CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: piao

Ummi Nazeera Takut Riak Dengan Perubahan?

[Copy link]
Post time 14-9-2014 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
fuyupoktek posted on 3-9-2014 05:45 AM
Aku ada join mjlis ilmu yg menjemput ciknin ni aku rs dia mmg byk brubah sbb bila bckp tu aku dpt rs ...

wajah dia cantik yg klasik n eksotik kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 10:13 AM | Show all posts
Seorang ahli perniagaan dikenakan hukuman penjara 31 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh, yang diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, dikenakan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Ini bermakna tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai namun menaikkan wang jaminan daripada RM200,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A'khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn Bhd.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul, dekat Kuala Lumpur, antara Disember 2006 dan Mei 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan.

Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Terdahulu, Maziah memberitahu mahkamah bahawa kesan daripada tindakan tertuduh menyebabkan beliau hilang hak sebagai pengarah dan juga pemegang saham bagi syarikat tersebut.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Ummi Nazeera memberitahu pemberita beliau bersyukur dengan keputusan tersebut dan menyatakan segala keperitan ibunya telah berakhir.

"Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya," katanya yang pernah membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria.

Sebanyak 13 saksi pendakwaan dan 13 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu.

- Bernama


ayah UN ni kene penjara 31 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:35 AM | Show all posts
watachiwa replied at 27-11-2015 10:13 AM
ayah UN ni kene penjara 31 tahun?

Ibu bapa beliau bercerai dan berebut harta perniagaan kah? Kalau tak cerai mustahil lah bukan ibunya nak fail saman terhadap laki sendiri. Saya speku ummi nazeera ala ala benci shj kepada bapaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni kes mak dia kat makamah. Sekarang ni bapak dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:09 PM | Show all posts
addamnor replied at 27-11-2015 11:35 AM
Ibu bapa beliau bercerai dan berebut harta perniagaan kah? Kalau tak cerai mustahil lah bukan ibun ...

Pindah milik harta kepada isteri kedua dan ank2 isteri kedua.. Untuk dia palsukan dokumen danlantik ank2 isteri kedua dlm company tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:13 PM | Show all posts
arasham replied at 27-11-2015 12:09 PM
Pindah milik harta kepada isteri kedua dan ank2 isteri kedua.. Untuk dia palsukan dokumen danlanti ...

Mereka masih suami isteri kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 12:26 PM | Show all posts
fuyupoktek replied at 3-9-2014 12:45 PM
Aku ada join mjlis ilmu yg menjemput ciknin ni aku rs dia mmg byk brubah sbb bila bckp tu aku dpt rs ...

melekat nama ciknin ni

makin lawa lah tgok di bertudung.. airmuka tu berseri-seri
dulu mcm comot jah tengok dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku replied at 3-9-2014 01:20 PM
hat kanan sekali tu bukan kakak johan saari ke? farah? ke pelakon sorang yg selalu berlakon dgn  ...

yg sama2 brlakon dlm awan dania 1 jd pramugari airasia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 01:23 PM | Show all posts
dia memang cantik, suka gila tengok dia ini. kecil comel
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:12 PM | Show all posts
tapi lately tgk dia dah kembali aktif berlakon... takut nya dia klu berubah jadi dulu balik... semoga istiqamah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:19 PM | Show all posts
tengok dia berlakon drama dgn fasha sandha jumaat malam lepas. elok dia berstokin dalam lakonan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok kat insta sheols ada sheols pakai dress ketat... Mmg susah nak jaga kan, kita yg biasa2 ni pun kekdg terbabas, tambahan pulak Ummi yg bekerja dlm bidang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
DaisyD replied at 27-11-2015 01:23 PM
dia memang cantik, suka gila tengok dia ini. kecil comel

Kecil comel?? Pernah jumpa dia live tak??? Hahahah tp memang dia cantik..dia lawa.. bukan cute comel kecil.. dia cantik kewanitaan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 07:06 PM | Show all posts
ecahaha replied at 3-12-2015 06:58 PM
Kecil comel?? Pernah jumpa dia live tak??? Hahahah tp memang dia cantik..dia lawa.. bukan cute com ...

belum lagi tapi boleh imagine kecil comel lah berbanding saya hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 07:06 PM | Show all posts
Cantik.. Muka berseri.. Sedap mata memandang
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
DaisyD replied at 3-12-2015 07:06 PM
belum lagi tapi boleh imagine kecil comel lah berbanding saya hihihihi

Sy 162cm.. un lg tinggi n tegap drp sy.. kitorg duduk sebelah2 n borak ms jumpa dulu.. figure dia x cute cam kanak2.. hehehe.. sy ms mula2 jumpa dia pun cm terkejut sbb sll imagine dia cam kecik comel.. dia sgt kewanitaan.. muka dia mmg cute baby face gitu.. dia mmg cantik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 07:22 PM | Show all posts
ecahaha replied at 3-12-2015 07:12 PM
Sy 162cm.. un lg tinggi n tegap drp sy.. kitorg duduk sebelah2 n borak ms jumpa dulu.. figure dia  ...

ehhh lebih kurang lah tinggi kita. tak sangka dia pula, nampak dalam tv kecil je
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 08:46 PM | Show all posts
way to go girl. dia pun sedar trend artis2 bertudung ni. riak dalam pada menceritakan kisah hijrah masing2. comel dan berilmu tinggi, moga dia pun dikurniakan dengan jodoh yang terbaik untuk diri dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066538 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list