CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19456|Reply: 308

[Tempatan] Tutup aurat, 1,500 sarung kaki diagih percuma

[Copy link]
Post time 1-9-2014 10:24 AM | Show all posts |Read mode





HADIR seorang diri bagi menyertai aktiviti sukarelawan Sarung Kaki Project (SKP) di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor pada April lalu, Nordiana Mohd. Noor, 28, ternyata kekok.
Pada awalnya, dia berasa malu kerana tiada seorang pun sukarelawan yang dikenalinya. Tujuan Nordiana yang berniqab hanya satu, dia ingin menceburkan diri dalam aktiviti sukarelawan.
Pada acara itu, Nordiana berpeluang bertemu dengan lebih 70 orang sukarelawan SKP yang terlibat mengagih-agihkan sarung kaki secara percuma kepada golongan wanita yang memakai selipar di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi Selangor.
Pertemuan dengan salah seorang sahabat dari Perak merupakan satu momen bermakna buat Nordiana yang kini menetap di Subang Jaya, Selangor.
"Dia merupakan pasangan saya sewaktu mengedarkan sarung kaki kepada orang ramai dalam acara itu. Dia mengajar saya cara terbaik untuk mendekati golongan wanita dan memberikan sarung kaki percuma di sulami kata-kata berhemah," ujarnya yang bekerja di bahagian kewangan Pos Malaysia.
Nordiana yang mengetahui aktiviti sukarelawan SKP dari laman sosial Facebook terus berminat untuk menyertai acara yang dianjurkan oleh mereka.
Kini, Nordiana merupakan antara sukarelawan SKP yang aktif menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Kumpulan tersebut merupakan sebuah projek dakwah yang mengajak golongan muslimah untuk melengkapkan cara menutup aurat dengan memakai sarung kaki jika tidak memakai kasut bertutup penuh.

SUKARELAWAN mengagih-agihkan sarung kaki untuk diedarkan kepada muslimah.


Projek dakwah
Cara kumpulan ini menyebarkan dakwah ialah dengan mengedarkan sarung kaki secara percuma dalam setiap acara yang dijalankan.
SKP berpegang pada satu objektif iaitu memberi kesedaran kepada golongan wanita Islam bahawa kaki merupakan sebahagian daripada aurat yang wajib ditutup.
Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud iaitu Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini. Rasulullah SAW sertakan lafaznya 'ini dan ini' dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan.
Sukarelawan yang mula ditubuhkan pada bulan September tahun lalu diketuai oleh Nor Aliaa Sedek Shah, 25, kini mempunyai 100 orang ahli yang aktif menyertai setiap acara yang dianjurkan.
Nor Aliaa atau lebih dikenali dengan panggilan Awliya Afruz memberitahu, dia memulakan aktiviti SKP pada awalnya hanya untuk mengisi masa lapang dengan berdakwah pada hujung minggu.
Berasal dari Ipoh, Perak kemudian berhijrah ke ibu negara kerana tuntutan kerja awal tahun lalu, Nor Aliaa sering menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur.
Melalui majlis ilmu itu, dia bertemu dengan rakan-rakan lain yang berkongsi minat sama untuk menjalankan aktiviti sukarelawan.
"Pada pemerhatian saya, situasi wanita Islam di Malaysia berada dalam keadaan tenat terutama dari aspek aurat. Usaha dakwah perlu dimulakan dengan perkara kecil yang tidak diambil kisah. Sehubungan itu, saya memilih sarung kaki sebagai subjek utama.
"Pemberian sarung kaki ini juga merupakan salah satu cara terbaik untuk memberi kekuatan kepada muslimah untuk berhijrah. Lebih sempurna aspek pemakaian wanita itu sekiranya mereka memakai sarung kaki," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Pada peringkat awal, Nor Aliaa mula berdakwah kepada rakan-rakan terdekat yang menyertai majlis ilmu bersamanya dan mereka mula memahami mesej yang disampaikan.

SUKARELAWAN mengedarkan sarung kaki sambil menjelaskan tentang perlunya menutup aurat dengan sempurna.


