CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13971|Reply: 11

10 Mahluk Mythology Yang Mampu Berubah Wujud

[Copy link]
Post time 11-9-2014 03:09 PM | Show all posts |Read mode
10 Mahluk Mythology Yang Mampu Berubah Wujud

4:22:00 PM aswang, berseker, encantado, bunian, kitsune, leshy, lycan, mermaid, Myth, puca, selkie, vampire, wendingo, werewolf 1 comment
Perubahan Wujud (Shapeshifting) adalah tema yang paling umum yang dijumpai dalam cerita-cerita rakyat ataupun Mythology. Banyak dari makhluk legenda dari cerita Mythology yang mempunyai kemampuan ini yang boleh mengubah bentuk tubuh mereka kedalam bentuk lain. Hal ini dilakukan untuk mengelabui, mengintai, memburu dan membunuh manusia.Sepanjang sejarah banyak kes-kes pembunuhan yang dikaitkan dengan makhluk-makhluk tersebut.

10 Leshy

Leshy merupakan roh hutan berbentuk lelaki dalam mythology Slavia yang dipercayai sebagai pelindung binatang liar dan hutan. Mereka biasanya kelihatan dalam wujud seorang lelaki tinggi tetapi mempunyai keupayaan untuk merubah saiz dan merubah wujud ke dalam bentuk binatang ataupun tumbuh-tumbuhan. Leshy mempunyai janggut yang terbentuk dari rumput atau tanaman merambat dan sering digambarkan mempunyai kuku ekor dan tanduk.Leshy mempunyai kulit putih pucat dan bola mata berwarna hijau tua. Leshy adalah raja hutan dan mempunyai hubungan yang dekat dengan serigala abu-abu, beruang dan semua haiwan. Leshy jika dilihat dalam wujud manusia ia akan kelihatan seperti seorang petani biasa namun mempunyai mata yang bersinar. Makhluk ini boleh mengecilkan tubuhnya hingga setinggi rumput atau tumbuh besar saiz pokok yang tertinggi. Sering diyakini bahawa Leshy akan membuat orang tersesat di hutan, membuat orang sakit bahkan mengakibatkan kematian. Makhluk ini sangat nakal walaupun mempunyai suara yang sangat mengerikan namun ia juga boleh meniru suara manusia yang membuat orang yang berada di hutan meninggalkan tempat peristirahatan mereka. Mereka pada dasarnya tidak begitu jahat tetapi suka menggoda manusia dan menculik wanita muda.



9 Selkie

Selkie bukanlah Mermaid (putri duyung), Selkie dikenali di kep Faroe, Iceland, Ireland dan Scotland Mythology. Mereka boleh mengubah diri mereka dari bentuk anjing laut menjadi seperti manusia. Mereka boleh mengubah diri mereka selepas mereka melepaskan kulit anjing laut mereka namun sebuah usaha yang berisiko sebab mereka perlu menunggu kulit tersebut kembali tertutup apabila mereka ingin kembali dalam bentuk anjing laut. Mereka hanya dibenarkan melakukan hubungan dengan manusia hanya dalam jangka waktu yang pendek sebelum mereka harus kembali ke laut. Dalam banyak kes mengikut cerita bahawa seringkali lelaki telah jatuh cinta pada Selkie, Ada sebuah kisah di mana seorang manusia menyembunyikan kulit Selkie tersebut supaya mengelakkan mereka kembali dalam bentuk anjing laut.
Selky Laki-laki ketara sangat kacak dalam wujud manusia dan mempunyai kemampuan yang sangat hebat dalam merayu wanita. Sementara jika seorang lelaki mencari dan menyembunyikan kulit Selkie maka Selkie tersebut akan berada dibawah kawalan sang lelaki dan seringkali dipaksa untuk menjadi isteri.
Makhluk ini seringkali juga memikat manusa dengan mewujudkan ilusi yang membuat manusia meloncat kedalam laut


