CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: piao

All About Neelofa Vol 1

[Copy link]
Post time 20-9-2014 02:58 PM | Show all posts
offwhite posted on 20-9-2014 02:11 PM
yg jd persoalanye ada pihak x puas hati konon lopa pkai tydung hanya lakonan utk pihak tertentu... ...

Ye ker
Ntah apa2
Ngarut jer
Dah x de krja sgt kut
Yg penting lofa happy & busy bekerja
Yg dok kutuk2 tu merana sndirian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 03:50 PM | Show all posts
Dorg yg x puas hati mengutuk tu sbnrny ada masalah..
Bkn masalah ngan lopa tp masalah dgn diri sendiri...
Cuba fikir btul2..mana ada org sibuk bother mati matian berhujah ttg niat org nk berubah jd baik
..ttg knp org tu berubh or sebalikny..

Yg biasa org kutuk sbb buat bnda x senonoh tp ni lain..
marah sbb org ni niat x brp nk betul (KONON NYA LAH)
Puncany sbb masalah dah ada dlm diri sendiri
Bg org yg motivated ..dorg anggap org mcm ni ada penyakit.."penyakit hati"
Susah nk sembuh kecuali dia istighfar & zikir byk2...

Org bkn menilai org yg dia benci tp sebalikny menilai attitude dia sendiri..




Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
She-eh posted on 20-9-2014 02:09 PM
Lofa malam tadi, nonton SuperMokh

Hans kutuk2 dia kt paper pun dia masih support hans punye kerja seni... Lu mmg cool lofa...
*** yakah x pg londonn?? Aku igtkn dia pg.. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqo posted on 20-9-2014 04:26 PM
Hans kutuk2 dia kt paper pun dia masih support hans punye kerja seni... Lu mmg cool lofa...
** ...

Lofa kan sebelum tidor, salah satu perkara yg dia buat ialah...

MAAFKAN org   
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 04:39 PM | Show all posts
Ini jadual meet and greet Lofa

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 04:51 PM | Show all posts
adeqo posted on 20-9-2014 04:26 PM
Hans kutuk2 dia kt paper pun dia masih support hans punye kerja seni... Lu mmg cool lofa...
** ...


Nahhh..hans ptut rasa segan dgn diri sendiri..
Umur dia hmpir 2 x ganda umur lopa..
Yg mentah ni yg x der masalah nk maafkn org..mengalah pd yg tua..
Terbalik...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2014 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd aku isu hijrah lofa ni xpnah abis2... Niat ikhlas ke ape tu bkan soklannye.. Menutup aurat tu wajib nokss.. Even aku tgok skrg lofa xdela menutup aurat sesempurna sgtt.. But, dia berusaha nk ke arah tu.. Atleast ade kesedaran nk menutup aurat.. Keep it up lofa!
** kekdg aku pelik sesetengah manusia yg suke sgt mengqiyaskan menutup aurat dgn keikhlasan sesorg... Ibarat mengqiyaskn sesorg tgh solat zuhur dgn kekhusyukkan sesorg ketika solat tu.. Whether ko xsuke Ke suke bnde tu mmg
Allah perintahkan soh buat, so nak tak nak ko kne buat... Soal hati xyah penyibuk tau, tu diluar bidang kuasa kita.. Kita manusia ni pun kekdg xdpt
detect hati kta mcm mane..
aku pnah bace or dgar lat memana ttg komen lofa ttg isu bertudung ni.. Dan aku xberapa setuju dgn lofa ttg isu keikhlasan memakai tudung ni.. Xkisah la ko ikhlas ke x... Tutup aurat is WAJIB...  Aku harap lofa akan faham satu hari nnt dan sentiasa doakan dia beristiqomah..
*** bg sesetengah haters lofa
Yg terlalu suke sgt mengqiyaskan hijrah lofa dgn keikhlasan dia tu harap bertenang ye.. Biasalah kite xsempurna, dah nama pun manusia..  Maaf jika aku x sempurna ya...


