CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: piao

All About Neelofa Vol 1

[Copy link]
Post time 29-11-2014 07:25 PM | Show all posts
#Nona#japan










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 07:29 PM | Show all posts
Btw terbaca komen lofa kat ig marriane carter (kwn sheol masa NYFA) ckpt sheol akn ke London pd march 2015 for 2 months.
iols speku lofa ambik course kewangan mcm yg pnah di mention sblum ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 07:46 PM | Show all posts
adeqo posted on 29-11-2014 06:48 PM
alabiasa la umur budak mcm tu.. bkan ameera je noksss.. ramai je bebudak skang suke selfieeeee.. c ...


Biasany tgok celebs asal berhijab jer terus msuk geng2 oasis,tv alhijrah..
Sesekali tgok celeb yg bertudung tp msih stylo & msih tergolong dlm geng2 celebs hot, popular & high demand  setanding dgn artis popular yg free hair.
So lofa dah bleh buktikn yg artis bertudung pun ttp diterima..
Bkn hnya dok tv2 agama shj & ber program psl hijabista saje..

Masa tgok cover Eh pasal concert/party Eh! sume celebs hot & top yg dijemput free hair.tertgok lofa sorg kat situ berhijab..terharu plak rasany smpai iols terpikir "hope lofa x rasa tersisih di celah keseksian & kemantapan dorg

At last lofa x dtg pun konsert Eh!.. mesti rasa x selesa I guess
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 29-11-2014 07:46 PM
Biasany tgok celebs asal berhijab jer terus msuk geng2 oasis,tv alhijrah..
Sesekali tgok celeb  ...

Sampuk sikit....

Masa konsert Eh tu Lofa dan Nabil ada mengacarakan satu event di Putra Jaya kot.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 29-11-2014 07:46 PM
Biasany tgok celebs asal berhijab jer terus msuk geng2 oasis,tv alhijrah..
Sesekali tgok celeb  ...

Noks, ada dm utk uol.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 08:26 PM | Show all posts
3 tahun lofa dgn nona?
Cepatnya masa..tak rasa 3 tahun pun lofa mengecara nona..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2014 10:55 PM | Show all posts
Santeira posted on 28-11-2014 11:06 PM
lol idiot sungguh sapa yg nak speku aku pakai MN tu sis. selama ni aku nak carut org ke apa ke, ak ...

aku bukan pompuan. sebelum ada yg kutuk kata apa pasai laki nak berforum, aku bertenggek kerja punya pasai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 06:52 PM | Show all posts
PERBAIKI KELEMAHAN UNTUK BERJAYA

oleh Neelofa

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih berkesempatan bersama pembaca semua pada minggu ini. Nota Neelofa minggu ini istimewa sikit sebab saat Lofa menulis artikel ini, Lofa berada di Jepun untuk menjalani penggambaran episod akhir Nona seperti Lofa ceritakan pada artikel minggu lalu.

Pembaca semua sihat? Harap semuanya sihat. Sebelum terlupa, pada kesempatan ini, Lofa nak ucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua adik kita yang baru mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Meriah timeline laman sosial Twitter Lofa dengan pelbagai berita dan cerita mengenai UPSR. Alang-alang tu, Lofa rasa eloklah jika Lofa jadikan UPSR sebagai topik minggu ini. Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman UPSR Lofa sendiri.

Pernah tak pembaca terdengar atau terbaca ungkapan "UPSR bukan penentu segala-galanya"? Setuju tak dengan kenyataan itu? Bagi Lofa, kenyataan itu ada benarnya. Tidak semestinya gagal mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR, adik semua perlu lemah semangat dan berputus asa.

Memang benar, keputusan UPSR yang baik akan memastikan seseorang itu mendapat peluang pe-ngajian di sekolah terbaik. Namun ingat, jika kita sedar dan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh, tidak kira di mana pun kita bersekolah, kejayaan mampu diterbitkan.

Kata kuncinya teruskan belajar, cari kelemahan kita dan perbaikinya. Insya-Allah untuk SPM yang bakal menjelang, anda mampu meraih kemanisan dalam kepahitan.

Berdasarkan pengalaman Lofa sendiri, terus terang Lofa katakan mama Lofa ialah individu terpenting dalam kejayaan Lofa hari ini.

