CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Atilia dah KAWEN!! Tak Sabaq nak BUAT ANAK!!! #pg4

[Copy link]
Post time 31-8-2014 09:04 PM | Show all posts
Speku laki sheolls si adam dulu gemukss... la ni dah kurus.... dahtu mak ai lebornya mulut....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 09:43 PM | Show all posts
achik2009 posted on 31-8-2014 01:55 PM
atiliaharon   Love from the both of us. Yay. We're married. Alhamdulilah. #atiliaadam  53min ...

sgt sepadannn....atilia Nampak muda dari umur dier...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:02 PM | Show all posts
Best tgk depa posing camtu kat wedding..kalau wedding aku dulu kwn2 duk buat gaya gini, kena halau dgn pak aku la jwb nya..blum masuk baju yg separuh siap bagai tu...

atilia cam mak dia, awet muda sgt..

jenuh aku duk perati sorang tu, baru pasan esah sinclair..ingat kakak yasmin hany si soraya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:06 PM | Show all posts
eh jap nak bertanya la.... dynas ni dah single ker??
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:22 PM | Show all posts
Ahad, 31 Ogos 2014 @ 1:21 PM

Atilia, Adam rancang resepsi sebelum hujung tahun


ATILIA dan Adam nikah di Saujana, Subang.

SUBANG: Selepas tujuh tahun hidup solo, penyanyi jazz popular, Atilia bernikah untuk kali kedua dengan pilihan hatinya, Adam Sofian Mazlan, di Saujana Golf & Country Club, di sini 11 pagi tadi.

Majlis berlangsung secara tertutup dan kecil-kecilan itu dihadiri 160 orang terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat.

Atilia yang dihubungi BH Online sebentar tadi memberitahu majlis ini dirancang sekitar tiga minggu lalu kerana kesibukan masing-masing.

"Sekembalinya saya dari Koh Samui, Thailand kerana beryoga di sana kami merancang semua ini. Malah suami saya akan ke Amerika Syarikat untuk urusan kerja selama dua bulan selepas ini.

"Malam tadi pun saya ada undangan nyanyian. Kebetulan hari ini pun tak ada kerja menyanyi. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan pernikahan ini berwalikan ayah saya sendiri.

"Saya sangat rasa dirahmati kerana biarpun majlis ini diadakan secara kecil kecilan tapi kawan rapat saya serta keluarga tersayang ada di sisi," katanya.


ANTARA teman artis yang hadir meraikan pengantin. - Foto Ihsan Sazzy Falak dan Dynas Mokhtar

Mengenai pilihan membuat majlis nikah ini secara tertutup, Atilia menjelaskan majlis resepsi yang pastinya mengundang rakan media akan diadakan sebelum hujung tahun ini.

"Suami saya pun jenis pemalu dan 'private' orangnya. Kami ada sediakan jurugambar rasmi yang akan mengedarkan gambar nikah kepada rakan media.

"Keluarga saya pun ramai dan sebab itu saya tak undang rakan media. Saya pun ramai rakan media yang dikenali dan sebab itu saya memilih untuk mengasingkan acara ini dan mengundang mereka ke resepsi saja. Cuma tarikhnya belum diputuskan lagi bila," katanya. Bercerita lanjut mengenai perkenalan serta percintaannya dengan Adam, semuanya bermula sekitar enam tahun lalu. Adam bekerja sebagai jurutera bunyi dan turut mempunyai syarikat pengurusan acara sendiri.


ANTARA teman artis yang hadir meraikan pengantin. - Foto Ihsan Sazzy Falak dan Dynas Mokhtar

"Kebetulan suami pernah bekerja dengan komposer Roslan Aziz yang bukan asing dalam kerjaya seni saya. Dia pun pernah terbabit dalam teater muzikal P Ramlee untuk bahagian teknikal selain terbabit dalam pembikinan album saya sebelum ini.

"Selalunya kami berjumpa dalam persekitaran kerja. Saya sendiri jarang berkongsi gambarnya di laman sosial sebab kesibukan masing masing. Tambah pula dia seperti saya katakan tadi sangat pemalu," katanya.


ANTARA teman artis yang hadir meraikan pengantin. - Foto Ihsan Sazzy Falak dan Dynas Mokhtar

Pada acara pernikahan pagi tadi, Atilia menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 untuk suaminya. Namun, beliau tidak mahu berkongsi jumlah wang hantaran dan mas kahwin tetapi sempat berseloroh tidak sempat melihat jumlah yang tertera di atas cek.