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak nak cakap aura sheols hilang lepas berhijab?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
but at times haters ni suka twist ayat sikit...dia koner sana sini as if org yg dia menci tu..make other people  think..oh..gitu ke si polan..si polan tu..haa..c there...so biarkan haters tu pk cara dia..jgn ikut sgt..my cents..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 20-9-2014 04:51 PM
Nahhh..hans ptut rasa segan dgn diri sendiri..
Umur dia hmpir 2 x ganda umur lopa..
Yg mentah  ...

Ntahla.. Aku pun kekdg plik dgn hans ni..  Mgkn cara dia ckp dgn reputzz agak kelihatan berlagak n meroyann tp x sebenornyaa.. Sebab setiap kli aku bace statement hans kt paper brain aku cannot accept dia punye royanan..
N yg aku pling pelik skali dgn prangai lofa yg boleh terima dgn tenang dgn royanan hans.. Siap support skli.. Nmpk lofa mcm tegass n degil..Tp sheolss xsebenarye bile IN / off relationship.. Jd lmbut n cool jekk..   Baguss mu lofa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
offwhite posted on 20-9-2014 05:07 PM
but at times haters ni suka twist ayat sikit...dia koner sana sini as if org yg dia menci tu..make o ...

Sedap plak klu dpt minum air 'twist'er perisa orange pepetang ni...




Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:26 PM | Show all posts
offwhite posted on 20-9-2014 05:07 PM
but at times haters ni suka twist ayat sikit...dia koner sana sini as if org yg dia menci tu..make o ...


Ckp mcm keling kan...
Aku phm ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:42 PM | Show all posts
adeqo posted on 20-9-2014 05:00 PM
Pd aku isu hijrah lofa ni xpnah abis2... Niat ikhlas ke ape tu bkan soklannye.. Menutup aurat tu waj ...


Dari dulu LG bkn sume bnda yg lopa buat kita setuju tul tak???
Kdg2 statmnt sheol ada jer yg kita x setuju ...
Ya..mmg ada statmn sheol psal x nk berhijab sbb di paksa tu mmg aku pun x setuju 100%
Bkn apa tkut smpai tua x terbuka hati mampuih la..
Nasib baiklah sheol pandai cari jln keluar..
Skrg Alhamdulillah dah pandai pun pikir yg suruhan tuhan tu no.1..
Lepas tu baru bnda2 dunia..yg pnting x der dah memurahkn diri dpan khalayak mcm dulu..

Dulu wpun minat ngan lopa iols ngaku selalu mkn ati geram tgok klau gambar or appearance sheol seksi smpai nmpk bnda yg x sepatutny..

Sbb tu bila dah berubah iols syukur sgt..bkn bangga puji melangit tp happy tgok perubahan .

Bak kata si sachihata dulu nk like gambo kat ig pun pikir 2 kali tggu gmbo yg x menyeksi.. now cpt jer jari aku double tab
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqo posted on 20-9-2014 05:17 PM
Sedap plak klu dpt minum air 'twist'er perisa orange pepetang ni...

tu la pasal..beli je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 08:09 PM | Show all posts
stania83 posted on 20-9-2014 05:07 PM
Boleh tak nak cakap aura sheols hilang lepas berhijab?

Sbg org islam iols suka tgk dia berhijrah ni..

Tp bg iols yg dah biasa tgk dia seksi,iols mmg rasa aura dia lain mcm..honestly lg suka dia masa seksi..nampak lg cantik..xtau nape dia pakai tudung iols rasa mcm kureng..tp still cantik lg la..pendapat iols je yer..n surely x sama ng org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
miz_hanne posted on 20-9-2014 08:09 PM
Sbg org islam iols suka tgk dia berhijrah ni..

