CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19020|Reply: 104

Gosip Bercinta Dengan Negro, Kahwin: Zarina Anjoulie Sakit Hati

[Copy link]
Post time 10-9-2014 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest

.
Model dan aktres seksi lagi penuh kontroversi Zarina Anjoulie Lavocah, 27, berasa sakit hati dan bengang apabila baru-baru ini timbul dua gosip sekaligus yang mengaitkan dirinya lantaran berita tersebut yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.
Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Anak Pontianak' ini dikatakan bercinta dengan seorang jejaka warganegara asing kuit hitam atau negro. Kemudian, Zarina dikhabarkan sudah berkahwin senyap-senyap.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Zarina berkata, dia terkejut dan tidak tahu menahu bagaimana dan dari mana punca cerita itu boleh timbul. Sedangkan hal tersebut tidak berlaku ke atas dirinya.
"Baru-baru ni, mula-mula keluar cerita tentang saya bercinta dengan 'Pak Itam' (negro). Lepas tu timbul pua cerita saya dah kahwin.  Tiada angin tiada ribut, alih-alih timbul cerita sebegitu.
"Kalau betul saya sudah kahwin, saya berkahwin dengan siapa? Mana suami saya? Saya sendiri tidak tahu. Saya pun nak tahu juga dengan siapa saya berkahwin", itu reaksi Zarina Anjoulie tatkala diminta mengulas mengenai gosip tersebut, ketika ditemui pada malam tayangan bersama media filem Amir & Loqman bertempat di e@Curve, Damansara, malam tadi.
Selain Zarina, pelakon lain yang turut membintangi filem arahan mamat khalid itu seperti Shuib (Sepahtu) dan Syuk (Balas) sebagai teraju utama serta barisan pelakon Kaza, Nadia muztafa, Sofi Jikan dan ramai lagi.
Filem 'Amir & Loqman Pergi ke Laut' bakal ditayangkan di pawagam mulai 25 September ini.
Dalam pada itu, Zarina mengakui marah kepada pihak yang menyebarkan gosip tersebut.
"Tak dinafi saya marah bila keluar gosip macam tu. Ia tak masuk akal. Sewaktu tersebarnya gosip itu saya tiada pun di Malaysia. Saya sedang berada di Indonesia kerana urusan kerja.
"Tapi bila ada rakan-rakan yang menghubungi saya dan bertanya kenapa saya kahwin tetapi tidak menjemput mereka, saya terus terkejut. Tapi tak mengapalah, selagi kawan-kawan rapat dan famili kenal siapa saya dan mereka tahu cerita itu tidak betul, itu sudah cukup", katanya.
Sementara itu ditanya sama ada dia kini sudah semakin memperlahankan aktiviti lakonannya memandangkan agak lama dia tidak muncul dalam mana-mana filem mahu pun drama, jawab Zarina, benar dia sudah jarang mengambil tawaran berlakon kerana kini sedang sibuk menumpukan perhatian kepada pengajian dan perniagaannya. Namun katanya, tidak bermaka dia merancang untuk meninggalkan bidang yang diminatinya itu.
Tidak juga bersikap memilih sebaliknya dia akan menerima satu-satu tawaran berlakon itu sekiranya tawaran tersebut dirasakan berbaloi dan dia mampu memberikan sepenuh komitmen.
"Ya, saya sekarang tengah sambung belajar dan uruskan perniagaan saya. Sebelum ni pun saya sudah lama tangguh pengajian, bila difikir-fikirkan semula, kalau saya tak sambung sekarang sampai bila saya nak capai impian nak genggam ijazah saya, kan. Sesekali saya ulang alik ke Jakarta sekiranya ada tawaran sesi fotografi.
"Selain itu saya sibuk promosi dan usahakan dua produk kecantikan iaitu krim wangian, Ched Solid Perfume. Saya juga sebagai duta untuk produk ini sejak dua tahun lalu. Satu lagi, saya jmengusahakan produk minuman kolagen Ladies Secret Breast Out. Ia untuk kesihatan dalaman wanita iaitu untuk mencantikkan payudara dan juga kulit. Syukur, sambutan terhadap dua produk ini cukup menggalakkan.
"Tawaran berlakon ada, tapi saya bukan memilih. Cuma memandangkan saya sibuk, jadi kalau saya nak ambil satu-satu tawaran tu saya akan pastikan dulu yang ianya berbaloi, saya boleh bawa watak itu dengan baik dan saya dapat beri komitmen. Saya tak mahu lah beri janji-janji palsu ada pengarah atau penerbit. Nanti kalau saya tak boleh beri komitmen dengan baik tentu ia bagi masalah pada produksi. Tapi tak bermakna saya nak berhenti berlakon. Lakonan adalah passion saya", tuturnya.
Mahu Ajak Wartawan Tinggal Bersamanya
Turut berkongsi tentang kehidupannya kini, Zarina berkata insiden dan kontroversi-kontroversi yang pernah menghambat dirinya sebelum ini banyak membei pengajaran dan mematangkan dirinya.
Jika dulu dia banyak terlepas pandang dan bersikap suka ambil mudah. Tetapi sekarang katanya, dalam meneruskan hidup baru dia lebih berhati-hati, tidak sewenang-wenangnya mempercayai orang sekeliling dan tidak mahu mensia-siakan lagi usia mudanya.

