CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

DOLLAH SUPERSTAR (Awie,Neelofa,Sharnaaz)

  [Copy link]
Post time 7-10-2014 10:43 PM | Show all posts
Assalammualaikum warga cari...

I ditugaskan oleh pihak suami yang merangkap pihak Filmscape nak tau pasal apa Filem ni tak ditonton atau tak dapat sambutan. Sekadar review untuk memperbaiki kualiti filem terbitan Filmscape je. Sila berikan komen anda dengan seikhlas hati yer.

1 - Tak tau langsung kewujudan filem ni? Kenapa?
2 - Trailer / promo tak best ke?
3 - poster tak menarik minat nak pergi tengok
4 - pilihan pelakon tak menarik
5 - Cerita best tapi ......
6 - Cerita tak best. Sebab?
7 - lain-lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 11:52 PM | Show all posts
queenteena posted on 7-10-2014 10:43 PM
Assalammualaikum warga cari...

I ditugaskan oleh pihak suami yang merangkap pihak Filmscape nak t ...


Cerit1 ni tak dapat sambutan sebab

1. Promosi kurang. Ramai orang tak tahu pun filem ni tengah tayang.

2. Cerita ni cerita melayu. AUdience dah tak percaya dengan filem Melayu. Correct me if im wrong but selain Abang Long Fadil ( yang sangat tolol ) dengan Balistik, takde filem berbahasa Melayu yang dapat kutip more than dua juta. Yang pulang modal pun berapa kerat je. Cerita melayu bagus ke tak bagus ke semua flop.

. Filmscape kena invest more dalam promosi. At least filem MIG Adnan Sempit dengan Nasi Tangas tu orang tahu tengah tayang dan end up both of the film dapat collect sejuta lebih tapi they cant collect more sebab dua dua filem tu tak best. Promotion je gempak.

4. Takde sukses formula untuk filem Melayu dah sekarang. Penonton dah jemu kot. Kalau taruk Aaron Aziz pun belum tentu filem laku. Dulu Filem Mamat Khalid konfim ramai orang tengok even Husin Mon Jit semua tu dah tak best, ramai tengok. Sekarang filem Mamat Khalid pun flop ( Amir dan Loqman ke Laut tu collect 100k je 4 hari tayangan ).

5. Kalau akak ada Rm 15, akak nak tengok Dollah Superstar ke akak nak tengok The Maze Runner? hahaha. Anyway dah tengok filem ni sebab Khabir Bhatia! Ok lah nak gelak gelak. Tapi memang takde orang pun dalam panggung tu. Ada lah dua tiga orang lain. ( location : Brem Mall Kepong ) Last edited by izat123 on 7-10-2014 11:56 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:14 PM | Show all posts
queenteena posted on 7-10-2014 02:43 PM
Assalammualaikum warga cari...

I ditugaskan oleh pihak suami yang merangkap pihak Filmscape nak t ...

orang tengok filem bukan berdasarkan trailer dan promo je. ramai je orang gi panggung tengok poster lepas tu tanye kawan 'eh..nak tengok filem mana nih?" bila tengok poster dollah superstar tu cam ntah apa2 dengan watak2 beratur satu baris lagi 'korang tak boleh bunuh..' apa ntah tagline tu nak expect ada org tengok? xde kak... orang xleh imagine. 'ni citer natang gapo nih? tengok citer lain lah".

so kat sini poster pun penting sebagai 'mini trailer' bukan stakat letak gambar neelofa hot je. biar orang dapat imagine sikit2 apa cerita ni based on poster dan tajuk. senang citer tengok Kl gengster punya poster. tengok tajuk dengan watak samseng dalam poster dah imagine ini cerita action ada lawan2. camtu arr nak tarik orang...

sekian point saya. poster

dan setakat yg sy tengok filem khabir bathia mmg menarik tapi xde sebab untuk aku tengok 2x dan xde sebab untuk aku rekemen kat orang. filem yg aku tengok lebih sekali dan rekemen kat orang filem kak limah sahaja...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 10:41 PM | Show all posts
izat123 posted on 7-10-2014 11:52 PM
Cerit1 ni tak dapat sambutan sebab

1. Promosi kurang. Ramai orang tak tahu pun filem ni tenga ...

terima kasih Izat. Feedback yang baik.