8 berseker

Berseker merupakan sebuah kumpulan pasukan Viking, mereka merupakan manusia tetapi didalam pertempuran kemarahan mereka menjadikan mereka tidak terkawal (kisah Hulk mungkin diilhamkan daripada Myth berseker) yang boleh membuat mereka berubah menjadi srigala, beruang ataupun banteng liar.
Sebutan ini mungkin berasal dari bahasa Inggeris yakni Berserk. Para berseker ini disebutkan mengenakan pakaian dari bulu beruang atau srigala yang membolehkan mereka dapat bertukar secara penuh pada saat yang dianggap oleh mereka perlu.Ciri-ciri mereka adalah bermata merah, kekuatan dan daya tahan yang luar biasa. Beberapa raja Scandinavia disebutkan mengupah atau menyewa para berseker menjadi tentera mereka atau juga menjadi pengawal peribadi sang raja. Perilaku sama ditunjukkan dalam kisah Iliad, dimana para kesatria mempunyai kekuatan dan kemampuan yang hebat.








7 Kitsune

Dalam cerita rakyat Jepun, Kitsuni merupakan makhluk ajaib dan bijak. Kekuatan makhluk ini semakin bertambah diiringi oleh umur, kebijaksanaan dan pengalaman hidup. Kitsune adalah Rubah Jepun. Mereka mempunyai keupayaan untuk menyamar menjadi manusia, dan seorang ahli dalam trick. Disebutkan bahawa makhluk ini memilki ekor berjumlah 9 dan Kitsune akan mengambil bentuk wujud seorang manusia apabila mereka telah berumur 100 tahun. Mereka lebih memilih dalam bentuk seorang wanita cantik. gadis muda ataupun dalam bentuk seorang lelaki tua.Mereka juga dikatakan mempunyai keupayaan untuk mengklon penampilan seseorang. Kitsune takut dan benci terhadap anjing. Mereka juga boleh masuk kedalam mimpi seorang manusia dan mencipta ilusi seolah-olah mimpi tersebut nyata. Kitsune mempunyai kemampuan terbang.dapat tidak kelihatan dan sesekali menimbulkan kebakaran atau petir.



6 Puca

Puca boleh juga dikaitkan dengan orang bunian merupakan makhluk legenda dari cerita rakyat bangsa Celtic, terutama di Ireland, Scotland Barat dan Wales. Mereka boleh berubah bentuk kedalam wujud-wujud mengerikan atau berubah menjadi kuda, kelinci, kambing, jembalang atau anjing.
Tidak peduli wujud apa yang dipakai oleh Puca bulu mereka seringkali kelihatan gelap. Puca seringkali terlihat dalam bentuk kuda hitam yang bersurai mengalir serta mata yang berwarna orange bersinar. Puca mempunyai kemampuan bercakap bahasa manusia dan seringkali memberikan nasihat namun mereka juga suka untuk membuat manusia bingung atau menakut-nakutkan manusia.selain itu mereka juga suka bersosial dan terkenal suka memberikan teka-teki, mereka suka berkumpul dan mengejutkan manusia atau anak-anak. Di banyak kawasan di dunia Puca dianggap sebagai mahluk gunung atau bukit dan mereka sangat dihormati dan ada anggapan bahawa jika mereka dirawat dan diperlakukan dengan baik mereka akan membantu manusia.



5 Wendigo

Wendigo adalah makhluk yang terdapat dalam mythology masyarakat Algonquian, Penerangan mengenai Wendigo berbeza-beza ditiap kebudayaan yang mempercayainya. Kadang digambarkan seperti Alien dengan besar seperti anjing. Digambarkan Wendigo merupakan makhluk jahat dan pemakan manusia. Wendigo sangat berkaitan dengan musim sejuk, utara dan suhu udara yang sejuk. Manusia akan berubah menjadi Wendigo apabila mereka mempraktikkan kanibalisme. Manusia tersebut akan mempunyai roh binatang tersebut, biasanya melalui mimpi. Setelah berubah orang tersebut akan taksub dengan kekerasan dan memakan daging manusia. Raksasa ini adalah perwujudan dari kerakusan, ketamakan dan hal-hal yang berlebihan. Mereka akan tidak pernah puas dengan memakan satu orang dan akan mencari mangsa baru. mereka diklasifikasikan sebagai raksasa dan selepas transformasi dari wujud manusia saiz mereka akan bertambah.Populasi mereka didaerah luar bandar dan hutan lebat. Wendigo baru-baru ini telah menjadi entiti seram baru seperti werewolf, Vampire dan zombie.