"Pada saya, kalau saya asyik bersedih dan terus memikirkan tentang kontroversi-kontroversi yang pernah menghimpit saya sebelum ini, saya tentu tak akan ke mana. Orang semua boleh berkata apa saja yang mereka suka, saya tak mampu menghalang. Tapi asalkan saya tak ambil duit orang, saya tak susahkan orang, itu sudah cukup.
"Selama ini orang sudah memberikan macam-macam tanggapan negatif terhadap saya. Saya akui kalau dulu saya banyak buat kesilapan. Kebanyakan kontroversi yang tercetus adalah kerana kesilapan saya sendiri. Saya tak salahkan sesiapa. Ketika tu saya juga tak ambil kisah dengan orang sekeliling saya dan tak sedar ada yang bersikap talam dua muka. Saya hanya tahu berseronok dengan kehidupan sosial saya.
"Tapi sekarang saya sudah berubah. Saya dah buang ramai 'kawan-kawan' saya. Lega rasanya hidup dah tak ada 'drama-drama dah'. Sekarang ni saya lebih berhati-hati dan susah nak percaya orang.
"Kalau boleh lah kan, saya nak buat macam realiti TV Kim Kardashian, saya nak seorang wartawan duduk dengan saya dan lihat sendiri apa yang saya buat dan rutin harian saya sekarang", katanya sambil tergelak kecil.


Last edited by adik^manis on 10-9-2014 09:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 10:01 AM | Show all posts
eh ade ke gossip psl sheols ngan negro tu? thread mane? tak penah dgr pun....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:09 AM | Show all posts
publisiti morahan la minah nie
kisah pulak org ko bercinta ke, kawen ke dgn nigga
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:09 AM | Show all posts
berlakon pon suam2 kuku...
kontrobesi jer lebey minah ni..semak
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:10 AM | Show all posts
org ingat die sbab dek kontroversi jer lah
hasil kerjaya nan hado

papepun, baguslah kalo dah sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:12 AM | Show all posts
Kalo betul pun apa nak heran...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2014 10:14 AM | Show all posts
eh ajak wartawan duduk dgn dia....nak jadi kim Kardashian ke....kehkehkeh...pastu buat reality program....boleh dpt duit juga....kehkehkeh....dia ni talented dlm lakonan, sayang terlebih gossip kurang sihat...kehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
panjang nya umur dia. baru jer petik nama dia di thread sebelah..

tak sangka dia bnyak job jd model majalah di indonesia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 10:18 AM | Show all posts
hurm..... ade lagi pompuan ni dlm gosip melayu ni...pls la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:18 AM | Show all posts
ade lg yg nk amek dia belakon rupanya..
aku igt sedap mkn free dlm lokap
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar membaca reply forumer sambil minum kopi.
Live and let live lah.. miz joulie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Reality tv uolss. Kelasss.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:28 AM | Show all posts
byk tolak tawaran brlakon? ye la tuuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:38 AM | Show all posts
kelas kau nak negro aje....
"once you go black, u'll never go back"
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:38 AM | Show all posts
tetina muncul semula minah ni
dah kenapa? baru dpt job belakon la tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai.. Kua la apa gosip pon.. Gambo ko bogel n gamba te.tek ko jugak yg orng malaya akak ingt wahai pompuan bodoh... Kekekekke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 10:40 AM | Show all posts
apakata "whatever ajelah boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape die ni????...org xheran pun gosip die tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:51 AM | Show all posts
Kelasss ummah meleis meng-utilise the 'N' word.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:58 AM | Show all posts
xde pic terbaru ke ppuan ni???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.070335 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list