CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2919|Reply: 15

[Tempatan] Hak Orang Kurang Upaya Di Salah Gunakan Oleh Golongan Cacat Otak.

[Copy link]
Post time 10-9-2014 07:45 AM | Show all posts |Read mode


PEMILIK tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan mereka di petak tempat letak kereta yang disediakan khas untuk OKU di Kuala Lumpur, baru-baru ini.



KUALA LUMPUR 9 Sept. - "Kami hanya meletakkan kenderaan sementara sahaja. Kebetulan petak tempat letak kereta Orang Kurang Upaya (OKU) di sini kosong,".

Begitulah jawapan ringkas sepasang suami isteri yang normal tubuh badannya ketika diaju pertanyaan oleh penulis mengenai tindakan mereka meletakkan kenderaan di petak khas bagi pemandu OKU di salah sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini.

Penulis percaya situasi menyalahgunakan kemudahan OKU, lebih-lebih tempat letak kereta, sama ada secara sedar atau tidak bukan lagi luar biasa dalam kalangan masyarakat hari ini.

Keadaan ini sekaligus membuktikan tahap kesedaran terhadap golongan ini masih rendah.

Kemudahan yang disediakan itu tidak lain bertujuan memudahkan pergerakan golongan itu melakukan tugasan harian mereka.

Sikap tidak prihatin dan kurang bertimbang rasa segelintir orang awam itu bukan sahaja menyukarkan golongan OKU, bahkan menggambarkan sikap pentingkan diri.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa lokasi tumpuan di sekitar ibu kota baru-baru ini, mendapati penyalahgunaan kemudahan OKU dilihat semakin menjadi-jadi.

Biarpun simbol OKU dan papan tanda khas diletakkan ia langsung tidak dihiraukan.

Apatah lagi papan tanda yang memberi amaran mereka yang menyalahguna petak tempat letak kereta bagi OKU atau tidak mempunyai pelekat khas tindakan mengunci tayar akan diambil.



TINDAKAN meletakkan motosikal di laluan pejalan kaki OKU menggambarkan sikap tidak prihatin masyarakat kepada golongan ini.
Advertisement

Kesempatan turut diambil penulis untuk bertanyakan situasi salah guna kemudahan OKU itu kepada seorang pegawal keselamatan di situ.

Jawapan yang diterima agak mengecewakan.

Menurut lelaki berusia hampir 50-an itu, mereka tidak mempunyai banyak masa dan tenaga semata-mata untuk mengawal petak khas disediakan untuk OKU.

"Kami hanya berharap orang awam sedar mengenai hak-hak OKU.

"Jika secara kebetulan individu didapati bersalah, tindakan mengunci tayar dan denda sebanyak RM50 akan dikenakan," jelasnya.

Sementara itu, tinjauan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara mendapati situasi sama turut berlaku apabila petak tempat letak kenderaan OKU yang disediakan dipenuhi beberapa buah kereta dan motosikal.

Ketiadaan sebarang pelekat OKU ditampal menguatkan tekaan penulis kenderaan itu milik orang awam yang tidak bertanggungjawab.

Penulis percaya, sebagai manusia yang normal tubuh badan nya tentu kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada individu yang tidak ambil peduli tentang nasib dan hak-hak golongan ini.

Mereka bukan warga kelas kedua seperti yang dianggap sesetengah masyarakat, sebaliknya mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti masyarakat normal lain.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kota/201...#ixzz3CrUiFfIP
© Utusan Melayu (M) Bhd


Last edited by LUNCH on 10-9-2014 07:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 07:46 AM | Show all posts
HATI dia org yg OKU...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 07:46 AM | Show all posts
Yang letak kon sesuka hati pun ramai, macamlah dia dah sewa khas parking tu...............
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Otak dia oku
Mmg ramai spesies caprut mental ni
Pakai kereta besar pon same
Elok je park oku
Kene sumpah jd oku sungguh br la tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 08:07 AM | Show all posts
Memang tak ada perasaan malu dan bersalah. Anak dah besar nanti pun perangai macam mak bapak juga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 08:23 AM | Show all posts
bertimbang rasa la ckit..kesian dkt oku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2014 08:34 AM | Show all posts
oku pkai CGI
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 08:37 AM | Show all posts
only in malaysia kut..kat luar tatau plak cmne...tertib kut. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 08:38 AM | Show all posts
mc biasa la .. benda2 gini kena buat kempen besar2an kut. kena la tunjuk kat tv sentiasa .. peri kepentingan tuk tidak memparking kereta ke motor kat tempat khas OKU ni. org kita ni nak kena diingatkan selalu benda2 cam ni. diingatkan selalu pun still ada jgk org2 ignorance ni. ignorance people is very annoying sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau kena saman baru redha.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:11 AM | Show all posts
Ada dekat Jusco Wangsa Maju..
Ada 1 family ni.. naik avanza kalo tak silap..
Dia park kat kenderaan org cacat..
So husband nya keluar jalan senget2... mcm kaki pendek sebelah tu..
Dia jalan masuk Jusco dgn family dia..
So kitorg ni yg baru park kereta, mcm "oo..betul OKU la  ni..."
Then kitorg masuk dalam Jusco..
Tak lama lepas tu kitorg jumpa family Avanza ni semula kat dalam jusco tu..
Apa yang mengejutkan, husband dia jalan mcm biasa, xde pun jln senget2 tu..
duk bergelak ketawa dgn anak bini lalu depan foodcourt..
kitorg macam whattttt!!! ko sanggup semata2 nak parking, ko buat2 jln terhencot2 tu..
keji kan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:13 AM | Show all posts
memang otak cacat..sedih orang yg macam ni, tak ada sensitiviti lgsg..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:25 AM | Show all posts
ni antara perangai buruk malaysian.............
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:32 AM | Show all posts
Mentaliti masyarakat Msia yg mmg kurang sensitif dgn facilities utk OKU.  Ikut kesenangan dan keselesaan diri sendiri saja.

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:39 AM | Show all posts
hahaha.. yg bapuk guna lady parking acane?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 12:33 PM | Show all posts
ramai sebenarnya cacat otak penduduk yg tinggal kat KL nih..hihihihihihi tgk kn aje.. kalu ditegur konpem kita pun akan dichop orang kurang upaya jgak...hehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157861 Replies : 3865
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187945 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4232 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19095 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 3434 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 3535 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3838 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.185866 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list