CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Hanya 418 pelajar ditawar jurusan perubatan, elak lambakan doktor

[Copy link]
 Author| Post time 1-9-2014 11:34 PM | Show all posts
Lambakan doktor hanya alasan IPTA tak ambil pelajar perubatan baharu
Oleh Kumara Sabapatty di Kuala Lumpur - 01 Sep 2014

Tindakan kerajaan mengurangkan pengambilan pelajar perubatan baharu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atas alasan lambakan doktor dibidas Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.

Naib Pengerusi DAP itu juga mempersoalkan nasib 745 pelajar yang mendapat CGPA 4.00 tetapi gagal mendapat tempat dalam jurusan perubatan di IPTA.

Katanya, beliau bersimpati dengan nasib para pelajar yang gagal mendapat tawaran jurusan perubatan tahun ini sambil menjelaskan mereka tidak dapat berbuat apa apa kecuali mengikuti kursus lain yang ditawarkan.

"Anak-anak kita yang telah bertungkus lumus untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi doktor. Tetapi, usaha dan harapan mereka terkecai apabila mereka mendapat tawaran membuat jurusan lain di unversiti-universiti awam.

"Malah mereka diminta untuk membuat rayuan jika tidak puas hati oleh Kementerian Pendidikan. Tetapi, persoalannya berapa ramai di antara mereka ini akan dipertimbangkan rayuannya?

"Bagi pelajar keluarga berada, masalah ini boleh diselesaikan dengan menghantar anak-anak ke institusi-institusi pengajian tinggi swasta. Tetapi, bagi keluarga yang miskin, pilihan untuk menghantar anak mereka memasuki universiti-universti swasta adalah angan angan sahaja disebabkan kos pembelajaran yang membatasi kemampuan mereka," keluh beliau kepada Malaysia Gazette di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sivakumar yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak berkata, alasan Malaysia menghadapi lambakan doktor adalah tidak munasabah sambil mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan IPT swasta menawarkan kursus perubatan.

"Jika benar kita sedang menghadapi lambakan doktor, kenapa pula banyak institusi-institusi pengajian tinggi swasta diberi lesen untuk menawarkan kursus perubatan? ia tidak logik langsung," kecam beliau.

Beliau berpendapat bahawa, alasan lambakan doktor ini dibuat semata-mata untuk menjustifikasi pengurangan pengambilan pelajar-pelajar baru di IPTA pada tahun 2014.

Pada tahun 2014, hanya 418 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang diberi tawaran mengikuti jurusan perubatan berbanding dengan tahun 2011 seramai 983 pelajar diberi peluang tersebut sekali gus berlaku pengurangan sebanyak 565 tempat perubatan di universiti-universiti awam dalam tempoh tiga tahun sahaja.

"Saya ingin mengetahui berapakah jumlah pengambilan pelajar-pelajar di IPTS di seluruh negara bagi tahun 2011, 2012, 2013 dan 2014. Soalan ini akan saya bangkitkan melalui soalan lisan Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 7 Oktober 2014.

"Saya juga mahu mendapatkan penjelasan yang sebenar daripada Menteri Pendidikan supaya perkara ini tidak diputar belitkan oleh mana-mana pihak dengan fakta-fakta yang salah," tegas beliau lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 03:57 PM | Show all posts
kakasotong posted on 23-8-2014 04:36 PM
HUPM tu dia punya lokasi kat mana?


HUPM kt sabah.. project baru..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 1939 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16324 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9211 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040507 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list