Gambar tersebut mula bertebaran dikongsi selepas ia dimuat naik oleh gadis itu sendiri yang dikenali sebagai Nadia Fawzi menerusi akaun Twitter pada 6.13 petang, 27 Ogos lalu.
Bak komen kebanyakan orang kecantikan Nadia antara penyumbang mengapa ramai berasakan tindakannya itu adalah comel sedangkan kalau keadaan dirinya tak berapa ada rupa, kemungkinan besar respon diterima sebaliknya.
Dan kerana kecomelan Nadia juga, ramai berminat untuk menyelidik siapakah dia.
Ternyata ada cerita menarik. Rupa-rupanya Nadia,20, adalah anak gadis komposer terkenal Fauzi Marzuki.
Video Nadia Fauzi menyanyi. Boleh tahan!
Kalau macam ini punya cun nampaknya boleh Lah! Nadia masuk dunia seni tak lama lagi kan. Suara Nadia pun boleh tahan. Kami rasa Nadia boleh pergi jauh dalam bidang seni seperti bapanya. Ikut jejak langkah bapa beliau. Lagi pun mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?