Mersing.. Pakcik dah berjalan kaki ni dari mana??"
Ni la misterinya beb.. Pakcik tu jawab... "Jauh dah pakcik jalan... Dari Muar tadi!!!"
Tak cakap banyak dah, pakcik dia pun kata,.. "Oooo.. Muar yer.. Ok la.. Babai pakcik!!"

Utk hangpa yang xtau, Muar ni dah bapak jauh ya amat bai.. Bodo2 pon mau 100 km nak sampai Kluang. Tak sampai tengah hutan tu lagi.... Haaaa... Kot nak marathon pon awat laa jalan kaki malam2, sorang2 plak tu...

Cerita 2:-

Utk kawan2 yang pernah pi kursus DPA, modul tentera, mesti hangpa akan ingat KEM PULADA kat Ulu Tiram kan. Terletak kat Jalan Persekutuan 3 menghubungi JB ke Kelantan. Ni plak versi cerita daripada pak sedara aku. Sama jek ayat depa, "Kalo boleh elak lalu laaa jalan pi Mersing tu malam2.. bahaya!! Dalam hutan.. Macam2 benda pelik jadi!!"....

Versi Pak Sedara Aku:-
Kat kawasan Hutan Simpan Panti, akan ada 4 biji kubu tentera kat tepi jalan. Misteri jugak, awat laaa hangpa tak alihkan kubu tu... Kot saja nak simpan utk tujuan sejarah kot...

Ceritanya gini.. Satu malam, dalam perjalanan balik dari Terengganu, ada laaa beberapa biji kereta tgh melalui kawasan kubu ni... Dari jauh, xpasai2 ternampak ada cahaya tembak-menembak keluar dari kawasan kubu. Kubu sini dok balas2 tembak laaa kiranya.. Haaa.. Apalaga.. Pakat2 berenti laaa 2-3 biji kereta bila nampak. Xkan nak terus. Kang kalau betul orang practice perang2 kat situ mau kojol...

"Awak nampak ke apa yang saya nampak tadi??"... Tanya sorang daripada drebar2 ni... Masing2 menyahut nampak... Pakat bincang, last2 depa decide nak lalu gak antara kawasan kubu ni. Tapi bila dah sampai situ, xnampak pon kot2 ada askar ka, lori ka, trak tgh dok berenti utk training...

Tu la dia misteri dua batang jalan kat Johor ni.. Betui ka ada benda pelik2, wallahua'lam... Huhuhu....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 02:58 PM | Show all posts
so??trus suh adik hang cancel study????pedia hang ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:21 PM | Show all posts
Mcm ni la.. Daripada 100 org yg selalu jalan kwsn tu malam2.. ade 10 org yg kata jgn lalu.. 90 org lgi kata, lalu malam2 pun takde ape2.. so nak ikut yg mane.. aku pun selalu lalu jalan tu malam ke siang.. takde ape plak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:30 PM | Show all posts
akak balik kampung akan ikut jalan ni. selalunye waktu malam.suami kata selesa sket memalam.alhamdulillah, tak jumpe apa apa yg menakotkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 03:34 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 21-8-2014 02:58 PM
so??trus suh adik hang cancel study????pedia hang ni.......

ye la macam jauh je kan. sampai dalam felda tu. pastu bnyk cerita aneh!

ada lagi mcm2 cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul, semata-mata sebab benda yang belum pasti hang suh adik hang jangan sambung belajar situ..

sian dia..
sekarang study mana dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 03:45 PM | Show all posts
cef_gango posted on 21-8-2014 03:34 PM
ye la macam jauh je kan. sampai dalam felda tu. pastu bnyk cerita aneh!

ada lagi mcm2 cerita.

adik hang ulang alik ke jln tu..ke dok hostel je...slalu study ni dok hostel je pe nk susah..ha tgk org2 len ckp ok je...sebenarnye mende ni kt mana2 pun ada..tp kita ni jgnla terlalu obses sgt..smpai xbg adik hang smbung study tu...isk3....k TT..ada lg cite2 len??smbung2...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 04:07 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 21-8-2014 03:45 PM
adik hang ulang alik ke jln tu..ke dok hostel je...slalu study ni dok hostel je pe nk susah..ha tg ...

Lokasi kemalangan ini katanya di Felda Nitar, Mersing, Johor.

Yang pelik tu, macam manalah kereta Vios tu boleh ‘terbang’ sampai macam tu sekali?

Mungkin kakak baju kurung warna hijau tu boleh cerita hehehehe

Atau mungkinkah anda ada maklumat yang nak dikongsikan mengenai kemalangan ini?

