CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7865|Reply: 111

[Dunia] Harga smartphone kayu pengukur status pemiliknya

[Copy link]
Post time 3-9-2014 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Situasi pasaran telefon pintar ketika ini dilihat begitu mencabar kepada pemain industri apabila keba-nyakannya menawarkan pelbagai model baru dan sentiasa mendakwa produk merekalah yang paling maju serta menjadikan isu harga sebagai kayu pe-ngukur sebagai status pemiliknya.

Pada masa sama, jika diperhatikan sejak kebelakangan ini syarikat pe-ngeluar telefon dari rantau Asia menjadi tumpuan apabila mereka berpusu-pusu meneroka pasaran telefon pintar di pasaran global berbanding dulunya yang dikuasai oleh pemain industri dari Eropah.


Merujuk kepada laporan penguasaan pasaran dari firma penganalisis pasaran antarabangsa, Strategy Analytics, setakat suku kedua lalu, carta penguasaan pasaran telefon pintar global mula mencatatkan senarai pemain industri dari Asia yang lebih mendominasi iaitu Samsung, LG, Xiomi, Lenovo dan Huawei berbanding Apple serta syarikat telefon Eropah lain.

Situasi ini menunjukkan kehadiran syarikat telefon pintar dari Asia mula mendapat perhatian daripada pengguna global. Jika dilihat kepada prestasi pe-nguasaan pasaran telefon pintar di Amerika Syarikat setakat suku kedua lalu seperti dilaporkan Nielsen, Samsung dan HTC mula mengejar kedudukan yang didominasi oleh Apple masing-masing di tempat kedua dan ketiga.




Baru-baru ini, IT menyertai perbincangan Frequencies Asia di Jepun yang dianjurkan oleh HTC dari beberapa media terpilih di rantau Asia Tenggara antaranya media dari Si-ngapura, India, Thailand dan Jepun.


Menerusi perjumpaan itu, rata-rata pengamal media IT yang hadir bersependapat bahawa kemasukan telefon pintar dari Asia terutama China memberi cabaran kepada pasaran telefon pintar ketika ini.

Kebanyakan peserta yang hadir bersetuju iPhone sememangnya mempunyai kelasnya tersendiri serta menawarkan ciri premium walaupun harga ditawarkan bukan dalam segmen mampu milik.

Namun, jika dilihat kepada prestasi penguasaan pasaran global yang mula dipecahkan pemain industri telefon pintar Asia, segmen pengguna juga dilihat semakin berubah dan ia mampu menggoyahkan kedudukan iPhone pada masa depan.

Presiden HTC Asia Utara, Jack Yang berkata, pengenalan lebih banyak telefon pintar yang berada dalam segmen mampu milik dari Asia sememangnya memberi persaingan sihat dalam industri telefon pintar global.

Beliau berkata, lebih unik adalah setiap pemain industri bersifat lebih inovatif bagi memperkenalkan telefon pintar yang menepati cita rasa pengguna pada hari ini.

“Bagi HTC yang sememangnya mempunyai model telefon pintar yang inovatif baik dari segi reka bentuk mahupun sistem operasi.

“Terbaru, dengan memperkenalkan HTC Butterfly 2 yang mempunyai reka bentuk premium dan menyasarkan kepada golongan wanita adalah strategi kami untuk menjadikan model kali ini mampu mendapat perhatian pengguna di rantau Asia,” katanya.

Jack berkata, pengenalan HTC Butterfly 2 juga adalah strategi bagi menarik lebih ramai golongan wanita menggunakan produk baru itu kerana sebelum ini produk HTC lebih digemari pengguna lelaki.

“Menyasarkan produk kepada golongan wanita adalah satu strategi pasaran yang baik kerana mereka mempunyai pengaruh dalam pasaran,” katanya.

HTC Butterfly 2 adalah model ketiga dalam keluarga Butterfly selepas HTC Butterfly S dan HTC Butterfly yang diperkenalkan pada 2012 dan 2014 yang berjaya merekodkan pencapaian jualan terlaris di pasaran Jepun dan Taiwan.

Dalam satu taklimat semasa Frequencies Asia berlangsung, Pengarah Kanan, Pemasaran Produk HTC Asia Pasifik, Darren Sng berkata, telefon pintar terbaru HTC itu adalah model mempu-nyai ciri premium dari segi reka bentuknya dengan tidak mempunyai penutup belakang dan mudah dipegang penggunanya.

Katanya, selain itu, ciri ketahanan dari habuk dan air juga dibangunkan HTC pada model terbarunya itu kerana terdapat permintaan pengguna untuk men-dapatkan telefon pintar
lebih lasak.

“Ciri duo kamera terletak di bahagian belakangnya juga memberi kelainan dan memudahkan penggunanya untuk lebih berkarya selepas mengambil gambar.

“Bagi memperkenalkan sebuah model telefon pintar baru di pasaran, kami mengambil masa untuk mengkaji kehendak pasaran termasuk trend diinginkan pengguna pada hari ini,”
katanya.

Selain itu, bagi pasaran Jepun, HTC memperkenalkan beberapa ciri lain yang tidak dijual pada pasaran antarabangsa lain antaranya fon telinga, JBL.

Tambahan, HTC juga menggunakan model gadis muda sebagai duta HTC Butterfly 2 di Jepun iaitu Kumpulan Nogizaka 46 adalah antara staregi menunjukkan model itu disasarkan kepada segmen wanita.

