CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67558|Reply: 628

Lofa ulas DEWI REMAJA!!! Kecantikkan dan bijak tak penting okey!!page 22

   Close [Copy link]
Post time 30-8-2014 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Sebelom ruby post pasal isu ini.. ruby banyak  kali fikir kesan yang akan ruby dapat..mungkin ramai yang akan melahar ruby kerana anggap ada saja yang tidak puas hati di hati ruby.. cube dengar dan faham apa yang ruby nak luahkan, kalo rase isu ni sampah.. mod boleh mangga ini benang..bukan saja ruby rasa tidak puas hati, malah ramai lagi peserta yang rasa tidak puas hati bila melihat cara lofa yang ruby rasa tidak profesional sebangai juri tetap pencarian dewi remaja ..

macam ni apa yang ruby rasa tidak puas hati.. hari ini telah berlangsung ujibakat pencarian dewi remaja dan ramai peserta yang datang dari seluruh negeri..ruby temankan kawan2 ruby yang datang jauh dari kedah sebab dorang tidak tahu selok belok shah alam..

ruby dan kawan2 tunggu dari pukul 8 untuk mendaftar pencarian ini..tapi sehingga pukul 12.30 hari tadi baru 20 orang yang lofa dan team remaja buat ujibakat.. dan pihak remaja cakap yang dorang akan stop sebentar untuk lunch dan bersambung pada pukul 2 petang..jadi semua peserta mesti target pukul berapa mereka akan di panggil mengikot nombor giliran masing2..so ada yang pergi makan dan solat semua..            

tiba-tiba team remaja dan lofa wat keputusan untuk buat ujibakat pencarian secara 10 orang secara serentak..dalam bilik itu semua peserta kena kenalkan nama dan asal dari mana.. tu sahaja!!.. dengan buat muka macam nak tak nak, tiba2 lofa cakap 2 orang tinggal, yang laen boleh balik rumah!! balik rumah??? tanpa perlu kenalkan diri! tanpa kena tunjuk akademi semua!!ya allah..lofa tak fikir atau tiada perasaan ke pada peserta yang datang bersama ibu bapa dari kedah..kelantan dan ada yang berasal dari sabah jugak?? tak fikir ke jarak  yang peserta kene tempuhi??

kita semua tahu,  pencarian dewi remaja bukan sahaja di nilai dari segi  paras rupa sahaja..tapi mesti di nilai dari segi iq yang bijak dan pesonaliti menarik supaya boleh menjadi ikon kepada remaja di luar sana..tetapi lofa langsung tak buat macam tu!! mereka cume buat ujibakat secara perseorangan seramai 10 orang sahaja..yang laen pilih ikot rase lofa tanpa nilai bakat yang peserta ada sedangkan peserta yang tidak dapat lagi cantik dan mempunyai personaliti menarik dari yang lofa pilih..

ramai peserta cakap..mereka puas hati kalo mereka tidak dapat masuk andai juri  buat penilaian secara menyeluruh secara perseorangan.. tapi langsung tidak di beri peluang bercakap, alih-alih lofa suruh keluar balik rumah.. adil ke macam itu?? ini ke cara lofa dan team remaja buat ujibakat pertandingan segah ini yang berjaya menghasikan ramai pesona bintang??  

boleh di katakan ramai peserta menangis kerana tidak sangka lofa dan team remaja boleh buat macam itu..rasa di permainkan dan tidak adil kepada peserta yang langsung tidak dapat peluang bercakap..cume cakap nama dan asal..dari segi tu ke lofa dapat menilai iq peserta bijak seperti die?? tak sangka ini mentaliti budak yang pernah dapat 10A..Maap cakap..kebanyakkan peserta yang lofa pilih kurang lawa jika nak di bandingkan peserta yang tidak dapat..  

ada peserta yang tidak puas hati bertanya kepada team remaja, macam ini ke cara dewi remaja buat ujibakat??..dorang cakap keputusan ini terpaksa di buat sebab ramai penyertaan dan lofa nak kejar masa..ya allah!!! penyertaan cuma ada 200 lebih sahaja.. ruby tengok dalam pukul 3 ujibakat dah nak habih..sedangkan dalam iklan tulis dari pukul 8 pg sampai pukul 6 ptg!!..kalo nak ikotkan AKADEMI FANTASIA lagi beribu penyertaan..tapi kenapa juri boleh buat secara perseorangandan menilai secara menyeluruh?? kalo rasa lofa tidak boleh beri komitmen menjadi juri, tolong cari juri yang boleh berikan komitmen 100% dan boleh menjadi juri yang adil..dan kalo rase 200 lebih peserta tu banyak.. baek tidak payah buat promote kat fb mahupon ig kalo juri tiada masa nak adili juri..

ini seperti menganiaya peserta.. ruby tengok penyertaan kali ni sangat tidak adil kerana yang terpilih kebanyakkan model dari majalah karangkraf.. dan adil ke kalo fifi dapat masuk sedangkan dia pnah masuk pencarian gadis metro tahun lepas?? saya rasa sangat tidak adil.. ibarat pilih kawan2 dan peserta terpaksa bersaing dengan peserta yang banyak kroni... selepas itu ada peserta cakap yang anak juara dewi remaja musim kedua dapat masuk sedangkan umur anak dia  15 tahun..bukan ke dewi remaja nak berumur 17 tahun??itu ruby dgr dari peserta yang tidak puas hati.. cme team remaja yang lebih tahu.. selepas itu ada jugak peserta yang tiudak puas hati dengan cara lofa yang memilih kawan dia.. adil ke kawan boley judge kawan?? tak mustahil boley ada penipuan kat situ.. kalo nak ikotkan banyak lagi..tapi ruby tak berani nak cakap kerana tiada kat tmpat peserta laen..cuma dengar2 banyak rungutan sahaja.. so kepada peserta yang ada niat hendak pergi ujibakat dewi remaja pada sesi laen.. fikirla banyak kali.. kerana rupa dan iq yang bijak tidak menjamin juri akan judge diri anda kalau anda tiada kroni yang cukup kuat.. dan baru ruby sedar, pakai tudung pon tidak guna kalo hati tidak bersih.. hilang segala hormat ruby kat idola ruby..
  