Kumpul dana
Usaha dakwah Nor Aliaa tidak boleh dipandang enteng. Melalui akaun Facebook SKP, mereka dapat mengumpulkan dana untuk membeli sarung kaki untuk tujuan dakwah.
Selain itu, ramai individu yang tampil untuk menyumbangkan sarung kaki kepada SKP untuk diagihkan. Syarikat penerbitan, Telaga Biru Sdn. Bhd. juga merupakan antara organisasi yang menaja buku dan majalah untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai dalam acara dakwah yang dianjurkan.
SKP mengetengahkan dua slogan utama iaitu Dakwah Ini Baru Bermula dan Kerana Kakimu Juga Aurat. Setiap kali sukarelawan SKP turun dalam setiap acara dakwah, mereka akan membawa kira-kira 1,500 sarung kaki dan stoking untuk diagihkan.
Sukarelawan wanita itu akan dibahagikan secara berpasangan dan berlegar-legar di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
Cerita Nor Aliaa, ada ibu bapa yang terkejut dengan cara dakwah kami dengan hanya memberi sepasang sarung kaki.
"Kebanyakan yang mula sedar isu aurat ini ialah golongan ibu bapa. Banyak peristiwa ibu bapa terus menyuruh anak-anak perempuan mereka memakai sarung kaki yang kami agihkan. Ia merupakan reaksi spontan ibu bapa apabila mendengar penerangan para sukarelawan.
"Dalam kebanyakan acara yang dianjurkan, kami berjaya menghabiskan agihan 1,500 sarung kaki. Namun, ketika di Terminal One, Seremban, Negeri Sembilan tidak banyak yang memberi respons positif terhadap usaha kami malah ada yang tidak mahu langsung mendengar penerangan apatah lagi mengambil sarung kaki," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia Gunaan, Universiti Malaysia Pahang itu.
Menyokong
SKP juga tidak prejudis sewaktu menjalankan program dakwah. Mereka akan memberi sarung kaki kepada setiap wanita tidak kira individu yang sempurna menutup auratnya atau berpakaian tidak mengikut syariat Islam.
Kebanyakan sukarelawan yang terlibat dalam setiap program dakwah SKP terdiri daripada golongan profesional dan pelajar institusi pengajian tinggi.
Nor Aliaa juga akan mendaftarkan SKP sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk menyebarkan dakwah jalanan secara serius pada masa akan datang.
Laman Facebook SKP merupakan platform terbaik Nor Aliaa untuk mempromosi dan mengumpul sukarelawan dalam setiap acara yang dijalankan.
Seorang lagi sukarelawan yang mula menyertai program pertama SKP di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Maizatul Amira Umar, 28, berkongsi pengalaman, SKP merupakan satu platform terbaik untuknya mempromosikan pemakaian sempurna kepada wanita Islam.
Jelas jururawat di salah sebuah hospital swasta di ibu negara itu, sukarelawan yang terlibat dalam acara SKP juga akan diberi borang penilaian selepas program tersebut.
"SKP terbuka kepada seluruh wanita di negara ini. Kami tidak mengenali kesemua sukarelawan yang terlibat. Borang penilaian merupakan kaedah terbaik untuk kami meningkatkan acara yang bakal dijalankan pada masa akan datang," ujarnya yang merupakan antara sukarelawan tetap SKP.
Melalui program dakwah yang dijalankan, ia mampu membina semangat wanita muslim untuk berubah ke arah pemakaian menutup aurat yang sempurna.
Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ameera Nadia Azmi, 34, memberitahu dia menyedari bahawa kaki adalah aurat yang wajib ditutup selepas seorang penceramah menegur para muslimah dalam satu majlis ilmu.
Selama ini, kata eksekutif syarikat swasta itu beliau hanya menutup aurat tanpa memakai sarung kaki.
"Rasa malu pada diri. Rupa-rupanya banyak yang kita tidak tahu tentang aurat.
"Alhamdulillah, teguran secara terbuka itu memberi kesan yang mendalam kepada saya. Sejak itu saya berusaha memakai stoking jika keluar rumah," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Menegur nak menarik orang bukan kerja senang.bertatasusila tu penting jangan bagi orang terasa hati.kalau sampai orang terasa hati makanya makin jauh org tu tak nak dekati.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:36 AM | Show all posts
usaha tangga kejayaan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:37 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 1-9-2014 10:33 AM
Menegur nak menarik orang bukan kerja senang.bertatasusila tu penting jangan bagi orang terasa hati. ...

yup, aku setuju apa ko cakap.....masalahnya dlm masyarakat kita pompuan2 yg berniqab bertudung labuh nih x pernah cuba mendekati golongan yg berpakaian mencolok mata, sebaliknya mereka menjadi bahan umpatan dan kejian.....ni yg membuatkan golongan berkenaan semakin jauh dari dakwah yg nak disampaikan........

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:40 AM | Show all posts
Dakwah Islam akhir zaman takde isi langsung....balik2 tutup aurat, balik2 tutup aurat...

Islam hanya pada pakaian luaran.....dalam takde isi kosong lompong. Sebab tu aku tak heran bila minah bertudung annaunce nak murtad.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:19 AM | Show all posts
Saya nak suruh Liang Liang belajar menutup aurat.... hilang iman saya melihat tubuhnya yang putih gebu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sarung kaki percuma utk tutup aurat??

sumbangan pd masyarakat universal?? nil, zero...

sbb tu islam ketinggalan dlm sains dan teknologi....nak bina caliphate gigih guna tektik penggal penggal kepala org ....gaya dayak purbakala lagaknya...

macam mana nak berjaya???
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols still ingt masa orientasi...akak2 senior yg side tudung labuh pnggil semua siswi...yg pkai tudung singkat kena bash...yg plg weolls xboleh lupa...diorg tengking siswi2 yg xpkai stoking..siap ckp abg2 senior dah xlarat nk mandi wajib hari2 tgk kaki korang tau...

