CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7751|Reply: 29

Penyewa Rumah Yang Ganas Yang Pastinya Anda Tidak Mahu

[Copy link]
Post time 29-8-2014 10:36 AM | Show all posts |Read mode

Setelah 3 Bulan Ditinggalkan, Anda Takkan Percaya Apa Yang Menghuni Katil Wanita Ini Fatin Atiqah


Rumah anda ada bilik kosong? Anda selalu masuk ke dalam bilik itu?
Apa kata, anda pergi ke bilik tersebut dan semak persekitarannya sekarang. Manalah tahu ada sesuatu yang ganjil di situ kan?
Ini kerana, anda pasti tak mahu melalui apa yang telah menimpa wanita di Winchester, England ini. Apa yang berlaku di dalam bilik kosongnya adalah sangat luar biasa bagi kami. Setelah hampir berbulan lamanya bilik itu dibiarkan tidak berusik, wanita itu telah dikejutkan dengan kehadiran penghuni di atas katilnya.
Sebuah sarang tebuan dengan kepanjangan 3 kaki telah mendiami katil di dalam bilik kosongnya. Sangat mengejutkan!

Tebuan itu dipercayai masuk ke dalam bilik tersebut melalui sebuah tingkap yang tidak ditutup rapat. Anggaran kawanan tebuan itu adalah sebanyak 5,000 ekor. Banyaknya!
Menurut pekerja Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Longwood, John Birkett, membuang sarang tebuan itu merupakan pekerjaan paling aneh yang pernah dilaluinya sepanjang bekerja selama 45 tahun. Dia turut menambah bahawa kawanan tebuan itu telah melakukan pekerjaan yang baik. Tebuan-tebuan tersebut telah memakan bantal dan tilam di atas katil tersebut untuk membesarkan lagi sarang mereka.
“Saya berdiri di situ dan berasa kagum,” kata John Birkett.
Katanya lagi, ini merupakan kawanan tebuan yang paling banyak pernah dihadapinya sepanjang kerjayanya. Dia terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan masalah itu. Namun, di akhirnya, John Birkett berjaya menyelamatkan selimut krusye milik wanita tersebut.
Hai, macam-macam. Semoga kita dapat jadikan pengajaran daripada kisah ini. Selepas ini, rajin-rajinkan diri menjenguk bilik kosong di rumah anda dan jangan lupa untuk tutup tingkap dengan rapat!
Sumber: BBC



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 11:27 AM | Show all posts
bilik ditinggalkan 3 bulan dihuni tebuan

isteri yg ditinggalkan berbulan2?........


















(xde kene mengena)
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:30 AM | Show all posts
pegh.....x dengar ke bunyi dengungan tebuan tu. Kalau lebah best juga boleh dapat madu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:45 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 29-8-2014 11:27 AM
bilik ditinggalkan 3 bulan dihuni tebuan

isteri yg ditinggalkan berbulan2?........

dihuni negro, bangla, mynmar, indon, paki .......so on.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:57 PM | Show all posts
Mak aiii besarnya sarang membusut dah tu scarynya.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:20 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 29-8-2014 12:45 PM
dihuni negro, bangla, mynmar, indon, paki .......so on.....

kuceen miang

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 03:41 PM | Show all posts
phewww scarynyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:04 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 29-8-2014 12:45 PM
dihuni negro, bangla, mynmar, indon, paki .......so on.....

hahhahhaha klaka la korang nih!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee posted on 29-8-2014 03:20 PM
kuceen miang

Tau takpe
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:24 PM | Show all posts
Tebuan ni boleh buat apa yek?
Xde manfaat langsung ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 10:16 AM | Show all posts
Alang2 ambik lah madu tebuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Besenya dorg akn buat kat sudut dinding... ni pandai lak die cari port tmpt empuk2...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tebuan sebagai penghuni
Ok lg

Jangan 'benda' lain
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:20 AM | Show all posts
xpalah yang pentng selimut dah selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 09:05 PM | Show all posts
macamana cara nak buang sarang tu ? selalu bapak aku dia bakar je .
kalau bakar mau hangus rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 09:36 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 29-8-2014 11:27 AM
bilik ditinggalkan 3 bulan dihuni tebuan

isteri yg ditinggalkan berbulan2?........

msa tinggal anak sorang..  tgk2 anak dah 4 org..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik x kene sengat memalam
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:26 PM | Show all posts
kalau kena sengat la..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 04:12 PM | Show all posts
glerla......
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 04:42 PM | Show all posts
tebuan pun ada madu ye? dia sama ke dgn lebah? but seriously scarynya camni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.086015 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list