Tp bg iols yg dah biasa tgk dia seksi,iols mmg r ...

masing2 punya pandangan & pemerhatian...bg lelaki mmg suka yg seksi tp jgn terseksa suda...but then lopa dah berhijab..so let her be...wind of change..ermm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 09:47 AM | Show all posts
NOTA NEELOFA

Pakej lengkap


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu bersama Nota Neelofa. Mula-mula sekali Lofa nak sangat minta maaf kepada anda semua sebab hari itu Lofa dah berjanji nak berkongsi mengenai Pencarian Dewi Remaja tetapi terlepas pandang pula.

Tak mengapa, minggu ini Lofa nak tebus kembali kealpaan Lofa. Teruskan membaca Nota Neelofa sampai habis, ya? Insya-Allah Lofa akan kongsikan serba sedikit pengalaman Lofa dalam menjadi peserta Dewi Remaja dan kini juri Pencarian Dewi Remaja (PDR).

Harapan Lofa, mereka yang merancang menyertai PDR akan mendapat sedikit maklumat dan manfaat. Ada yang cakap, pertandingan ini sebenarnya menilai kecantikan semata-mata.

Jika ditanya pada Lofa, semestinya Lofa kurang bersetuju dengan kenyataan itu. Bagi Lofa, ia sebenarnya pencarian mereka yang mempunyai pakej lengkap, yang mampu menyahut cabaran jika mereka memilih untuk terus terjun ke bidang seni.

Apa pakej lengkap itu? Ha, lain orang lain pandangan dan perspektif mereka mengenai ‘pakej leng­kap’. Untuk Lofa, pakej lengkap yang dicari sewaktu berkesempatan menjadi juri baru-baru ini ialah mereka perlulah mempunyai tahap keyakinan tinggi, ilmu dan pengetahuan meluas serta mempunyai daya tarikan ‘X’.


Jika peserta mempunyai rupa paras cantik menawan, sudah pastinya itu satu bonus buat mereka.

Kenapa “keyakinan” paling Lofa titik beratkan? Lofa bercakap atas pengalaman sendiri. Tak kisahlah dalam apa bidang yang kita ingin ceburi, keyakinan amatlah penting.

Lofa ambil contoh bidang seni. Orang ramai memang nampak kerjaya sebagai anak seni ini indah-indah belaka. Dikenali, digilai, menjadi sebutan dan sebagainya tapi di sebalik semua benda glamor yang anda nampak, dalamannya amat memeritkan.

Persaingan yang ada memang sangat mencabar. Mana lagi de­ngan adanya pelbagai program realiti mencungkil bakat baru, makin bertambah sengitlah persaingannya.

Semua orang ada bakat tersendiri tetapi apa yang Lofa dapat simpulkan sepanjang pembabitan Lofa dalam bidang seni, hanya mereka yang yakin serta berani tampil berbeza sahaja mampu menyinar dan menyerlah.

Lofa ingat lagi sewaktu zaman awal-awal Lofa menyertai PDR. Benda pertama yang Lofa buat ialah minta keizinan keluarga. Syukur sangat, semua memahami minat Lofa tapi macam biasalah mama Lofa tetap mengingatkan Lofa untuk mengutamakan pelajaran.

Alhamdulillah, mungkin berkat restu keluarga, Lofa berjaya menempatkan nama Lofa seiring de­ngan pemenang-pemenang PDR yang lalu seperti Juliana Banos dan Scha Al-Yahya.

Jadi, apa yang Lofa nak tekankan dekat sini ialah restu dan sokongan moral ahli keluarga kita pun sangat perlu andai kita memilih untuk memasuki apa-apa sahaja bentuk pertandingan.

Bukannya apa, sebaik kaki melangkah masuk, mata akan mula tertumpu kepada kita. Setiap perincian, info mahupun sejarah lampau setiap peserta, akan cuba dikorek oleh mereka yang bergelar ‘perisik siber’.

Benda ini sangat menekankan. Waktu ini, hanya ahli keluarga saja tempat kita mengadu, melepaskan tekanan.