04 Encantado

Encantado merupakan makhluk legenda di kebudayaan Brazil, mereka hidup di alam bawah air yang bernama Encante. Disebutkan mereka sering dilihat dalam bentuk lumba-lumba air tawar ataupun bentuk ular laut yang mempunyai keupayaan untuk berubah wujud menjadi manusia. Karekteristik mereka adalah kemampuan mereka yang luar biasa di bidang muzik, penggoda dan mampu menarik perhatian banyak orang.
Perubahan wujud mereka kedalam bentuk manusia sangatlah jarang, dan biasanya selalu terjadi pada malam hari. Pada saat berwujud manusia mereka akan sentiasa memakai topi untuk menyembunyikan dahi mereka yang menonjol, hal tersebut tidak dapat mereka hilangkan saat berubah wujud dan mereka seringkali menunjukkan kekuatan ajaib seperti kekuatan mereka untuk mengendalikan badai atau untuk menghantui manusia. Mereka mempunyai teknik mengawal fikiran dan boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang berupa kegilaan yang berkesudahan pada kematian. Banyak penduduk kampung di Brazil tidak akan pergi ke Sungai Amazon pada malam hari kerana mereka percaya akan ada nya Encantado dan mendakwa bahawa mereka pernah melihat makhluk tersebut dan berinteraksi dengan mereka.


03 Aswang

Aswang merupakan mahluk mythology dari cerita rakyat di Filipina, Mahluk ini digambarkan sebagai perpaduan antara Vampire dengan ahli sihir dan majoriti adalah wanita. Aswang adalah pemakan daging orang mati dan juga seorang kanibal. Mereka mampu berubah wujud menjadi seekor anjing yang besar ataupun menjadi seekor babi hutan.Mahluk ini mengintai dan memakan manusia pada malam hari. Bawang putih, holly water adalah salah satu benda yang boleh digunakan untuk menghadapi Aswang. Dalam bentuk manusia normal mereka kelihatan pemalu, pendiam dan sukar difahami oleh banyak orang namun pada malam hari mereka berubah menjadi raksasa yang mematikan, namun satu hal yang dapat dilihat pada saat mereka dalam wujud manusia adalah matanya yang merah menyala.Di abad pertengahan, Aswang menjadi makhluk yang paling ditakuti berbanding mahluk myth lain di Filipina.

02 Vampire.

Vampire merupakan makhluk paling terkenal dan melegenda, makhluk ini disebutkan hidup dari meminum darah manusia atau haiwan. Sukar untuk membuat keterangan yang pas untuk makhluk ini, walaupun biasanya dilaporkan penampilan mereka. Mereka boleh berubah bentuk dengan mengambil bentuk manusia ataupun kelawar, .Vampir biasanya digambarkan sebagai mayat hidup walau banyak juga kebudayaan mereka adalah makhluk hidup, bermula pada abad ke-19 kisah fiksyen moden menggambarkan mereka sebagai makhluk kurus dan pucat. Dimasa itu tahyul mengenai Vampire telah menyebabkan panik masal. Hal ini dapat dilihat pada banyaknya korban berjatuhan akibat dituduh sebagai Vampire. Banyak terjadi kekerasan dan perlakuan tidak adil terhadap orang-orang yang tidak bersalah yang dianggap sebagai Vampire. Sebaliknya banyak juga tindakan pembunuhan yang dikaitkan dengan tindakan yang dilakukan oleh Vampire, mereka dikenali keganasan persekitaran mereka dan merayu para korban mereka sebelum menggigit leher para korbannya dan menghisap darahnya.
Vampire juga disebutkan sering berkunjung kekediaman keluarga mereka atau kekasih mereka. Vampire sangat ahli dalam penyamaran dan penyamaran. Salah satu kes terkenal dari korban Vampire adalah kes Mercy Brown seorang gadis berusia 19 tahun yang terbunuh di Exeter, Rhode Island pada tahun 1892.

