CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3524|Reply: 4

Rise, EunB dalam kenangan

[Copy link]
Post time 12-9-2014 03:55 PM | Show all posts |Read mode


LADIES' CODE merupakan kumpulan baharu yang semakin popular. Kini mereka hanya tinggal bertiga selepas dua anggotanya, EunB dan Rise meninggal dunia. Dari kiri: Sojung, Rise, Ashley, EunB dan Zuny



TANGGAL 3 September merupakan episod hitam buat kumpulan Ladies' Code yang dianggotai oleh EunB, Sojung, Rise, Ashley dan Zuny apabila van yang membawa mereka terlibat dalam satu kemalangan ngeri.
Insiden malang yang berlaku pada pukul 1.30 pagi itu mengakibatkan EunB mati di tempat kejadian. Rise dan Sojung pula berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan parah di kepala serta muka.
Namun, berita sedih terus menyelubungi kumpulan itu. Rise yang berada dalam keadaan koma disahkan meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi, 7 September lalu, empat hari selepas kematian EunB.
Ibu bapa Rise terbang dari Jepun ke Korea Selatan untuk berada di sisi anak mereka.
Mengimbas kembali kejadian kemalangan itu, berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan Ladies' Code, Polaris
Entertainment
, van yang membawa mereka terlibat dalam kemalangan selepas selesai mengadakan persembahan di Daegu.
Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Seoul, apabila van tersebut gagal dikawal akibat jalan licin kerana hujan dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya Yeongdong.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2014 03:57 PM | Show all posts
BEGINILAH keadaan van yang rosak teruk selepas kemalangan tersebut. Pemandu van tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa.


Advertisement













"Kami terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku. Ketika kemalangan selain Ladies Code, pengurus dan penata gaya mereka turut berada dalam van tersebut, tetapi mereka hanya cedera ringan.



"Tiada apa yang kami mampu katakan selain meminta maaf kepada peminat dan semua yang terkejut selepas menerima berita sedih ini. Kami memohon orang ramai berdoa untuk kesihatan Sojung," ulas wakil syarikat pengurusan Ladies Code.
Kenyataan daripada jabatan bomba kemudian menafikan dakwaan kononnya tiga anggota Ladies Code iaitu EunB, Rise dan Sojung tercampak keluar daripada van akibat tidak memakai tali pinggang keledar.


Ini kerana ketika mereka tiba di tempat kejadian, Ashley dan Zuny berdiri di luar van manakala, EunB, Rise dan Sojung tidak sedarkan diri dan masih berada di dalam van.



"Rise berdarah daripada kepala dan mengalami kecederaan dalaman di wajahnya. Situasi ketika itu sangat mencemaskan kerana Rise didapati tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi.
"Kami terpaksa melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) untuk menyelamatkannya," kata wakil jabatan bomba.
Tambah anggota bomba, mereka masih menyiasat kemalangan itu dan pemandu van tersebut sudah disoal siasat.
Menurut berita di Korea Selatan, van yang membawa kumpulan Ladies Code didakwa dipandu laju dalam keadaan hujan renyai-renyai kerana ingin mengejar jadual padat kumpulan tersebut.


Sewaktu kemalangan berlaku, van itu dikatakan hilang kawalan dan telah berpusing beberapa kali sebelum melanggar pembahagi jalan.
Van itu didapati rosak teruk dengan keadaan tayar belakangnya tercabut dan kesemua cermin di bahagian belakang itu pecah.
Kemalangan itu merupakan berita sedih, bukan sahaja buat peminat dan keluarga Ladies Code tetapi juga seluruh Korea Selatan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:19 PM | Show all posts
Nampak teruk keadaan van mereka
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 12:18 AM | Show all posts
rupanya kwon rise ni pernah join menyanyi dlm video klip missy elliot~ gossip folks
dulu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rise cantik..mase jd guest dlm running man,gelak je dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.076916 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list