Apalagi, jomlah kongsi!

Ok..Disini akak kongsikan cerita pasal jalan maut ni...
bukan citer pasal keter ni...ni citer pasal jalan tempat kejadian ni..


Akak mmg tinggal di Mersing,suami akak seorang guru...
Masa tu..suami akak baru ditukarkan ke SK Felda Nitar 1,Mersing..
Baru je..lebih kurang setahun yang lepas...

suami akak kesekolah selalunya naik motor jer..sbb??
Katanya bila naik keter..time tghari waktu balik skolah..mmg dia selalu ngantuk..
jadi bila naik motor...kurang sket ngantuknya..
maklum je..bila tghari buta...jalannya mmg sunyi sepi..kiri kanan dipenuhi dgn hutan kelapa sawit...
Kenderaan pun jarang2 sekali yang lalu lalang

Jalan ni..selalu sangat berlakunya eksiden yang menyebabkan kemalangan maut...
Jadi nak tanya siapa?..sbb yang terlibat selalunya maut ditempat kejadian..

Ok..pendekan citer..
Baru beberapa minggu suami akak berulang alik dari rumah ke Felda Nitar...
tak de la lama mana sangat pun
selalunya dalam 40 min sampailah...

Pada hari kejadian tu..
suami akak berada dalam opis..
macam biasa pasu bunga kecil mmg sentiasa berada diatas meja..,
masa tu dah tiba waktu balik makan,suami akak menoleh sekejap kebelakang...mencari sesuatu di laci meja..

Bila dia menoleh kembali ke meja asal..baru dia perasan...pasu atas meja dia tiba2 tak de...
jangan kan dia,akak pun rasa pelik..
sbb 2,3 kali pasu kecil tu berubah tempat
lagi la pelik..

sedangkan semua staff dah balik
tiba2 dia terpandang pasu tu terletak atas almari buku..pelik..
besoknya pasu tu berubah lagi kedudukannya

Pearsaan dia pun dah lain macam jer..
seram sejuk..

1.30 petang:

Hujan gerimis...hari panas..
Jalanraya lengang..sunyi sepi..
sebuah kenderaan pun tak de..
Hati terasa tak sedap...namun..diredahnya juga perjalanan pulang dgn menaiki motorsikal.


Jalan Nitar-Mersing
Sampai ditempat keter vios tu terbang...tetiba...ada sebuah motosikal scrambler mengekori rapat dibelakangnya..

Siapa??Rapat sungguh ..

sayangnya lelaki yang menunggangnya memakai helmet bertutup,bersarung tangan dan berjaket..Wajahnya langsung tak nampak..
Lelaki itu mengekori rapat..makin rapat dan rapat..
namun memotong motorsikal yang dinaiki suami akak tidak sekali-kali
Yang lebih pelik..
enjin motorsikal dari lelaki misteri itu langsung tidak kedengaran..

Seketika..Suami akak..menoleh ..namun...sunyi sepi..
Kelibat seorang manusia pun tak de..hanya pokok sawit dikiri kanan jalan...


Besoknnya kejadian yang sama berulang,juga ditempat yang sama...

hari ke 3:

ditempat sama...suami akak melihat kelibat seorang lelaki bertenggek di batu tanda tepi jalan..merenung tajam memandangnya...lama dia merenung tanpa berkelip

Motorsikal diberhentikan..suami akak menoleh kebelakang,namun..kelibat seorang manusia pun tak kelihatan...hanya hutan dikiri kanan jalan...
sunyi..dan suram suasana jalan ketika itu

Jadi siapa??
Kenapa lelaki itu mengekori dgn rapat sekali...macam nak ajak berlumba lagaknya...
namun sekelip mata saja lelaki itu tiba-tiba ghaib??

Disitu juga tempatnya kawan akak meninggal krn kereta yang dipandunya terbabas...adakah penyebabnya lelaki misteri itu juga?
atau ianya suatu kebetulan??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2014 04:08 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 21-8-2014 03:45 PM
adik hang ulang alik ke jln tu..ke dok hostel je...slalu study ni dok hostel je pe nk susah..ha tg ...

hmm so tmpt ni ok la? tp asal ramai kt blog2 cita semua mcm da lalui bnda ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 04:12 PM | Show all posts
aku x tau lak jln nie berpuake. patut la ms gi mersing dulu husband aku bwk kete speeding sbb nk kuar dr jln tu sebelum maghrib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 04:15 PM | Show all posts
Van jenazah dipandu Epin menderu laju meninggalkan Felda Tenggaroh 1, menghala ke bandar Kota Tinggi pada 2 September 2013, kira-kira jam 3.30 pagi.