ruby ingat pencarian kali ini nak jumpa secara live sebab nak pilih peserta yang cukup pakej.. tapi sangat tidak adil..kepada team remaja dan kepada ratu lindungan kaabah sekarang neelofa..andai macam ini proses pencaraian dewi remaja..better kembali pada penyertaan macam tahun berikutnye yang memilih peserta melalui gambar..takda la nampak segala kecacatan pada proses kali ini..hati peserta pon tak sakit.. cari juri yang berpengalaman dan tiada kaitan dengan krew karangkraf..ruby percaya ramai peserta yang rasa tidak adil, tapi tak ada tempat nak bersuara..

  kepada neelofa.. apa perasaan kalo anda atau ahli keluarga anda yang ,mempunyai segala pakej yang layak..tapi tidak di adili secara adilnye?? boleh maen pilih-pilih ikot suka hati?? kalo kamu berada di situasi peserta yang kamu tolak tanpa sebab.. pasti kamu tidak sampai hati.. jadila juri secara adil..bukan maen pilih kawan-kawan atau kroni..dewi remaja bukan ada setiap tahun.. tapi cume ada 4 tahun sekali, jadi rasa kesian pada peserta yang dah buat persediaan tapi tidak di beri peluang langsung.. di mana sifat kemanusiaan kamu neelofa????????????



Last edited by bellaruby on 7-9-2014 01:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 05:56 PM | Show all posts
buat perenggan dlu la ruby...berpinau nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:03 PM | Show all posts
complain dekat Organizer boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii meroyan sudahhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:06 PM | Show all posts
Poning den nok baco......
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:11 PM | Show all posts
Ruby is back..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2014 06:13 PM | Show all posts
kesian, punah sudah harapan utk berjaya dlm hidup lantaran gagal dlm odisen DEWI REMAJA....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:15 PM | Show all posts
masa sekolah dulu cikgu x ajar buat perenggan kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2014 06:17 PM | Show all posts
maap pasal tiada perenggan yang membuatkan uolls penin nak baca.. cume susah taip kat dalam telefon..    ni bukan pasal meroyan..tapi biarla adil.. cube tengok peserta first yang terpilih kt ig remaja.. tu kawan neelofa.. adil ke kawan boleh judge kawan?           
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:19 PM | Show all posts
cik_luna posted on 30-8-2014 06:15 PM
masa sekolah dulu cikgu x ajar buat perenggan kah?

hati tengah mendidih
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:20 PM | Show all posts
cerita ini setaraf dgn cerita bertumbuk sbb borang tak cukup utk ujibakat af ka hapa ka
frasa2 yg mesti ada utk citer sebegini:
-mai jauh2 naik bas dari kodiang, ulu benut, gua musang
-sampai tempat ujibakat sebelum subuh lagi
-hangkut sekali mak, abah tok wan, penghulu kg
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln posted on 30-8-2014 06:13 PM
kesian, punah sudah harapan utk berjaya dlm hidup lantaran gagal dlm odisen DEWI REMAJA....

Hahahahahaha.. tak boleh blah comment ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah muka masing2 tak brp cun, mmg selayaknya la balik rumah saja, tak perlu la nak dinilai aspek2 yg lain pula ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:25 PM | Show all posts
hidop berakhir kah tak dapat jadi dewi remaja?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyways, sejak bila pula dewi remaja buat open audition? Zaman i dulu kena hantar gambar ke team remaja
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:28 PM | Show all posts
aku rasa benda ni jadi sebab pengurusan yang sangat lemah...bukan sebab lofa...kehkehkeh...

kalau dah jemput org dtg odisen patutnya dah boleh kena bygkan brp ramai yg dtg...jd kena sediakan brp ramai juri....satu sesi brp org nak kena odisen....kehkehkehkeh...

amender la penganjur.....kehkehkeh...eh sape penganjur ekk?? (aku buat perenggan ekkk) kehkehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa dewi remaja perlukn personaliti..bila tengok personaliti out mesti la di vote out..klu ada kepintaran tkde personaliti mesti tk layak..i rasa lps ni br peringkat saring kepintaran..chill la tk perlu marah2 mungkin terlalu ramai peserta perlu dibuat temuuji..rasanya lofa mmg diarahkn berbuat begitu..biasalah mesti ada yg tk puas hati...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cepheid posted on 30-8-2014 06:25 PM
hidop berakhir kah tak dapat jadi dewi remaja?

Remaja perempuan dkt india, syria, palestine, nigeria etc musnah hidup dek kena rogol, kahwin paksa, pelacuran, kidnap ... remaja kita musnah hidup sebab gagal audition dewi remaja .... *cry*
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kisah kisah kawan or dik ruby sendiri yang gi odisen?:lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:33 PM | Show all posts
juliez posted on 30-8-2014 06:29 PM
Remaja perempuan dkt india, syria, palestine, nigeria etc musnah hidup dek kena rogol, kahwin paks ...

tak paham aku ummah melayu hadap sangat dengan dewi remaja ni. mungkin ni tiket cepat nak jadi retis dan kawen dengan vvip kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069703 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list