1 Lycanthrope / Werewolf.
Lycanthrope ataupun Werewolf adalah mahluk mythology dimana manusia berubah menjadi srigala saat bulan purnama tiba. Mereka dapat menularkan manusia lain menjadi lycan melalui gigitan, semua perubahan wujud manusia menjadi srigala ini selalu diasosiakan dengan bulan purnama.Mythology Lycanthropy ini bermula dari Eropah, namun banyak catatan dizaman kuno yang menceritakan tentang manusia serigala.Para Manusia Srigala ini mempunyai kekuatan manusia super dengan bau yang sangat tajam, jauh melampaui kemampuan manusia maupun srigala itu sendiri. Dizaman dahulu untuk memeriksa sama ada seseorang itu Lycan dengan cara memotong daging mereka hingga ke bawah kulit untuk melihat apakah ada terdapat bulu-bulu dibawahnya atau melihat ke bawah lidah seseorang sama ada terdapat tumbuh bulu disekitar kawasan tersebut.Pada saat mereka kembali berubah wujud menjadi manusia mereka akan lemah. pada abad ke-20 di Eropah dilaporkan banyak berlaku kematian manusia akibat serangan serigala, namun tidak diketahui apakah itu serangan serigala asli atau serigala jadi-jadian.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2014 11:27 AM | Show all posts
Kat indonesia lagi hebat..ada ogor ogor, GONDOROWO, SAKA TIGA KEPALA!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 09:14 AM | Show all posts
Berserker mmg wujud la
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 04:31 PM | Show all posts
Mana makhluk mitos orang-orang melayu...!!!!
Ini mencabar ketuanan melayu.. Biadap
( ^,^)
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 07:34 PM | Show all posts
AYAKAISHI_AYASY posted on 13-10-2014 04:31 PM
Mana makhluk mitos orang-orang melayu...!!!!
Ini mencabar ketuanan melayu.. Biadap
( ^,^)

Adaaa!

Harimau jadian, serigala jadian, buaya putih jadian, babi ngepet, kalindahau (sejenis shift-shifter di brunei, sabah & sarawak), dll.

Bukan setakat orang, makanan, rumah & duit bertukar pun ada. Ada cerita makanan berupa nasi atau mee bertukar jadi cacing, ada rumah yg cantik berubah jadi kubur, dan, ada juga wang yg bertukar jadi dedaun kering.

Macam2 ada.

Kebenarannya jer tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:59 AM | Show all posts
AwgSagi posted on 13-10-2014 11:34 AM
Adaaa!

Harimau jadian, serigala jadian, buaya putih jadian, babi ngepet, kalindahau (sejenis shif ...

Hahahhaha
Mistik alam melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2014 03:34 PM | Show all posts
tengok citer Merlin..
zaman Arthur masa tu penuh dengan mitos, magic dan lain2..

mengikut kepercayaan bangsa barat magic tu sesuatu yang sangat hebat..tapi ada kekuatan yang lebih hebat daripada magic iaitu Black magic (imu hitam)..

di nusantara kita takde magic. tapi dikenali dengan nama ilmu hitam...

maksudnya kekuatan yang ditakuti oleh bangsa barat tu ada di nusantara ni..

cuma kita je yang xtau kot..ntahlah..aku pun terbaca kat mana tah..jangan lak korang nnt kata aku merepek yang bukan2 pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:41 AM | Show all posts
Kalau 'ilmu hitam' tu kekuatan..it came at a price...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 06:35 PM | Show all posts
Gumiho rubah ekor 9.
Boleh jadi perempuan cantik kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 02:23 AM | Show all posts
Shapeshifter yang paling klise di alam Melayu ni Hantu Raya. Tapi biasa transform jadi tuan dia je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 04:15 PM | Show all posts
Hantu Raya transform ms bini tuan dia tgh gersang..tuan takde kat rumah..bahaya ni...dh mcm gigolo..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 04:39 AM | Show all posts
gumiho ngn kitsune ni x same la ek ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065815 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list