CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikX87

ALKISAH SERAM VOL I : CIK KAK CINA? #205

  [Copy link]
Post time 8-9-2016 01:58 PM | Show all posts
cikX87 replied at 8-9-2016 11:44 AM
yang penting tempat cikX stay tu bukan mayang mayangan. da bagitau kat mana.

tq cikX...tak baca abih sampai ujung udah bertanya...gitu ler jadinya...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2016 03:07 PM | Show all posts
cikX87 replied at 7-9-2016 03:58 PM
aduh seramnya awak  takda panggil geng surau ke siapa siapa buat bacaan yassin ke cuci ruma ...

Belum panggil lagi, igt nanti nak pgl jugak dtg tgk2 rumah, sebab sekarang ni mlm2 nk g dapur nak minum, mst rasa ada benda dekat hall. tak tau la perasaan ke apa. sesuatu sgt.. asal tak tunjuk diri sudah, mau buat2 pengsan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 07:34 PM | Show all posts
alamak seram laa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2016 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
adn replied at 8-9-2016 01:58 PM
tq cikX...tak baca abih sampai ujung udah bertanya...gitu ler jadinya...hehehe

semangat gitu chuolls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2016 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
asyanina replied at 8-9-2016 03:07 PM
Belum panggil lagi, igt nanti nak pgl jugak dtg tgk2 rumah, sebab sekarang ni mlm2 nk g dapur nak  ...

kalau tak silap cikX salah satu tanda tanda rumah ada penghuni tu bila kita rasa di perhati. cuba google double check.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2016 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
AppleJack replied at 8-9-2016 07:34 PM
alamak seram laa

sangat. tapi nak buat macam mana benda jadi kat kita. hadap saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2016 11:55 PM | Show all posts
cikX87 replied at 8-9-2016 11:49 PM
sangat. tapi nak buat macam mana benda jadi kat kita. hadap saja.

semoga cikX87 tabah dan baik baik aja ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2016 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
AppleJack replied at 8-9-2016 11:55 PM
semoga cikX87 tabah dan baik baik aja ya

terima kasih awak. lately ni kurang sikit benda benda mistik ni tapi, ada jua lah yang remang remang bebuluan. nanti cikX cerita lagi.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 09:39 AM | Show all posts

harus la semangat...baca penuh dengan emosi pelbagai...hahahahha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
adn replied at 9-9-2016 09:39 AM
harus la semangat...baca penuh dengan emosi pelbagai...hahahahha

melambangkan penulisan cikX tidaklah sesendu mana kalau pembaca mampu beremosi  
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 03:12 PM | Show all posts
une_fille replied at 6-9-2016 03:06 PM
Dah tutup ye hotel tu?..rasa 2 thn lepas kot..ofc ada buat team building kat situ..alhamdulillah.. ...

Sorry. MayangSari still in Business. Silap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 10:48 PM | Show all posts
adn replied at 8-9-2016 10:24 AM
ada unsur2 mayang ka nama hotel? tanya je...

Hmm...tak dapat nak recall nama hotel tu. Try duk pikir dalam2 tapi tak muncul2 gak nama dia. Hotel tu besar jugaklah tapi sunyi. Masa tu sunyi mungkin sebab bukan time cuti kot. Takde apa2 kejadian pelik pun. Apartment kitorang ada 3 bilik tido, 2 bilik air. Sy duk bilik paling besar yg ada bilik air kat dalam. Tido memang lena. Makan pun sodap Penganjur sponsor semua.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik z eh cikX sila ler hapdett weh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2016 09:33 AM | Show all posts
Edited by cikX87 at 23-9-2016 09:37 AM

minta maaf baru balik dari coti raya ajiii. ehehe. meh cikX sambung.

SAMBUNGAN : HOMESTAY, AIR TERJUN DAN BUNIAN


malam selepas kejadian student ghaib dari gambo tu, kan hanya cikX dan para student lelakis sahaja yang tau cerita. so student pompuan lain nu tidaklah tahu akan apa apa kejadian. nak di jadikan cerita, cikX berkongsi bilik berdua dengan sorang awek cina ni. berdua saja.

masa baru nak lelap tu, ada terdengar bunyik tapak kaki ulang alik lalu depan bilik. nama pun rumah papan uolls. so ingatkan ada lah yang ke tandas ke apa. sebab tandas di aras bawah. memang kena lalu depan bilik cikX memandangkan bilik cikX paling depan dekat dengan tangga nak ke ruang tamu. tapi kejap kejap lalu. selang berapa minit lalu lagi. pastu senyap.

tak berapa lama lepas tu, one by one student pempuan kitorang datang ketuk pintu bilik cikX. nak tumpang tidur. bila di tanya kenapa? TAKUT kata mereka! ada vibe seram kat area belakang (area bilik depa dekat dengan hall kitorang buat presentation malam tu. read : kes student ghaib dari gambo. refer post cikX sebelum ni.)

lagi pula, bilik cikX paling depan, bertentang dengan bilik dua lecturers itu. so depa rasa macam situ lah paling selamat kalau nak menunggu pagi. takkan lah nak menyelit di antara lecturers khennn?

so berhimpit lah kami reramai. semua tak boleh nak tidur. sekejap sekejap ada bunyi orang lalu lalang. kitorang BBM (zaman tu zaman BB tengah in) lecturers, tanya mereka, dengar tak orang lalu lalang? kata mereka, aah ada. lecturers berdua tu suruh kitorang jangan keluar bilik. satu malam yang sangat panjang. bertemankan kriuk kriuk bunyian lantai papan yang tak ada henti.