Akan disampaikan pada Filmscape untuk improve lagi especially on promotion.
Memang betul pun... langsung tak nampak promosi kat tv kan?

Diorang nak keluarkan movie lagi tapi takut sebab dah tak tau apa yang orang kita nak dari filem melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 10:48 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 8-10-2014 02:14 PM
orang tengok filem bukan berdasarkan trailer dan promo je. ramai je orang gi panggung tengok poste ...

terima kasih anwaruwa for your comment.

akan diingatkan pada mereka - POSTER POSTER POSTER.

Pada awak ceritanya so so je ke? lawaknya tak cukup hebat la ek macam kak limah, ke macam mana?

info pasal lawak ke tak cerita pun penting sebab kalo buat cerita lawak tapi orang tak gelak atau lawak hanya untuk diingat dalam panggung tapi tak berterusan pun x boleh jugak. betul tak?

tapi my personal opinion lawak ni subjective untuk setiap orang cuma kalau tak melekat ke target audience iaitu orang2 melayu kita pun x menjadi jugak ceritanya.

terima kasih daun keladi... kalo ada komen bagitau la lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 12:49 AM | Show all posts
queenteena posted on 8-10-2014 10:41 PM
terima kasih Izat. Feedback yang baik.

Akan disampaikan pada Filmscape untuk improve lagi espec ...

Yes, tak nampak langsung promosi filem ni kat tv. Promotion tu penting, Trailer kena tayang dan iklankan. Contohnya MIG boleh buat trailer yang bagi ' filem dia nampak menarik ' untuk attract penonton.

Bukan masalah tak tahu apa penonton nak. The thing is more to audience dah tak percaya dengan filem melayu lepas berkali kali kena tipu. Contohnya akak bawak family sekali dengan suami, anak anak ( dua orang contohnya ) pergi tengok wayang. Parking, harga tiket, makan tolak tambah semua dah seratus lebih. End Up akak tertengok filem melayu yang mengecewakan kan dah rugi ( MAJORITI FILEM BERBAHASA MELAYU TAHUN NI MENGECEWAKAN ) . Bila orang dah berkali kali kena macamni, tahap kepercayaan audience terhadap filem melayu makin berkurang dan berkurang.

Bila jadi macamtu, filem yang offer something different pun tetap tak laku ( Kami Histeri, CEO, Kolumpo ). Mindset audience sekarang tahap filem melayu adalah tahap komedi seram, komedi tak kelakar, seram tak seram yang semuanya tak bagi kepuasan sinema kepada audience. Membazir duit je tengok filem Melayu. So susah nak agak filem macamana boleh tarik audience.

Lagi satu : Beza filem Hollywood dengan filem kita, audience boleh expect what to expect based on rating dari IMDB, ROtten TOmatoes misalnya. So audience boleh pilih nak tengok ke tak filem tu based on rating. Filem Melayu kita memang totally tak tahu best ke tak kecuali kalau ada kawan kawan tweet pasal filem tu misalnya dan selalunya tweet, kritikan pengkritik ni more to personal view ataupun lagi teruk, review yang dalam paper tu selalu kata best tapi bila tengok entah apa apa jugak. Kira macam kalau tengok filem melayu ni totally gamble lah. Untung nasib best, tapi selalunya tak best. haaa

Filmscape ni yang buat Juvana kan? Juvana2 dengan 3 insyaallah akan laku. Sebab dia sequel yang sebelum ni memang ada followers dia. Selalunya filem sequel macamni akan laku ( contoh KL Gangster Trilogy, Rock series, Hantu Kak Limah series ) sebab penonton yang sebelum ni akan tengok jugak tapi promosi kena kuat lah. Kalau tak kuat, jadi macam Papadom 2. Tak laku walaupun first filem dia ( Papadom ) box office.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2014 02:14 PM | Show all posts
queenteena posted on 8-10-2014 02:48 PM
terima kasih anwaruwa for your comment.

akan diingatkan pada mereka - POSTER POSTER POSTER.

