CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11808|Reply: 59

Amy (Grand) Mengaku Salah Larikan Wang Lan (Kristal) #pg2

[Copy link]
Post time 1-9-2014 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Lan (Kristal) Tuntut 'Vokalis Penipu' Kembalikan Wang

Lan bersama isterinya, Sheila.


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Kristal, Lan, kerugian ribuan ringgit selepas ditipu bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara apabila individu itu tidak menjelaskan bayaran wang undangan persembahan bagi acara Karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor, 24 Ogos lalu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, sepatutnya bayaran tersebut perlu dijelaskan sejurus selesai persembahan namun sehingga kini pelbagai alasan yang diberikan oleh pemuda berkenaan.

"Dua bulan sebelum undangan persembahan itu, saya sudah mengesahkan kehadiran saya dan ketika itu dia sudah perlu menjelaskan wang deposit saya.

"Setiap minggu, isteri saya, Sheila, meminta wang tersebut, tetapi ada saja alasannya. Dan kemudian dia kata, 'kita kan kawan-kawan artis, takkan aku nak menipu pula'. Atas dasar kepercayaan itu, maka saya tidak kisah dengan harapan, semua wang saya akan diberikan selepas persembahan dilakukan.

"Lain pula jadinya, selepas selesai persembahan, pelbagai alasan dia beri sehingga ada antara alasannya tidak masuk akal. Duit saya tidak pula dibayar," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Ahad.


Pada Sabtu lalu, Lan menerusi Instagram miliknya telah memuatnaik beberapa foto lelaki berkenaan dengan kapsyen meluahkan rasa bengangnya kerana indivitdu itu tidak menjelaskan bayaran undangan persembahan.

Lan turut mendedahkan nama penuh dan tempat tinggal individu itu yang merupakan seorang vokalis kumpulan muzik yang pernah popular pada tahun 2000.

Dalam pada itu, Lan berkata, selepas pelbagai alasan yang diberi, isterinya telah menghubungi penganjur acara tersebut dan dia terkejut apabila diberitahu wang tersebut sudah lama dijelaskan, malah sebelum Lan memulakan persembahan itu lagi.

Sementara itu, Lan berkata, sekiranya masalah itu belum selesai, dia akan mengambil tindakan seterusnya dengan membuat laporan polis.

"Bermula daripada dua minggu sebelum persembahan sehinggalah sekarang, macam-macam alasan dia beri.

"Katanya akaun bank bermasalah dan selepas itu duit tersebut pula telah digunakan bagi melangsaikan hutang kereta yang tertunggak selama enam bulan. Kemudian ada masalah adik beradik pula.

"Sehingga kini saya beri peluang kepadanya, ada saja alasan tambahan yang direkanya. Jika ia berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," tegasnya.

Bagaimanapun, Lan menganggap, perkara yang berlaku itu juga mungkin adalah kesilapan dirinya sendiri kerana mudah mempercayai orang dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini.

Last edited by maxim on 4-9-2014 08:00 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 09:46 AM | Show all posts
kesian ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 09:52 AM | Show all posts
Lan ni Dulu bukan ka ada bisnes air botol Oren bodoh....
Setakat undangan karaoke berapa jah bayaran kann?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lan tak selar ke...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:20 AM | Show all posts
sape plak tu vokalis tu, songlap duit je keje
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia neh dulu geng ackiok bisnes gelang tipu kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2014 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
putehkundor posted on 1-9-2014 09:52 AM
Lan ni Dulu bukan ka ada bisnes air botol Oren bodoh....
Setakat undangan karaoke berapa jah bayara ...

Botol oren bodoh? Wtf is dat makteh
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:35 AM | Show all posts
maxim posted on 1-9-2014 10:31 AM
Botol oren bodoh? Wtf is dat makteh

Kehkehkeh....air botol cap ayam...ntah APA namanya org panggil.
Mak teh cakap Oren bodoh jah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada dlm ig dia. Amy kumpulan grand? X prnh dgr pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:07 PM | Show all posts
wpun sikit bayarannya, keje dah buat kena la bayor kan... dah la nmpk cam dah kurang job, sian gak kat Lan ni. kwn2 kristal yg lain bleh gak jadi sessionist..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:11 PM | Show all posts
dah gemok si lan ni....hensem sket....kehkehkeh...

betol nokkss...apa ko ckp tu...dah org buat keje....bayor la...kehkehkeh...lan tu laki & bapak org....mestila dia nak duit tu sara anak bini dier....kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:12 PM | Show all posts
selayaknyalah....dulu kau menipu duit orang kan di bawah skim gelang ACKiok..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:26 PM | Show all posts
Ni masa dia menipu, esok esok mungkin giliran orang plak tipu dia....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:42 PM | Show all posts
siapakah vokalis iteww?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2014 03:48 PM | Show all posts
roblucci posted on 1-9-2014 03:42 PM
siapakah vokalis iteww?


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:53 PM | Show all posts
Selayaknya jah ko dulo menipu ikut ackiok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 04:45 PM | Show all posts
mamat tue amik byrn untuk pihak si lan nie ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ribu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde sign agreemwnt apa2 k?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang suka mengambil duit haram ni hidup takkan senang. Duit angin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.269769 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list