Ktaorg brpandangn sesama sendiri like... what???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 11:40 AM | Show all posts
bambimo posted on 1-9-2014 11:35 AM
Iols still ingt masa orientasi...akak2 senior yg side tudung labuh pnggil semua siswi...yg pkai tudu ...

bodoh gile akak2 senior ko tu........tu laa set2 holier than thou......sekali dorg kantoi kene tangkap khalwat padan muka

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:41 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 1-9-2014 11:19 AM
Saya nak suruh Liang Liang belajar menutup aurat.... hilang iman saya melihat tubuhnya yang putih ge ...

abam spenderman meh la tunjuk liang2 kesayangan abam tu... ni dok kehulu kehilir liang2..
jgn uplod pic liang lahad dah laa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:42 AM | Show all posts
stoking kaki dah murah sekarang..5lai sepuluh ringgit..macm2 warna ada..
nak pakai dengan xnak je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:43 AM | Show all posts
bambimo posted on 1-9-2014 11:35 AM
Iols still ingt masa orientasi...akak2 senior yg side tudung labuh pnggil semua siswi...yg pkai tudu ...

ko studi kt ne ni...bodo nya akak2 so called seniur tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach posted on 1-9-2014 11:40 AM
bodoh gile akak2 senior ko tu........tu laa set2 holier than thou......sekali dorg kantoi kene tan ...

Tu la xkn abg2 senior yg handle orientasi konon alim boleh dok h*nd j*b just sbb tgk kaki freshies....like seriously???

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 posted on 1-9-2014 11:43 AM
ko studi kt ne ni...bodo nya akak2 so called seniur tu

Ala U yg trkenal dgn side pro pmbngkang kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bambimo posted on 1-9-2014 11:35 AM
Iols still ingt masa orientasi...akak2 senior yg side tudung labuh pnggil semua siswi...yg pkai tudu ...

Like... seriously?

my experience plak, I g solat kat mesjid with a fren yg bertudung labuh. Geng tudung labuh datang n hug my friend n tanya khabar n sembang summore.
my fren tried to include me, tp geng dia buat x tau je.
dia pun x nak salam.

We were young then, biasala pakai jeans n tshirt long sleeve. Taim tu zaman baju longgar2.
That was when I decided pompuan geng tudung labuh sangat keji akhlaknya dan complacent, except those yg ada english edukesen.
hahahhaha

sorry.. over..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:46 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-9-2014 11:42 AM
stoking kaki dah murah sekarang..5lai sepuluh ringgit..macm2 warna ada..
nak pakai dengan xnak je..

kita hari2 pi keje atau pi kemana2 pakai stoking makwa....sebab kita pakai boots..kalau kasut tinggi sekali dalam setahun pun kita pakai stoking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 11:55 AM | Show all posts
bambimo posted on 1-9-2014 11:35 AM
Iols still ingt masa orientasi...akak2 senior yg side tudung labuh pnggil semua siswi...yg pkai tudu ...

whaaaaattt???!!

camna akak2 senior uols bley tau abam2 senior mandi wajib hari2? pi skodeng abam senior kah?.then ape masalahnye klo mandi wajib hari2?

iols rasa,akak2 senior uols tu sbnrnye takut abam2 senior terpikat kat uols & kawan2 yg cun melecun.iols syak akak2 senior uols semua tak cun.tu yg gigih melahar uols.bukan nak suh jaga aurat sgt.more like tak puas hati uols & kawan2 uols ag cun.hahahaha!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:55 AM | Show all posts
noor2 posted on 1-9-2014 11:46 AM
kita hari2 pi keje atau pi kemana2 pakai stoking makwa....sebab kita pakai boots..kalau kasut ting ...

kalau pakai boots memang kena pakai stoking la...dah terbiasa pakai memang selesa pakai...
saya pula biasa pakai kasut sarung pergi kerja memang berstoking...n mak selalu pesan,nak elak tumit pecah2 tu kena pakai stokin,kasut sarung..


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
babydoll posted on 1-9-2014 11:55 AM
whaaaaattt???!!

camna akak2 senior uols bley tau abam2 senior mandi wajib hari2? pi skoden ...


Hahaha no lah bcz of that...pas spm mana lah tau nk melawa2 ni u...the point yg i nk ketengahkn betapa sempit nya minda diorg....xpkai stoking abg2 senior tgk dh meleleh...ktaorg xsetuju cara dakwah cmtu..

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:59 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-9-2014 11:55 AM
kalau pakai boots memang kena pakai stoking la...dah terbiasa pakai memang selesa pakai...
saya p ...

owh....itu petuanya rupanya...tq...patutla...memang tumit kaki tak pernah pecah pun..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.076656 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list