CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2185|Reply: 0

Lakonan Taylor Swift Dipuji?

[Copy link]
Post time 3-9-2014 02:51 PM | Show all posts |Read mode



Mahu jadi pelakon hebat

Walaupun karier nyanyiannya sedang meningkat naik, gadis kelahiran Wyomissing, Pennsylvania, Amerika Syarikat ini sebenarnya mahu menjadi pelakon yang hebat.

Sebelum ini, pelantun lagu State of Grace ini pernah membintangi filem Valentine`s Day dan memegang watak sampingan menerusi siri drama TV New Girl, namun itu belum cukup membuktikan dia seorang yang hebat berlakon.

"Saya memang ingin menjadi bintang filem, dan saya ingin membuktikan saya juga boleh berlakon dengan baik sebaris dengan pelakon Hollywood yang lain," katanya kepada Radar Online.

Sehingga kini, penyanyi berusia 24 tahun itu akan terus berusaha dalam bidang yang dia impikan sekali gus tidak mengganggu kariernya sebagai penyanyi.

Bahkan, Swift juga ditawarkan untuk membintangi Filem Cereka Konsert seperti Justin Bieber dan Katy Pery bernilai USD10 juta (RM30 Juta), namun pihak pengurusannya masih lagi dalam proses perbincangan sama ada mahu menerima atau pun tidak.


Lakonan dipuji

Merealisasikan lagi cita-citanya yang mahu bergelar seorang aktres, pemenang Anugerah Grammy itu telah membintangi filem sains fiksyen, The Giver arahan Phillip Noyce yang di adaptasi daripada novel tulisan Lois Lowry.

Dalam filem itu, penyanyi I Knew You Were Trouble bergandingan dengan Jeff Bridges, Brenton Thwaites, Meryl Streep, Odeya Rush, Katie Holmes dan  Alexander Skarsgard.

Salah seorang pelakon filem berkenaan, Bridges memuji lakonan Swift.

"Dia sangat hebat. Kami akhirnya menjadi pencinta muzik," katanya.

Tidak setakat itu, Holmes yang juga menjadi salah satu bintang dalam filem berkenaan turut memuji lakonan Swift.

"Dia begitu indah. Dia begitu baik, berbakat, dan sangat luar biasa berbakat," katanya.

The Giver mengisahkan seorang lelaki muda yang terpilih diberi peluang untuk mempelajari kegagalan  dan nikmat sebenar kehidupan di dunia ini dalam keadaan masyarakat sekeliling yang sempurna tanpa sebarang peperangan, kesakitan, penderitaan, perbezaan dan pilihan.

Nantikannya di pawagam mulai 4 September ini.

THE GIVER

PENGARAH: Phillip Noyce
PELAKON: Jeff Bridges, Brenton Thwaites, Meryl Streep, Odeya Rush, Katie Holmes, Taylor Swift, Alexander Skarsgard
GENRE: Drama / Fiksyen Sains / Fantasi
TARIKH TAYANGAN: 4 September 2014

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.076246 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list