CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4822|Reply: 38

[Tempatan] akhirnya rebecca yang ambil mereka jadi anak angkat...

[Copy link]
Post time 29-8-2014 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan atas dasar simpati terhadap lima beradik yatim piatu, pelakon Datin Rabecca Nur Al Islam dan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman mengambil mereka sebagai anak angkat.

Rabecca yang sememangnya amat mengasihani kanak-kanak tidak sampai hati membiarkan lima beradik itu sepi daripada kasih sayang ibu bapa.

Lima beradik tersebut ialah Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3, kehilangan insan yang amat mereka sayangi apabila orang tua mereka, Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, tiba-tiba ‘pergi’ meninggalkan mereka selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Mei lalu.

“Selepas saya membaca berita kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa mereka, saya berusaha mendapatkan nombor telefon ibu saudara mereka dan selepas berpuluh kali saya menghubunginya, baru saya dapat bercakap dengannya. Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.

“Sebanyak mana kasih yang kami berikan memang tak akan sama de-ngan kasih sayang daripada ibu dan ayah kandung, namun sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang di luar sana yang mengambil berat mengenai mereka,” kata.

Menurut Rabecca, dia dan Azam turut menasihat-kan agar lima beradik itu meneruskan persekolahan kerana sebelum ini Muhd Haikal bercadang mahu berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya.

“Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya me-ngambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini me-ngatasi yang lain kerana Allah SWT ‘menjemput’ kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya,” katanya.



sumber : Harian Metro

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 11:25 AM | Show all posts
bagus la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:33 AM | Show all posts
bagus Rebecca ni..walo dihengkap sbab pesen yg hazab..moga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:35 AM | Show all posts
tahniah.. hope semua ok
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:45 AM | Show all posts
baiknya hati dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:48 AM | Show all posts
bagus la.. ada juga pekerti mulia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 11:49 AM | Show all posts
Amik anak angkat so tinggal serumah sekali ke cane niii
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:49 AM | Show all posts
kudos pada rebecca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 11:52 AM | Show all posts
tang tinggal sekali pon xpe.. aslkan tolong biayai keperluan budak2 tu.. pndu arah budak2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:53 AM | Show all posts
bagus semoga dimurahkan lg rezeki...

bila baca kisah anak jd yatim piatu sbb kehilangan dlm kemalangan....
hati mesti terdetik kalo la aku ni berkemampuan.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:53 AM | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:55 AM | Show all posts
alhamdulillah...tp igtkan dia amik anak angkat dok skali...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:56 AM | Show all posts
baguslah rabecca...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke saiful nang pun nak ambil budak2 nih?
yg penting amik bela 5 beradik skali jgn nk pilih2 n pisah2..
mcm dlm pilem Sayang Adikku Sayang je apatah tu yg aziz m osman berlakon masa kecik tu
sedih gila cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:01 PM | Show all posts
boleh lah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:03 PM | Show all posts
Suchi posted on 29-8-2014 11:59 AM
bukan ke saiful nang pun nak ambil budak2 nih?
yg penting amik bela 5 beradik skali jgn nk pilih2  ...






tahniah becca , cuba ubahlah cara penampilan, jgn sampai FITNAH mengetatkan lagi pakaian anda!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 12:15 PM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:18 PM | Show all posts
baguslah buat baik dgn anak yatim
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:43 PM | Show all posts
Suchi posted on 29-8-2014 11:59 AM
bukan ke saiful nang pun nak ambil budak2 nih?
yg penting amik bela 5 beradik skali jgn nk pilih2  ...

OT jap... aku ingat lagi citer ni... mak aku bawa pi tengok wayang masa aku kecik ... memang sedey sangat2....

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:52 PM | Show all posts
Ni macam cerita berlima Ramadhan di TV1 masa bulan Ramadhan dulu. 5 beradik kehilangan parents mereka yang meninggal kemalangan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.498736 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list