yap. poster dengan tajuk filem tu. meh saya touch-up sikit camne nak tunjuk poster dan tajuk filem ni sebagai 'mini-trailer'

filem ni pasal gangster yang ingin jadi pelakon. maka dari tajuk filem dan poster dah tunjuk kat audience pasal gangster yg ingin jadi pelakon. tajuk dollah superstar tak berapa sesuai, tak berapa menarik org untuk tengok. 'dollah' tu bukan nama gangster tp nama biasa2. 'superstar' tu jugak bukan perkataan sesuai sebab 'superstar' bukan perkataan common industri hiburan kita. lebih baik pilih perkataan yg 'menggambarkan'. macam..err..jap pikir.... macam....ish payah gak pikir ni.....macam 'sarip dol si seniman' ke (gelak sorang2 hahaha). contoh la. sound stupid but this sound stupid ini lah yg beri gambaran kepada penonton filem tentang apa tu (rujuk: hantu kak limah balik rumah)

poster filem tunjuk ramai watak dengan awie selaku watak utama duduk kat kerusi pengarah. sebenarnya cukup awie sorang je. cukup dengan awie dengan gaya gengster berdiri gengster sambil pegang alat yg mencerminkan belakang tabir. watak2 lain yg menyelit dalam poster tu sebenarnya menenggelamkan karekter awie sbagai gangster (sebab sedikit menonjol lagi2 neelofa...puiih!) dan buatkan org tak boleh bayangkan citer pasal apa...maka audience terus pilih the maze runner yg jelas pada audience cerita pasal orang berlari2 dalam maze



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 06:57 PM | Show all posts
izat123 posted on 9-10-2014 12:49 AM
Yes, tak nampak langsung promosi filem ni kat tv. Promotion tu penting, Trailer kena tayang dan ik ...

haah betul kak izat.... agree on your notes. bila saya share your notes to them, diorang mengaku yang promosi / trailer diorang lambat keluar sebab last minit buat... they learned from their mistakes.

haah filmscape akan keluarkan juvana 2 & 3 tahun depan jadi penting untuk diorang tahu macam mana nak promote sequel supaya ramai orang akan pergi tengok filem2 tu....!

akak ada personal opinion macam mana nak kembalikan kegemilangan cerita2 melayu? adakah cerita dari novel membantu? ke cerita cinta, citer science-fiction, cerita seram etc yang boleh menarik minat untuk gi tengok? saya faham perasaan value for money bila kita bayar mahal tapi hasilnya ya ado.

if you dont mind me asking, akak penonton wayang tegar (semua cerita akan tengok) or just regular audience yg hanya akan pergi kalo ada cerita yg betul2 best? (meaning ramai org tweet, comments bagus etc) dan adakah akak di kalangan mass audience or the art type of person?

hmm... susah tau nak cakap cerita best & tak best ni coz ikut citarasa masing2... kadang2 sebab artis pujaan orang serbu panggung walaupun cerita so so je.

macam saya, ada cerita (tak kira hollywood atau tak) yang suami suka tapi saya plak tak suka. yang orang semua sibuk kata filem tu lawak tapi bila saya tengok tak lawak mana pun...   agak kesian la jugak bila fikirkan nasib pekerja filem... diorg rasa dah best dah tu untuk penonton tapi rupanya tak... kalo bgtau diorg syok sendiri, diorg terasa...

Agak payah nak selamatkan industri filem ni saya rasa tapi input dari orang ramai, komen ikhlas dan jujur dari orang cam akak, insyaAllah boleh selamatkan filem melayu.

wasalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 07:09 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 9-10-2014 02:14 PM
yap. poster dengan tajuk filem tu. meh saya touch-up sikit camne nak tunjuk poster dan tajuk filem ...

aaaaaaa betul gak tu anwarnuwa...
tak terpikir plak itu salah satu interpretasi seorang penonton bila tengok poster dan title. bagus komen tu.

Bila saya bgtau feedback awak semalam, diorang terima tapi masih tak faham apa masalah dengan poster tu. hopefully, this time they get a clear picture.

mungkin lepas ni, kena suruh diorang buat survey on poster dulu on target group. Kalo diizinkan, maybe i can help them buat survey tu kat sini... hehe.

off topic on Dollah, cerita melayu mana yang awak akan pergi tengok lepas ni & why? mana la tau info awak berguna untuk diorg belajar pasal promosi filem kan?