tapi sampai ke sudah cikX and the student lelakis memang tak ceritakan perihal gambo itu pada yang lain. ketakutan students pempuan malam tu adalah hasil rasa depa sendiri dan bukan dari cerita kitorang ke apa. so meaning to say, negative vibes tu depa sendiri yang rasa.

kalau cikX ditanya, nak tak bermalam di homestay itu lagi? tidaklah terima kasih.

nanti cikX sambung last part.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 02:47 PM | Show all posts
LAST PART : HOMESTAY, AIR TERJUN DAN BUNIAN

gangguan tidak hanya sampai di situ ye. ingat lagi, masa balik rumah waktu tu, cikX demam panas. arwah ayah angkat cikX ada kat meja makan waktu cikX sampai rumah. cikX buka pintu, ayah angkat cikX bagi salam. cikX jawab. kemudian dia bagi salam lagi. aikkk. naik heran dibuatnya. tak dengar ke? slow sangat ke cikX jawab salam.

so cikX pun kata lah dengan selamba, "orang da jawab da tadiii." pastu ayah angkat cikX jawab, "bukan kamu lah.. tu haa. siapa sajalah yang kamu bawak balik ni." cikX da seram sejuk bila dengar camtu. alaaa. apakah? aku sorang sorang kot.

"da. pegi mandi. selesai mandi apa semua, duduk sini." cikX masuk and pegi bersihkan diri. selesai semua cikX keluar balik. duduk kat ruang makan dengan ayah angkat cikX.

berikut lebih kurang perbualan cikX dengan arwah ayah angkat ;

ayah angkat : kamu ke mana?
cikX : ada rombongan kelas. pegi nismilan.
ayah angkat : ada pegi ke air terjun?

time ni cikX terkejut sangat sebab nobody knows i went there sebab memang air terjun takda dalam itinerary list. dan memang cikX takda cerita nak pi rombongan kelas dengan ayah angkat pun. jarang berjumpa dan duduk berbual.

cikX : aah ada. mana tau?
ayah angkat : ni haa. ada yang berkenan ikut kamu balik.

alamakkk

di pendekkan cerita, ayah angkat cikX bagitahu ada "bunian" lelaki terrrjumpa cikX dalam hutan (read : air terjun) dan terrrkenan, lalu mengikut cikX sampai lah balik rumah. makna kata memang sepanjang kat homestay yang cikX takut takut tu "diorang" da ada lahhh. itu yang cikX rasa diperhati tu. (rujuk post #109)

ayah angkat tanya, "nak tengok tak rupa orangnya macam mana? menyesal kalau tak tengokkk... hensemmm." HAHAHA! ayah angkat ni memang suka bergurau, ex navy dulu, tegas orangnya tapi sangat best bila borak dengan dia. cikX kata, "eiii idok leee temannn." seraya menolak offer ayah angkat tersebut. cewahhh.

lalu ayah angkat pun berkatalah kepada angin (read : sesuatu yang tidak ku nampak), "haa. dengar tu? dia tak mau tengok kamu. kamu balik lah ye. sakit budak ni dibuat kamu. pulanglah." haa. sampai takat tu ja yang jelas cikX ingat. lepas tu ada lah arwah ayah angkat tu baca baca, pastu da tak ingat apa da. cerita ni ada lah lebih kurang dalam 5 ke 6 tahun lepas.

so kesimpulannya, cikX "keteguran" dek mamat bunian. banyak faktor mendorong cikX untuk percaya. satu, ada kupu kupu kecik warna putih mengikut cikX sepanjang jalan nak ke van dari air terjun (benda macam tu kan simbolik pada benda benda bukan manusia ni), dua, cikX rasa diperhati. tapi bukan oleh sosok hantu wanita ke apa. tapi rasa diperhati oleh sekumpulan laki laki yang berpakaian ala melayu zaman dulu. lagi lagi masa BBQ dinner malam balik dari air terjun tu. entah lah susah nak explain pakai tulis ni. takda ayat yang sesuai.

tapi gangguan sampai situ je seingat cikX sebab lepas da di suruh pulang tu, cikX punya demam beransur pulih. hmm. kalau korang jadi cikX nak tak tengok "mamat" tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 11:08 AM | Show all posts
cikX87 replied at 26-9-2016 02:47 PM
LAST PART : HOMESTAY, AIR TERJUN DAN BUNIAN

gangguan tidak hanya sampai di situ ye. ingat lagi, m ...

haha...takpa la kot...tak tengok pon takpa...sat ni kalu tengok takut dah suh pi balik...kita pulak teringat ingat kat dia mcm nak suh mai jenguk kita pulak...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 02:45 PM | Show all posts
nengok jer lah 'mamat' tu

lg ada orang pandai dlm ilmu ghaib, bole lh jadik berani sekejap  
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 03:31 PM | Show all posts
woha..serram tapi best bace sebab penceritaan cikX yang sempoi.
kipidap dongibab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
adn replied at 27-9-2016 11:08 AM
haha...takpa la kot...tak tengok pon takpa...sat ni kalu tengok takut dah suh pi balik...kita pula ...

hikhik. dengar dengar cerita orang orang tua dulu, kalau kita terrrikut bunian ke dunia sana, memang kita hilang langsung. tak boleh balik. memang depa simpan.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sekel replied at 27-9-2016 02:45 PM
nengok jer lah 'mamat' tu

lg ada orang pandai dlm ilmu ghaib, bole lh jadik berani sekejap

memang idok le. kalau kita lak jadi tergila kat dia bagaimana? ewahhh.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.142909 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list