CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11092|Reply: 70

Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang

[Copy link]
Post time 21-9-2014 12:38 AM | Show all posts |Read mode
Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 12:29 AM
  
Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my


Sharifah Sakinah anggap pengikut di Instagram banyak mengundinya.


SHAH ALAM: Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa.

  "Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan.

"Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.


Jihan turut membuat persembahan bersama kumpulannya SYJ pada majlis anugerah tersebut.


Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut.
Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi.

"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.

"Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang.

"Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya.



Credits: mstar.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:46 AM | Show all posts
bagus la positif ko ni kinah

"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:46 AM | Show all posts
sedar pn ko
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:47 AM | Show all posts
patut jihan yang menang punnnn
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ada meols kesah.. kinah ke jihan ke ok jer dedua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2014 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kinah pon best buat lawak... Go kinah go...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedar diri ok lah tu, tambah skit sebenarnya tak layak tercalon pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai minat jihan tapi tak mengundi pun sbb tu jihan tak menang....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:33 AM | Show all posts
hepimoon posted on 21-9-2014 01:32 AM
Ramai minat jihan tapi tak mengundi pun sbb tu jihan tak menang....

kami mmg sengaja xnak undi jihan, xnak beliau alpa dan lupa daratan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Che ta lagi layak haha

At least jihan ada pesaing kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:51 AM | Show all posts
lawak ke minah ni.. jihan of course 10x better dari si kinah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
myrustyme posted on 21-9-2014 02:51 AM
lawak ke minah ni.. jihan of course 10x better dari si kinah ni..

so far aku tgok dia dalam cte raya wak syg lu, dia bawak watak pompan ckap lepas n stret forward pstu obses ngn tudung paridah, menjadi lah jugak lawaknye. dlm karut komedia pn lawak la jgak. tp jihan lg klako tak kira live atau berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mane artis wanita paling bimbo porno boleh mng artis lawak paling popular. Nampak sangat anugerah sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dungu jer dia ni.dlm rcgn lawak apa ntah pala dia kena tonjol2 oleh plwk lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah rezeki dia menang. Nnt undi Jihan lg dlm award2 lain ok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 10:52 AM | Show all posts
blum rejeki Jehan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Humble.
i likey
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:04 AM | Show all posts
tau takpe..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:11 AM | Show all posts
aku suka kinah.. die mmg best blakon.. sker tgk die jadik bodoh2 alang tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065038 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list