Terima kasih sekali lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 11:09 PM | Show all posts
queenteena posted on 9-10-2014 11:09 AM
aaaaaaa  betul gak tu anwarnuwa...
tak terpikir plak itu salah satu interpreta ...

yap. poster dan title tu sangat giler penting untuk beri gambaran awal kat audience. jangan expect semua org rajin nak tengok trailer dan baca sinopsis. ramai je orang spontan pergi panggung dan pilih cerita based on poster. dan jangan sesekali pakai pompuan buat daya penarik poster (read:neelofa). benda ni buat orang pandang rendah kat filem tersebut dan anggap tu filem murahan. orang yg pergi berteman malu nak pilih filem yg ada pompuan seksi sebab takut kene sound 'pilih filem sbb pompuan'.

kalau buat filem tentang seseorang..poster lebih baik fokus pada orang tu. kalu buat filem tentang sekumpulan orang (read: kampung pisang) buat poster pada keseluruhan watak tu. fokus poster depend on fokus filem...and again, untuk beri gambaran kepada penonton. contoh the maze runner dalam poster besar2 dia KASI TONJOL gambar maze dan orang2 tengah berlari. dalam poster filem dollah superstar honestly watak lain mengganggu perfokusan watak awie. yap...tajuk filem fokus pada seseorang tapi poster tak berbuat demikian pulak! (kasi bold sikit)

keypoint kat sini...sebelum nak tarik penonton kena jadi penonton dulu, jangan jadi enjoy jadi orang belakang tabir sampai ke sudah,start buat filem sampai abih buat filem

citer melayu mana saya nak tengok pasni? filem melayu mana yg keluar lepas ni pun tak tahu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 11:16 PM | Show all posts
queenteena posted on 9-10-2014 10:57 AM
haah betul kak izat.... agree on your notes. bila saya share your notes to them, diorang mengaku y ...
akak ada personal opinion macam mana nak kembalikan kegemilangan cerita2 melayu? adakah cerita dari novel membantu? ke cerita cinta, citer science-fiction, cerita seram etc yang boleh menarik minat untuk gi tengok? saya faham perasaan value for money bila kita bayar mahal tapi hasilnya ya ado.


kalau nak tahu kemahuan orang malaysia boleh refer thread yang ni

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
queenteena posted on 7-10-2014 10:43 PM
Assalammualaikum warga cari...

I ditugaskan oleh pihak suami yang merangkap pihak Filmscape nak t ...


Klu aku lak, sbb ada pelakon x menarik. Sbb ada awie n neelofa. X minat ok. sori, kabir. Wpun suka hasil keja beliau n filmscape... Tp, klu pelakon aku x minat, mmg takkan tgk. Huhu.

N klu ikut promosi mungkin antara sebb la. Tp, baru2 ni aku tgk annabelle. Tau psl cerita ni pun sbb dr forum. Klu x, taktau pun kewujudan film tu. Iklan d tv x nmpk pun. Tp, tym d panggung, full house ok. Mayb sbb genre seram n produser james wan yg penah bwat insidious 1 (paling seram bgi aku), insidious 2 n conjuring d mana semua film tu aku tgk.

Kesimpulan dpt bwat napa film x laku, sbb faktor pelakon, promosi n storyline kot. Huhu.

Last edited by hijau88 on 10-10-2014 08:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 11:47 PM | Show all posts
hijau88 posted on 10-10-2014 07:58 PM
Klu aku lak, sbb ada pelakon x menarik. Sbb ada awie n neelofa. X minat ok. sori, kabir. Wpun su ...

Sokong. Antara sebab ramai pergi tengok Annabelle sebab dah ada teaser dalam cerita Conjuring (yang rata2 kata best) sebelum ni. So cerita dia dah ada follower tapi sayang Annabelle x seram pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:24 AM | Show all posts
queenteena posted on 7-10-2014 10:43 PM
Assalammualaikum warga cari...

I ditugaskan oleh pihak suami yang merangkap pihak Filmscape nak t ...

I ada tertengok trailer masa tengah tunggu turn wayang. Mula2 macam menarik konsep cerita dia dan lakonan pun boleh tahan, sekali part makcik bertudung tembak tu terus turn off.. Sebab cliche n terlalu buat2.. Dah tak kelakar.