Selepas menghantar jenazah ke Felda tersebut, Epin mahu segera pulang ke rumahnya yang terletak di bandar Kota Tinggi, Johor.

Perjalanan pulang pagi itu agak sepi. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan di antara Johor Bahru ke Mersing.

Hanya sesekali van jenazah dipandu Epin berselisih dengan kereta atau lori-lori kenderaan berat.

Setengah jam memandu seorang diri dalam keadaan bosan, tiba-tiba Epin dikejutkan dengan deringan telefon. Cepat-cepat dia menjawab panggilan daripada isterinya itu.

"Abang kat mana? Balik tak?", tanya isterinya.

"Dah hantar jenazah. Ni on the way balik," jawab Epin lalu menamatkan perbualan.

Tapi, sebaik telefonnya diletakkan di kerusi sebelah dan melalui sebuah selekoh tajam di kilometer 46.5, tiba-tiba Epin tergamam.

Manakan tidak. Di depannya kelihatan sebuah kenderaan berada di laluan bertentangan selepas hilang kawalan. Kenederaan itu bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum berpusing-pusing beberapa kali.

Sepantas kilat kaki Epin menekan brek. Serentak tangannya menyentap stereng ke sebelah kiri, mengelak dari bertembung kenderaan tadi. Bunyi tayar menjerit mencengkam jalan.

STREEETTTTT.... DAMMM!

Suasana sunyi sepi. Badan Epin menggeletar. Jantungnya berdenyut kencang.

Akibat cuba mengelak kenderaan tadi, van jenazah dipandunya terbabas ke kiri sebelum melanggar penghadang jalan.

Bila keadaan sudah tenang, Epin cepat-cepat keluar dari van jenazah tersebut. Baru dia tahu rupanya, van jenazahnya sudah tersadai di atas pembahagi jalan.

Epin meninjau keadaan sekeliling mencari kenderaan yang terbabas tadi.

Tapi, Epin pelik. Kereta yang terbabas dan hampir melanggar van jenazahnya tiada di situ! Yang ada hanya van jenazahnya saja.

""Pelik. Mana pula perginya kereta tadi?", soalnya hairan sebab yakin kenderaan itu betul-betul terbabas dan mereka hampir berlanggar.

Disebabkan van tidak boleh bergerak dan handphonenya tercampak ketika kemalangan, Epin gagal menghubungi sesiapa untuk meminta bantuan.

Epin berdiri di tepi jalan. Niatnya mahu meminta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain.

Tapi, selepas hampir 20 minit menunggu, sekali lagi Epin terasa pelik.

Hampir 20 buah kenderaan telah melalui kawasan itu dan sudah hampir 10 buah kereta ditahan tapi peliknya tiada sebuah pun yang sudi berhenti menghulur bantuan.

Lebih pelik, semua kenderaan itu berlalu begitu sahaja seolah-olah langsung tidak nampak kemalangan yang berlaku.

"Mustahil tak nampak. Tepi jalan saja. Biasanya kalau ada kemalangan, mesti kereta slow. Ini semuanya laju. Tak nampak ke?", bisiknya dalam hati.

Akhirnya selepas 20 minit, sebuah kereta berhenti dan bertanyakan kemalangan yang berlaku. Pantas Epin meminjam telefon pemandu tersebut lalu menghubungi rakannya meminta bantuan.

Setengah jam kemudian, rakannya tiba bersama trak penunda. Sebelum van jenazah ditunda, pemandu trak merakam gambar van tersebut terlebih dahulu.

Gambar itu dirakam sebagai bukti van tersebut terlibat kemalangan apabila pihaknya mahu menuntut insuran nanti.

Dua hari kemudian, Epin terima panggilan daripada pemandu trak penunda tersebut.

"Epin...dah tengok gambar van accident tu? Ada benda dekat van tu", beritahu lelaki tersebut melalui telefon.

Lantas tanpa berlengah, lelaki tadi menghantar gambar dirakamnya ke telefon bimbit Epin. Sebaik melihatnya, Epin terkejut.

Gambar itu menunjukkan ada rambut panjang mengurai keluar melalui cermin belakang van tersebut.

"Hiss... rambut siapa pula? Macam mana boleh ada", bisik hati Epin tertanya-tanya.

Lagipun dia yakin ketika meninjau keadaan van bersama rakan-rakan yang datang membantu, tiada siapa yang perasan kemunculan rambut tersebut.

Selepas melihat gambar itu, Epin mula percaya. Dia yakin, kelibat kereta terbabas dan hampir melanggarnya bukanlah kereta sebenar seperti disangkanya. Sebab itu, 'kereta' tersebut ghaib begitu sahaja.