Adibah Noor yang hadir pada majlis itu turut menyumbangkan suara untuk pengantin. Teman baik Celepets seperti Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, Daphne Iking dan Yasmin Hani turut hadir.




Credits: bharian.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:27 PM | Show all posts
tahniah atilia dan suami!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2014 10:33 PM | Show all posts
mcmana lah majlis nak dapat keberkatan...grup celepets menyeksi tak hengat!
apa2pun tahniah lah!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:44 PM | Show all posts
Theme baju budak2 celepet ni ala2 princess elsa the frozen dah aku tengok mcm nak pi attend budak punya bday party! Btw Atilia you looks so gorgeous except her YSL heels tu mcm tak sesuai je colour dgn her beautiful dress tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 10:57 PM | Show all posts
achik2009 posted on 31-8-2014 07:09 PM

I tot i saw Irene Santiago... i did saw irene santiago.... wow she still gorgeous... mcm dedulu.... zaman 90s.... brp agaknya umo sheolsss
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksi seksa celepets
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:23 PM | Show all posts
Dulo atilia janda
Skunk ni dynas plk bakal janda
Dlm geng celahpepek
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:15 AM | Show all posts
Berkemban seksi xhengat msing2
btw, baju atilia sgt cantik
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:26 AM | Show all posts
Atilia Enggan Tangguh Timang Anak

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 12:25 AM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my



Atilia bersyukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

PETALING JAYA: Penyanyi Atilia Haron yang baru sahaja bernikah dengan seorang jurutera bunyi, Adam Sofian Mazlan, 37, pada pagi Ahad merancang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Atilia, 40, berkata, dia enggan menangguhkan perkara itu seperti segelintir pasangan pengantin baru memandangkan usianya dan suami sudah meningkat.

"Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat memahami saya. Sekarang ini, fokus kami adalah mahu segera menimang anak. Maklumlah, usia kami pun bukannya muda lagi," katanya berseloroh ketika dihubungi mStar Online pada Ahad sejurus selepas perkahwinannya.

Dengan hanya sekali lafaz, Atilia sah bergelar isteri kepada Adam dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Hotel The Saujana Subang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad.

Majlis itu dihadiri seramai 160 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.

Kata Atilia, dia bersyukur, perkahwinannya itu berjalan dengan lancar walaupun persiapan yang dilakukan tidak sampai sebulan.


Atilia dan Adam mula berkawan sejak 12 tahun yang lalu.

"Sepatutnya bukan sekarang kami nak kahwin. Tetapi apabila Adam akan ke Amerika Syarikat selama dua bulan, dan saya pula sibuk dengan kerja-kerja nyanyian dan mengajar yoga, maka kami rasa eloklah jika pernikahan kami disegerakan.

"Alhamdulillah, ia berlangsung dengan lancar pada hari ini (Ahad). Majlis kami pun sederhana, dan inilah yang kami mahukan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya apakah keistimewaan Adam di mata Atilia, kata penyanyi lagu Indah itu, dia suka melihat suaminya yang sangat berdisiplin dalam kehidupan hariannya selain seorang yang begitu rajin bekerja.

"Saya suka orang yang tegas. Dia tak banyak cakap, tetapi bijak menguruskan dirinya dengan cara yang sangat berdisiplin.



"Sudah 12 tahun kami berkenalan dan mula bercinta pada enam tahun lalu. Syukur, kami disatukan dan saya harap ia akan kekal hingga akhir hayat InsyaAllah," tuturnya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia dan yang pertama buat Adam.

Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.


Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:28 AM | Show all posts
baju pengantin x seksi, baju kekawan pulok mcm separuh siap jah. dh la kekawan tu mak2 budak belaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 01:39 AM | Show all posts
mula bercinta 6 tahun dulu..bercerai dgn laki 1st tahun 2009
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:48 AM | Show all posts
ingatkan muda lg si atilia ni.. 40 dh rupanya.. untungla org bdn kecik x nmpk tua..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:49 AM | Show all posts
achik2009 posted on 31-8-2014 11:08 PM

set2 berkemban ni semua perasan cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah atilia and suami.

Seksi seksanya geng2 celepets punya baju. Sabooo jelahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 7.333487 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list