Jepun adalah destinasi pertama menjadi pilihan HTC untuk melancarkan HTC Butterfly 2 yang dilihat sebagai satu strategi untuk menerokai pasaran yang didominasi iPhone.

Strategi pengasingan segmen pengguna mengikut gender itu juga dilihat sebagai satu strategi pemasaran pemain industri telefon pintar seperti HTC.

Ini kerana jika dilihat kepada prestasi setiap telefon pintar dilihat hampir sama. Apa membezakannya adalah kemampuan syarikat itu meletakkan status kepada setiap model keluarannya.

Perkara ini boleh dilihat apabila iPhone yang tidak pernah berkrompromi dengan harga bersandarkan keyakinannya bahawa produknya akan sentiasa mendapat perhatian pembeli kerana status premium.

Begitu juga HTC yang cuba menerokai pasaran mengikut gender dengan memperkenalkan ciri yang mungkin lebih menarik perhatian wanita seperti dwi rakaman dan mampu menampilkan gambar dalam bentuk tiga dimensi.

Sememangnya pengeluaran model telefon pintar di pasaran sentiasa meningkat dan kehadiran syarikat pengeluar telefon pintar dari Asia bukan saja merancakkan per-saingan antara pemain industrinya malah ia juga mampu menonjolkan status pembeli.


Last edited by R2D2 on 3-9-2014 10:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 10:55 AM | Show all posts
pnajng sugguh artikel tak larat nak baca
i pakai iphong aje lah sebab so far masih
elok no rosak no nothing janji charge aje
battery
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:56 AM | Show all posts
simbol status????
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:10 AM | Show all posts
Dia tak tau yang beli ipong7s tu pun buat pinjaman dengan kawan demi meralisasikan impian..
kosser sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:11 AM | Show all posts
ye kot sbb tu ramai asik tuka hp kalo aku xda la nak kejar2 sgt hp baru asal boleh call boleh msg sudah
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:12 AM | Show all posts
lebih kepada simbol kepoyoan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2014 11:15 AM | Show all posts
ellZack posted on 3-9-2014 11:10 AM
Dia tak tau yang beli ipong7s tu pun buat pinjaman dengan kawan demi meralisasikan impian..
koss ...

kalau beli melalui COURTS tu lain...

di COURTS yg beli hutang dpt layanan special berbanding yg beli tunai
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:19 AM | Show all posts
status apa.. status kepoyoan.... beli tipon 2 ribu boleh... beli gula bawang susu anak merengek mahal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 11:21 AM | Show all posts
bos aku pakai tepon samsung grand jer...org bawah dia pakai S5..status kapla hangguk!



Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:24 AM | Show all posts
aku tetap berbangga dgn dgn iphone 4s aku... kawan2 aku, fon nya bnyk dah rosak (htc, sony, samsung, lenovo) sume dah masuk bengkel dan akhirnya rosak.. tp iphone aku tetap teguh berdiri
*tp sedeh akhirnya aku tertinggal kepala plug kat hotel royal bintang penang kelmarin... babai Last edited by fcl29 on 3-9-2014 11:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:26 AM | Show all posts
Simbol status ... cam lawak je
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:27 AM | Show all posts
kecimpret posted on 3-9-2014 11:21 AM
bos aku pakai tepon samsung grand jer...org bawah dia pakai S5..status kapla hangguk!

tp bukan nak kata la.. kebanyakan bos2 ni buta IT... pon mahal2 pon kalau beli buat call kan sms jerk.. tanya model hiend lowend pon dia tak kenal... cuba tanya budak2 minat tipon ni... baper ram.. screen apa.. kaca gorila ka hapa semua taw... tp memang ngok la kata simbol status... budak2 dpt gaji pertama dia cari tipon dulu dari menda lain.. makan megi pon takpa janji tipon power



Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat sangat pun nak follow ups gadget gadget ni..sekadar ada memenuhi keperluan komunikasi dah Alhamdulillah. Cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:30 AM | Show all posts
status nak menunjuk bajet kaya adalah... beria pakai iphone la, gadjet paling latest la padahal hutang keliling pinggang ribu riban... banyak je yg jenis macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehe 3 tahun lepas sorang mamat consultantphysician ni pakai nokia 310 je yg hanya kelip bila ada panggilan. Now..in 2012...ade samsung galaxy note.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:30 AM | Show all posts
tgk bos bos pakai hp biasa2 jer pun.  Org2 mcm ni bukan kisah sgt dgn hp paling canggih ke apa ke.  Janji dapat buat call, check email, internet ready.....dahhhhhh

takde masa pun nak explore all the canggih manggih features yg tak relevant
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehe 3 tahun lepas sorang mamat consultantphysician ni pakai nokia 310 je yg hanya kelip bila ada panggilan. Now..in 2014...ade samsung galaxy note. Last edited by mbhcsf on 3-9-2014 11:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dlm byk2 phone aku suka blackberry. tp blackberry cepat rosak xmcm iphone
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:33 AM | Show all posts
Artikel panjang lebar tu cakap pasal smartphone ke pasal HTC? Nampak macam lebih kepada HTC jer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:34 AM | Show all posts
aku tetap bangga ada note 3,4,tab,nexus dan mempunyai wechat

tanpa wechat, duniaku seakan mati ...kekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.278088 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list