Sebaliknya, apa yang berlaku disebabkan ada 'sesuatu' yang aneh mengganggu perjalanannya selepas menghantar jenazah.

Lagipun, kalau hendak kata dia mamai, berkhayal atau mengantuk, agak mustahil. Sebabnya, dia baru sahaja bercakap dengan isterinya.

Satu lagi, Epin juga teringat kejadian pelik yang berlaku sebelum dia mengambil jenazah di hospital sebelum kejadian.

Apabila tiba di hospital, Epin terus masuk untuk uruskan dokumentasi menuntut jenazah.

Sebaik selesai dan berjalan ke bilik mayat, salah seorang rakannya yang bertugas sebagai kakitangan hospital malam itu menegurnya.

"Abang, kenapa van ni bau busuk sangat?"

Busuk? Apa yang busuknya? Epin jadi pelik mendengar pertanyaan rakannya. Bila masa pula vannya berbau busuk?

Dia datang ke hospital dengan van itu dan tidak pula dia terhidu sebarang bau busuk atau kurang menyenangkan ketika memandu tadi.

Dek perasan ingin tahu, Epin terus pergi ke vannya. Memang betul, sebaik mukanya dijengah ke dalam van, serta-merta bau busuk menerpa hidungnya.

Fuhh! Bau itu begitu busuk hingga tekak terasa loya. Bagi Epin, baunya seperti nasi basi yang ditinggalkan terperap semalaman dalam kereta.

Mulanya Epin cuba mencari bau tersebut, tapi selepas puas selongkar, dia sendiri tidak pasti dari mana bau itu muncul.

Tapi, apa yang membuatkan Epin lebih pelik, selepas van jenazahnya terlibat dalam kemalangan, serta-merta bau busuk tadi juga hilang.

Bila teringat semua kejadian tersebut, Epin mula tertanya-tanya. Adakah bau busuk seperti nasi basi itu sebenarnya datang daripada makhluk yang menumpang vannya sehingga gambar rambut makhluk itu berjaya dirakam?

Atau, adakah angkara makhluk itu juga, dia terlibat kemalangan?

*Epin dalam cerita di atas ialah Khairul Ariffin Harun, salah seorang pemandu van jenazah di Pejabat Agama Kota Tinggi, Johor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 04:16 PM | Show all posts
arinieva posted on 21-8-2014 04:12 PM
aku x tau lak jln nie berpuake. patut la ms gi mersing dulu husband aku bwk kete speeding sbb nk kua ...

so betul la? kira ada waktu2 dia? hmm org da kecoh dah tmpt tu mmg keras
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 04:30 PM | Show all posts
macam pernah lalu sini....tapi siang kot...xpelah next tt
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 04:35 PM | Show all posts
xkan sebab hantu nak suruh adik sendiri cancel offer belajar???whatcthe hell??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 04:41 PM | Show all posts
jangee tutup lampuooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 04:51 PM | Show all posts
raya hari tu from penang with love beraya ke johor. so, ada la jalan ke mersing sebab kita dari resort tanjung balau tu. ke mersing sebab bakal biras orang sana.

masa lalu tu rasa pelik jugak apa kebenda la diaorang biar kubu tu kat situkan. tapi seriously tak la rasa angker ke apa. maybe sebab rajin jugak ke kedah. (kebanyakkan jalannya lebih kurang sama macam kat mersing ni, hutan + sunyi)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 04:59 PM | Show all posts
satu jalan kluang -mersing yg lalu hutan2 nak kata tebal x jugak sbb ada pembalakkan, satu lagi jalan jb-mersing yg ada kubu2 batu. ramai aja lalu kubu2 itu malam2 xde apela, begitu ramai suka memotong dan drive laju2 mata taknya eksiden, dah tau jalan berkubu berpuaka lagi mau bawa laju2. jalan kluang-mersing juga penah ada ja motor mengekor terlalu dekat (x pasti hantu ka org ka, tup2 hilang masuk hutan kot), ada ja kereta mencurigakan kapel stop tepi jalan berdua dua2an dalam kereta, ada kereta stop teri jalan tapi org xde, ada motor bawak pancing, ada lori balak,
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 05:12 PM | Show all posts
baik hati2 lalu jln ni. ada jeepers creepers. org kg aku dh 3-4 org mati kena mkn dgn benda ni.

















ok, aku bohong.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 05:27 PM | Show all posts
sampai suruh kensel????
Mengarut sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 06:36 PM | Show all posts
dasar penakut yg amat.... ape da, bukan suruh g berperang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.253388 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list