Lofa ingat lagi saat Lofa bersekolah rendah di Sekolah Sri Bestari, Sri Damansara dan Sekolah Rendah Ibrahim (1) Pasir Mas, Kelantan, jadual harian Lofa sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti yang sedari awal lagi diatur mama.

Tambah pula Lofa memang sedikit bermasalah dengan subjek

Sains, apa lagi siang malamlah jawabnya Lofa ke kelas tuisyen. Boleh dikatakan dalam seminggu, enam hari diperuntukkan khas untuk Lofa belajar saja. Baki satu hari lagi Lofa bebas melakukan aktiviti sendiri.

Alhamdulillah, mungkin berkat doa dan dorongan Mama, Lofa akhirnya berjaya memperoleh keputusan 5A.

Apa yang Lofa nak ceritakan di sini, walaupun sebahagian besar masa seseorang itu banyak dihabiskan di sekolah, akhirnya peranan ibu bapa paling penting dalam memastikan proses pembelajaran berterusan.

Ibu bapa perlu memantau dan sentiasa peka dengan perkembangan anak mereka di sekolah dan rumah tapi ingat, jangan terlalu memaksa.

Beri sedikit ruang dan masa untuk anak anda melalui zaman kanak-kanak mereka seperti kanak-kanak lain. Terlalu menekan mungkin membuatkan anak anda tertekan. Lain pula jadinya nanti.

Pembaca ingat lagi perasaan saat menanti detik keputusan UPSR diumumkan? Pasti bercampur baur, kan? Lofa pun tak terkecuali. Malam sebelum keputusan diumumkan, memang tidak tidur lena dibuatnya. Lagi menambah perasaan gementar Lofa ialah bila Lofa dapat tahu kawan baik Lofa dapat 5A.

Entah macam mana dia dapat tahu lebih awal berbanding orang lain. Dari malam menginjak ke pagi, memang tidak tidur langsung. Ketika Lofa bersiap-siap nak ke sekolah untuk mengambil keputusan UPSR, guru matematik yang kebetulan rakan baik mama telefon dengan berita yang Lofa berjaya memperoleh 5A. Waktu itu, jujur Lofa katakan ia antara hari paling gembira dalam hidup Lofa. Penat lelah selama enam tahun akhirnya terbalas.

Sesudah mendapat keputusan peperiksaan, perkara lain yang pasti memeningkan kebanyakan ibu bapa ialah di mana hendak menghantar anak bersekolah.

Pada zaman Lofa, kebanyakan ibu bapa masih dengan pemikiran sekolah berasrama penuh dan MRSM pasti lebih baik berbanding sekolah harian biasa.

Tidak terkecuali mama Lofa, MRSM menjadi pilihan. Entah bagaimana permohonan Lofa ke MRSM seakan-akan sepi tanpa jawapan. Lofa pun ambil keputusan bersekolah di SMK TTDI.

Bagi Lofa, sekolah mana pun sama saja. Kita masih berkongsi buku teks sama dan kemudahan sama. Kunci kejayaan masih terletak di tangan pelajar itu sendiri.

Perasaan hendak melangkah ke alam sekolah menengah memang membuak-buak tetapi pada masa sama, takut pun ada. Takut-takut kena buli dan sebagainya. Sewaktu rancak membuat persiapan, lencana dah siap dijahit dan sebagainya, Lofa dimaklumkan diterima masuk ke MRSM Langkawi.

Aduh! Mengenali Lofa yang memang sedikit manja, Lofa memang habis-habisan tak nak masuk ke sekolah berasrama, tetapi mama tahu apa yang terbaik untuk Lofa. Akhirnya Lofa turutkan juga.

Lofa tak sempat merasai pengalaman memakai kain baju sekolah berwarna biru memandangkan uniform pelajar MRSM kainnya berwarna coklat.

Kehidupan di MRSM benar-benar mendewasakan Lofa. Persekitaran dan cara proses pembelajaran dilakukan memang lain dari sekolah biasa. Namun sekali lagi Lofa nak tegaskan, bukan sekolah menjadi medan penentu kejayaan seseorang individu itu.

Cukup dengan memori alam persekolahan Lofa, kembali ke cerita UPSR 2014. Dek perkembangan teknologi dan ilmu pe­ngetahuan, pelajar zaman sekarang memang bijak belaka.

Buktinya, saban tahun kualiti pencapaian keputusan UPSR secara kasarnya menunjukkan peningkatan positif. Biasalah, bila dah dapat keputusan cemerlang, pasti si anak inginkan hadiah sebagai simbol penghargaan.

