CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5344|Reply: 30

Guru Tangkap Anakonda Selepas Baham Anjing

[Copy link]
Post time 19-9-2014 10:32 AM | Show all posts |Read mode
SEORANG guru melalui saat yang sukar dipercayai apabila 'bergelut' dengan seekor anakonda sepanjang 5.2 meter dari sebuah sungai, beberapa jam selepas ular besar itu membaham anjing perliharaan rakannya.
Sebastian Bascoules, 39, masuk ke sungai yang cetek untuk mendapatkan ulaembaham haiwan perliharaan itu.
Guru matematik itu yang tinggal di Matoury, French Guiana di Amerika Selatan, mengheret ular seberat 79 kilogram itu naik ke darat sebelum menutup kepalanya dengan sehelai kemeja-T.
Dia kemudiannya meletakkan ular itu di tab mandi semalaman sebelum membebaskannya di sebuah sungai, yang terletak kira-kira 10 kilometer.




[size=0.75em]Noam, Michel, Solal, Mano dan Sebastien Bascoules bergambar bersama ular besar yang membaham seekor anjing.


Menariknya, bapa kepada tiga anak itu membenarkan anak-anaknya, Noam, 11, Solal, lapan, dan Mano, lima, untuk berada dekat dengan ular besar tersebut.
Dia berkata: "Seorang kawan telefon saya dan memberitahu bahawa anjingnya, Minus, telah dibaham oleh seekora anakonda dekat rumahnya.
"Pada awalnya, saya tidak begitu takut kerana saya fikir ia lebih kecil, tetapi saya terkejut dengan kepanjangannya yang lebih lima meter.
"Sejak saya berusia 10 tahun, saya suka dengan haiwan reptilia ini tetapi kali ini merupakan ular terbesar yang pernah saya lihat dan pernah saya tangkap.
"Ia sungguh besar, jadi saya minta kawan saya untuk bantu saya menangkap ekornya. Jika tidak, ia akan membelit saya.
"Memandangkan ular itu telah menelan anjing itu, jadi ia begitu tenang sebelum saya menyentuhnya," katanya.

[size=0.75em]Kepala ular ditutup dengan sehelai kemeja-T.

Sebastian berkata, apabila dia dan jirannya membawa ular itu, waktu sudah agak lewat untuk memindahnya keluar dari kawasan kejiranan itu.
Jadi, dia membawa pulang ular itu ke rumah dan menyimpannya di tab mandi semalaman.
Dia berkata: "Isteri saya bimbang ular itu mungkin keluar dari bilik air pada waktu malam.
"Kita tidak perlu bimbang kerana saya sudah letakkan kain di kepalanya jadi ia 'buta' dan dilihat seperti seekor cacing yang besar."
Sebastian kemudian membebaskan anakonda itu keesokan harinya, kira-kira 10 kilometer jauh, ke sebuah sungai dekat paya.
Kejadian itu difahamkan berlaku pada tahun lepas tetapi rakaman video ini baharu sahaja dikeluarkan. - mirror.co.uk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2014 10:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:41 AM | Show all posts
scary lak tengok ular tu
masih hidup berani tui biar anak berpica bagai
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:50 AM | Show all posts
Pergh.. besarnyee
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:11 AM | Show all posts
kokesen mmg berani hati kering. kalo kat msia ni dah berpuluh2 bomba mai dtg tgkp.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:17 AM | Show all posts
thats huge

tak xray dulu ke tgk ular yg sama ke baham puppy tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2014 12:03 PM | Show all posts
hitam macam nicki minaj.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:46 PM | Show all posts
bellaa posted on 19-9-2014 12:03 PM
hitam macam nicki minaj.

teringat VC Nicki Minaj "Anaconda"...

mostly papar montot sajer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 12:46 PM | Show all posts
sawa batik serawak pun kalah dengan anakonda
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:52 PM | Show all posts
changa=famri7 posted on 19-9-2014 10:33 AM

kalu size camni, org pun tak mustahil boleh dingap jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:53 PM | Show all posts
Siap berphoto lagi tu kalau kat sini mau acik minah kak ngah kak cik dah terjerit2 suruh hantar gi zoo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:30 PM | Show all posts
perghhhhh.. berani..berani..berani..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:47 PM | Show all posts
it easy for me to catch anaconda than speaking English katenye..... my wife is very. very happy when I bring the anaconda home!! ye la tue!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 03:40 PM | Show all posts
waaaaaaaaa....so scary
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 03:58 PM | Show all posts
boleh depa lepaskan balik...klau kat sini confirm kena belah perut anakonda tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 04:11 PM | Show all posts
kecik lagi tue.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 05:32 PM | Show all posts
beraninya lah,
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:26 PM | Show all posts
aku tak suke ular...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 12:17 AM | Show all posts
Aku tak paham..

- anakonda makan anjing kawan dia
- dia pegi hambat carik anakonda
- pastu simpan dlm bath tub semalaman
- besoknya bebaskan ke sungai

Apa yg dia nak sampaikannya..??
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 04:49 PM | Show all posts
aku syak minus memakai gaun dan ada reben dikepalanya semasa kejadian berlaku

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.083597 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list