CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4331|Reply: 14

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!

[Copy link]
Post time 21-8-2014 10:11 PM | Show all posts |Read mode



Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama
KLIK "SHARE" SEKIRANYA INFO INI BERMANFAAT.





Last edited by abgsedapmalam on 21-8-2014 10:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 10:19 PM | Show all posts
Aku nk print..
nk study..
tenkiu TT..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 08:58 AM | Show all posts
good sharing..tqvm
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 09:00 AM | Show all posts
Kereta Merc xde tekan2..terus tolak ja
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 09:55 AM | Show all posts
terima kasih banyak2 TT

dah lama ariari bawa krete oto,

baru tahu kesilapan, Ten Q
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:42 AM | Show all posts
la... mmg ada org berhenti kt traffic light masuk gear parking eh? patutla aku slalu je nampak bila lampu hijau... ada kete yg masuk gear reverse jap (lampu reverse light nyala). huhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2014 12:45 PM | Show all posts
nak study nih.. betul ke tak cara drive..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 01:27 PM | Show all posts
TQ for sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 05:25 PM | Show all posts
thanks for sharing tt..
aku guna manual tapi tak berapa pandai guna auto..
rasa kekok sikit bila bawa auto..

tapi aku still nak print info ni.
sangat berguna
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 02:01 PM | Show all posts
jarikuku posted on 22-8-2014 05:25 PM
thanks for sharing tt..
aku guna manual tapi tak berapa pandai guna auto..
rasa kekok sikit bila b ...

sama lah kita!!!
jarang sgt bwk keta auto.. sebab aku suka drive manual. dan selalu fikir, org yg pandu auto ni tak menghayati skill memandu..

tp sebab usia pun dah meningkat, rasanya mcm nak bwk keta auto jek laa.. kena print jugek ni..


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bawa auto, dan yes, memang terasa diri ini loser sebab bawak auto.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 11:06 PM | Show all posts
Thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 11:26 PM | Show all posts
stillen posted on 22-8-2014 09:00 AM
Kereta Merc xde tekan2..terus tolak ja

Amboi kau. Motif umumkan sini bahawa se nya kau drive merc. Driver ek?




Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 08:16 AM | Show all posts
MMg betul...kat trafic light manjang nampak lampu reverse nyala kejap.

Tapi walaupun berlaku secara global, salahguna gear ni peristiwa dunia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 09:54 AM | Show all posts
Tidaklah pernah aku tukar P kat traffic light.
N kalau lama...kalau tak, D especially bila kat belakang xde org and i'm the only driver kat situ dan sentiasa bijak brek kaki utk alert org belakang....esp bila malam...

Sebabnya kereta aku hitam, dalam gelap kalo xde cahaya cukup orang tak nampak...

Lagi satu lady driver...kalau kat traffic light yg besar, lama...takde org...kenalah berhati2

Anyway...gear kete aku pun tolak jek...huwaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.204826 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list