CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12472|Reply: 142

[Dunia] Info Google lebih tepat berbanding doktor

[Copy link]
Post time 29-8-2014 10:55 AM | Show all posts |Read mode
BIRMINGHAM - Seorang ibu berjaya mengesan simptom-simptom awal anaknya menghidap leukimia dengan melayari internet selepas tidak berpuas hati apabila diberitahu oleh seorang doktor kanak-kanak itu cuma mengalami jangkitan kuman di telinga, lapor akhbar Express kelmarin.
Ibu berkenaan, Michelle, 23, mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anaknya, Alia-Grace Birch selepas kanak-kanak berusia empat tahun tersebut sering tertidur di pusat jagaan kanak-kanak beberapa bulan lalu.
Wanita itu kemudian membawa anaknya ke sebuah klinik berdekatan dan seorang doktor memberitahu Alia-Grace mengalami jangkitan kuman di dalam telinga sebelum memberikan ubat antibiotik.
Bagaimanapun, Michelle tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.
Dia kemudiannya membuat kajian berhubung simptom anaknya itu seperti sakit telinga dan tekak di laman carian Google.
"Beberapa laman web kesihatan menyatakan bahawa simptom yang dialami oleh anaknya saya itu kemungkinan disebabkan oleh leukemia.
"Saya kemudiannya membawa anak saya ke sebuah hospital dan selepas menjalani beberapa ujian dia disahkan menghidap leukimia," katanya.
Menurutnya, anaknya itu kini di rawat di Hospital Kanak-Kanak Birmingham di mana dia diberi steroid, antibiotik dan mula menjalani rawatan kemoterapi. - Agensi



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 11:06 AM | Show all posts
Doktor bukan boleh caya sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:10 AM | Show all posts
doktor pn manusia..
ada juge wat silap..

tu yg aku angin, mana2 pro buat baby yoga tu..
skalipun professional..malang tk berbau..bole cacat lak baby tu..

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:13 AM | Show all posts
apa lagi kasi saman lah itu doktor
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:23 AM | Show all posts
saman leh dapat juta2
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:25 AM | Show all posts
doctor malas nak check semua, kekadang terlebih check salah kurang check pun salah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 11:30 AM | Show all posts
Doktor pun upah student lain buat assignment...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:37 AM | Show all posts
batmana posted on 29-8-2014 11:10 AM
doktor pn manusia..
ada juge wat silap..

ada jugak doktor yang nak tunggu simptom2 yang lebih jelas secara fizikal dan tak advise mak2 utk buat test itu ini...sbb tu doktor suruh balik monitor dulu...

tp bagus jugak mak2 zaman moden ni...walaupon sering diperli bergantung dengan doktor google..tp para professional jgn lah menafikan naluri ibu...ibu biasanya peka dengan perubahan anak2...dan source plg cepat..adalah google..

dan kebanyakan source dr google tu pun ditulis oleh doktor sendiri...

dr sears pakar kanak2 pun ada website sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 11:50 AM | Show all posts
Doktor klinik kadang-kadang mana tahu pasal penyakit yang besar-besar, diorang tahu rawat penyakit yang kecil-kecil macam demam, muntah, luka...
Doktor ingatkan sakit biasa, tapi bila dibawa ke hospital, doktor hospital pula kata sakit teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:54 AM | Show all posts
doktor makan gaji buta...'sakit apa, ok amik ubat'
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak Bff salu sakit perut gastric n berak berdarah. Doctor just kata sebab gastric melampau. Tiba 2hari sblm raya Mak Kwn I sakit perut sampai rebah then bawa g hospital. Doctor sahkn kena kànser perut n kena operate hari tu juga. Sedih tak terkata Kwn I sbb Mak dia dah lama sakit p doc asyik kata gastric asid mlampau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:58 AM | Show all posts
Uncle google ni kan ke mmg genius...serba serbi tau...doktor pun kalah dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:00 PM | Show all posts
doktor banyak buat silap, banyak dengar kes stage 4 baru boleh detect
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun pnah jugak. Bila heartbeat terlalu laju..kuat peluh..berat turun dgn drastik.doc cuma ckp aku salah mkn ubat batuk n allergic to salbutamol. Aku google n dapati simptom2 hypertyroid. Aku request blood check tyroid n confirmed the next few days. Baru dia kata..actually sy mmg suspek hypertyroid cuma nak tengok perkembangan beberapa hari lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ada doktor tu check... cuit2 pkai pen je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 12:25 PM | Show all posts
biasa la doktor
check gitu2 terus tulis ubat
bukan susah pun jadi doktor
dapat SPM Pangkat 3 gi la belajar kat India
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 12:38 PM | Show all posts
siputsedut posted on 29-8-2014 11:37 AM
ada jugak doktor yang nak tunggu simptom2 yang lebih jelas secara fizikal dan tak advise mak2 utk  ...

exactly, doktor wat diagnosis berdasarkan manifestasi gejala.....

giler gejala dia hanya SERING TERTIDUR jer.....mmg vague....dan doktor kalo gejala tu mild jer mmg hanya monitor jer dulu......n parent usually over-anxious so dorg tend utk pk the worst......\

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:39 PM | Show all posts
aku sangat sakit hati dgn sorang doktor kat satu hospital ni...
masa tu umur anak aku setahun ada masalah, bila aku terangkan masalah anak aku, depan2 student medic yg ramai2 tu dia perli aku kata aku tak pandai jaga anak...angin betul aku masa tu...dah la tunggu dari pukul 8 pg, pukul 2 baru dapat jumpa doktor...tu doktor pakar, bukan doktor biasa tau.

beberapa tahun pastu, bila aku google2 rupa2nya apa yg anak aku alami tu salah satu simptom kepada keadaan dia sekarang...dan aku terus bawak anak aku gi jumpa doktor kat klinik biasa, direfer ke doktor lain di hospital lain, sekarang anak aku improving.

klu la doktor yg dulu tu tak sombong sangat, atau ambik masa sikit nak kaji lebih dalam kes anak aku, mungkin anak aku dah boleh dapat rawatan sewajarnya awal2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:40 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 29-8-2014 11:50 AM
Doktor klinik kadang-kadang mana tahu pasal penyakit yang besar-besar, diorang tahu rawat penyakit y ...

sbb tu kita ada sistem REFERRAL....kalo klinik kecik2 xleh detect penyakit tu dia supposed kena refer to other health facility....camtu gak di kecemasan, patient dtg sekejap jer dgn symptom yg sgt kabur yg bleh jadi anything, then suspek doktor bleh diagnos in split second.....giler.......

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:44 PM | Show all posts
ogata posted on 29-8-2014 11:58 AM
Mak Bff salu sakit perut gastric n berak berdarah. Doctor just kata sebab gastric melampau. Tiba 2ha ...

gastritis can cause cancer laa.....tp silap laa doktor tu sbb kalo simple gastric pun kalo frequent attack kena suggest ke bahagian pakar utk wat orogastroduodenoscope (OGDS) utk tgk any chronic cause.......nih plak siap ada bleeding per rectum mmg kena refer laa bahagian pakar....

doktor bahagian mana yg dok kata gastric melampau tu???GP??

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.284326 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list