Ada yang minta set permainan video, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Persoalannya, adakah amalan ini sebenarnya bagus untuk dipraktikkan?

Bagi Lofa, budaya memberi ganjaran atas usaha dan penat lelah anak-anak amatlah berpatutan. Bukan apa, dengan ada­nya aktiviti sebegini, pasti ia akan menjadi pendorong supaya si anak lebih berusaha dalam mengejar kejayaan. Bentuk dan nilai hadiah bukan satu isu, yang penting tujuan dan niat itu sendiri.

Bila dah dapat keputusan UPSR yang cemerlang, jangan pula leka dan rasa diri itu cukup pandai. UPSR hanya langkah permulaan. Masih ada SPM yang perlu ditempuhi.

Lofa sendiri pernah menyaksikan peristiwa rakan Lofa yang cemerlang keputusan UPSR, terduduk menangis apabila mendapat keputusan SPM. Semuanya gara-gara "attitude" terlebih pandai tak perlu lagi belajar. Jangan ada sikap macam ini tau.

Sekali lagi, wahai adik-adik kesayangan Lofa. Ingat tau, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya. Jadikan kegagalan lampau sebagai pemangkin untuk berjaya.

Ingat, bukan jumlah "A" menjadi penentu kejayaan yang penting bagaimana kita bijak mengaplikasi ilmu yang kita dapat ke arah kebaikkan. Sehingga bertemu lagi minggu depan.

hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 11:55 AM | Show all posts
hai uolsss

saja nak bagitau, one of my students dapat jadi finalis dewi remaja

hehehe

mintak i vote sheolsss

i tanya pasal lopa. sheols ckp lopa nice je
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
myralupilato posted on 1-12-2014 11:55 AM
hai uolsss

saja nak bagitau, one of my students dapat jadi finalis dewi remaja

Student uol tu nama apa ye, kalau boleh diberitahu?   
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 04:39 PM | Show all posts
She-eh posted on 1-12-2014 01:53 PM
Student uol tu nama apa ye, kalau boleh diberitahu?

annees sofea


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 10:40 PM | Show all posts
Mcm muka cousin lofa je student uols ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 30-11-2014 06:52 PM
PERBAIKI KELEMAHAN UNTUK BERJAYA

oleh Neelofa

Best bace dia punya artikel.. Part last tu memang motivatedd..

Baiklah kak oppa! Thankss for u article.. Amazing..

Terasa motivated.. Rinduu kat mak tetibee.. homesick!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 08:57 AM | Show all posts
red_devilgiggs posted on 1-12-2014 10:40 PM
Mcm muka cousin lofa je student uols ni

bukan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:20 AM | Show all posts
mmg btol artikel yg lopa karang tu..dorongan keluarga & attitude diri sendiri yg menjamin kejayaan..adik2 sila baca artikel yg kak lopa tu karang yea..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 05:42 PM | Show all posts
She-eh posted on 28-11-2014 10:38 PM
LAKU TERJUAL, TUDUNG NEELOFA DAH 4 KALI RESTOCK DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

KUALA LUMPUR:  Naelofar ...

i suke tudung die.. heheh.... org mls cm aku ni.. mmg senang laa sarung jaaa..
hehehee,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
myralupilato posted on 1-12-2014 11:55 AM
hai uolsss

saja nak bagitau, one of my students dapat jadi finalis dewi remaja

Insha Allah..baiknya cikgu
huntong ank murid dpt cikgi supportive
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 09:51 PM | Show all posts
angsaemas posted on 2-12-2014 07:22 PM
Insha Allah..baiknya cikgu
huntong ank murid dpt cikgi supportive

sheols pun student yg bagus so sbb tu i sapot.

so far x pernah ponteng any of my lectures. fokus dlm kelas. attitude pun ok.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:26 PM | Show all posts
salmeah posted on 27-11-2014 10:46 AM
Nak meroyan kat umah sebelah org x layan mai meroyan kat sini busuk punya org

Kann....dok meroyan je sesak nafas tengok. menyampahhnya ada langau langau kat sini nak memburukkan orang. Very not the classy. Nak persoal ikhlas orang? pergi cuci hati sendiri lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:12 AM | Show all posts
myralupilato posted on 2-12-2014 08:57 AM
bukan

Apa yang bukan uols?iols rasa ada iras cousin beliau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.165605 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list