Lepas tu setuju pasal poster dan tajuk cerita yang tak menggambarkan cerita. Poster nampak murahan sebab fokus kat Neelofa yang tengah pakai n bergaya seksi. Fokus patut pada Awie, tapi orang lain yang menyerlah. Sebab saiz dia sama dengan Awie walaupun dia kat belakang sikit, warna baju pulak merah menyala. Awie pakai pagoda putih dah dekat sama dengan bg belakang si AC Mizal sut putih Tajuk cerita pun putih.

Bila tanya kawan2 review cerita ni kot2 ada yang dah tengok, masing2 kata taktau kewujudan pun.. Promosi ni tak semestinya melalui iklan kat TV, billboard, etc. Boleh jadi jugak viral, word of mouth.. Gunakan medium yang ada untuk tarik peminat bagi teaser sikit2.. Contohlah. Hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 01:32 AM | Show all posts
Nico_Robin posted on 13-10-2014 04:24 PM
I ada tertengok trailer masa tengah tunggu turn wayang. Mula2 macam menarik konsep cerita dia dan  ...

erm..setuju. citer kak limah pun org kenal sbb word of mouth. promosi pakai utube, poster, tv ni smentara je power dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:49 AM | Show all posts
Nak test market kono test dongan siri TV macam Nur Kasih atau Juvana.. Dah laku buat filem tapi betul - betul klimaks dari TV bukan macam kisah lanjutan atau versi lain. Den masih tunggu lae cito macam Dragon Zakura atau God of Study atau Queen of Classroom... huhu.. raso den filem Geng laku pun sobab peminat upin -ipin... Last edited by tdpp2006 on 14-10-2014 10:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 01:08 PM | Show all posts
queenteena posted on 7-10-2014 10:43 PM
Assalammualaikum warga cari...

I ditugaskan oleh pihak suami yang merangkap pihak Filmscape nak t ...

taw keujudan citer ni sbb ada baca kat thread bod guhsip yg khabir tunggu awie 9 bulan gitu kot x silap
dan seperti yg saya bg taw citer ni biasa jer tp saya dan anak2 gie tgk sbb ms tgk trailer anak2 suka
kami anak beranak x suka tgk apa yg org lain tgk
meanings kami x tgk citer cam maze runner, annablle
serius x teruja
dan filem ni kami tgk sbb nampak ada lawak ms tgk trailer tu
plus ada awie dan yg penting xde zizan dan aaron coz anak2 kata muak
overall lps tgk citer ni mmg ok walau biasa2
poster tu bak kata poremer lelain mmg kena ada sbb tu namanya promosi
dan saya sempat tanya budak2 cina yg tgk bersama2 dgn kami tu naper diaorg tgk citer ni
sbb pengarah dan juga ada awie
so masih leh laku klu arahan yg bgs cuma bila xde promosi mmg x dapek nak nolong
so for next projek tu suh diaorg wat promosi betul2 yea

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 08:02 PM | Show all posts
mekasih pada forumer- forumer sekalian yang komen... dan tima kasih pada yang menonton... chewah! macam saya plak producer... hehehe

sorry lambat reply... tengah sibuk jadi drebar, tolong suami yg pening sebab tokey panggung nak pull out filem ni... kesian plak tengok team yg buat road show...

nampak gaya taun depan, diorang kena kaw2 la promote juvana 2 & 3...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 08:07 PM | Show all posts
hijau88 posted on 10-10-2014 07:58 PM
Klu aku lak, sbb ada pelakon x menarik. Sbb ada awie n neelofa. X minat ok. sori, kabir. Wpun su ...

cuba cik ijau bgtau... siapakah pelakon idaman anda? hehe

neelofa bukan banyak die-hard fan kah? adakah faktor dia dah bertudung maka menyebabkan peminat neelofa tak pergi serbu panggung?

pasal awie, saya rasa kabir tengok orang suka ngan awie kat hantu kak limah la... baik punya cilok la...etc... pasal tu kot dia ambik awie... mungkin dah tak de orang lain yg boleh bawak watak dollah tu... tapi tak aci la... cik ijau tak gi tengok... mana tau bleh ter'minat' kat awie...hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 12:59 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 9-10-2014 02:14 PM
yap. poster dengan tajuk filem tu. meh saya touch-up sikit camne nak tunjuk poster dan tajuk filem ...

excuse me. aku lagi tertarik nak tengok dollah superstar, dari sarip dol si seniman. sekian review dari penonton.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068943 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list