Jujur Lofa katakan yang Lofa tak akan pernah rasa menyesal me­nyertai PDR sebaliknya Lofa sangat perlu berterima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus hingga lahirnya Lofa sebagai pemenang PDR.

Antara kenangan yang Lofa tak akan lupakan ialah peluang bertemu dengan mereka yang seangkatan dengan Lofa, berkongsi cita-cita yang sama iaitu menjadi Dewi Remaja.

Mungkin rezeki lebih memihak kepada Lofa tetapi itu bukan bermakna pengakhiran bagi rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Ambil contoh Anzalna dan Izara Aishah. Lihat bagaimana mereka menggunakan bakat yang ada sehingga berjaya menempatkan diri mereka sebaris dengan anak seni lain.

Tak bermakna tidak berjaya atau tidak menang PDR, perjalanan impian anda akan terkubur begitu sahaja. Anggaplah pencarian seperti PDR ini hanyalah satu platform.

Jangan mengalah sekiranya gagal pada percubaan pertama. Teruskan mencuba, insya-Allah bakat yang diiringi kesungguhan, pasti akan membuahkan hasil.

Macam apa yang Lofa cakap sebentar tadi, rezeki dan cabaran setiap orang pastinya berbeza. Ambil contoh Lofa dan Izara Aishah. Untuk pengetahuan semua, antara banyak-banyak peserta PDR ketika itu, kami berdua boleh dikatakan antara peserta paling rendah dari segi ketinggian.

Kalau tengok bentuk cabaran yang perlu dilalui seperti ‘catwalk’ dan ‘modelling’, Lofa dan Izara memang sangat berhempas pulas untuk duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan peserta lain.

Sekali lagi kunci kejayaan Lofa ialah keyakinan. Lofa yakin keting­gian Lofa bukan batu penghalang. Alhamdulillah, Lofa tempuhi dan akhirnya Lofa berjaya.

Ini pula sedikit ulasan Lofa me­ngenai sesi uji bakat yang Lofa adili, baru-baru ini. Sambutan diterima memang sangat mengujakan. Ramai sangat yang hadir.
Tahniah, keberanian anda menjadikan anda sebagai pemenang sebenarnya.

Cuma Lofa terkilan sedikit apabila ada usikan manja di laman sesawang yang mempersoalkan cara penghakiman Lofa. Pertama sekali, Lofa nak minta maaf terlebih dahulu buat yang terasa atau berkecil hati.

Ini penjelasan Lofa. Sebelum bermulanya uji bakat, Lofa sudah diberi penerangan terlebih dahulu oleh penganjur mengenai kriteria pilihan mereka.

Memenuhi tuntutan mereka, Lofa hanya menjalankan tugas. Selain itu, keputusan Lofa bukannya keputusan veto kerana ia keputusan bersama juri yang lain.

Jika Lofa setuju dan juri lain tidak setuju, tiada guna­nya juga. Apa yang penganjur inginkan ialah mereka yang mempunyai pakej lengkap serta ada potensi untuk industri seni.

PDR bukannya ‘boot camp’ mencungkil bakat, sebalik­nya medan me­ngasah bakat yang sedia ada. Diharapkan ke­nyataan Lofa memperjelaskan segalanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/21
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
She-eh posted on 21-9-2014 09:47 AM
NOTA NEELOFA

Pakej lengkap

Seriously klau nk cari cantik...banyak
Nk cari bijak pun mudah..rata2 teenagers skrg bdak u
Nk cari bntuk bdn menarik pun melambak..
Nk cari yg ada confidence level tggi..insha Allah msih dpt

Tp yg pling susah ialah the "X" factor!
Dlm 1-5 thun baru timbul satu

Yg dlm byk2 winners dlm reality shows yg astro(GM2),tv3(Metro) & RTM(Ikon) cari selama ni sorg pun blom nmpk

**sedang tggu who's next
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:25 AM | Show all posts
Baru dapat tengok Lemak Kg Santan. Honestly, such a disappointing movie. I don't really understand the hype earlier. What's so different about it??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.317507 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list