CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5943|Reply: 21

Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan IS

[Copy link]
Post time 22-9-2014 07:51 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 26 tahun yang mengaku rakyat Malaysia menggemparkan media sosial apabia dia selalu mengemas kini pengalamannya sebagai 'Muhajirah' di laman Facebook, Tumblr dan akaun Twitter.

kebanyakan status yang dimuatnaiknya itu dikumpul  oleh media sosial dari Amerika, Buzzfeed dan berdasarkan maklumat tersebut, wanita itu merupakan seorang doktor yang pergi ke Syria dan terlibat dengan perkahwinan rancang dengan anggota militan Negara Islam (IS)..

"Saya Muhajirah, boleh bercakap Urdu dan Hindi dan sebab itulah sesetengah 'sisters' mengalu-alukan saya ke sini...dengan filem dan tajuk lagu. Saya dari Malaysia," jelasnya di laman Twitter @BirdOfJannah pada 11 Ogos lalu.

Di laman facebook miliknya, wanita ini mendakwa kedatangannya ke Syria kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat di sana kerana dia adalah seorang doktor.

"Saya melakukan hijrah ke Syria dan ibu bapa saya tidak bersama, tetapi mereka 'okay' dengan keputusan saya," komennya di laman Facebook.

Selepas dua bulan di Syria, dia terfikir untuk berkahwin kerana baginya amat sukar hidup bersendirian dan telah diperkenalkan dengan seorang Moroccan oleh teman serumahnya di Syria.

"Satu malam, kawan baik saya telah mengetuk pintu dan belum pun sempat saya menjawab apa-apa, dia telah membuka pintu dan melompat ke atas saya.

"Dia memberitahu bahawa suaminya telah bercakap dengan kawannya, dan kawan suaminya itu telah bersutuju untuk berkahwin dengan saya walaupun tidak berjumpa terlebih dahulu.

"Saya berasa hairan, dan memberitahunya saya bersetuju untuk berkahwin. Dia memeluk saya dan menangis serta berkata betapa gembiranya dengan keputusan saya ini. Saya merasakan dia berkelakuan seperti ibu saya dan itu merupakan malam  yang emosi," jelasnya yang dikongsi di tumblr blog, Diary of A Muhajirah.

Shams dan suaminya tidak bercakap pada hari perkahwinannya yang mana difahamkan itu adalah arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi dan mereka perlu memuat turun kamus di aplikasi telefon untuk bercakap pada awal perkahwinan mereka.

"Suami dan saya, adalah sangat berbeza. Kami dari dua benua yang berbeza dan bercakap dan bahasa yang berlainan. Bahasa arab saya sangat teruk, manakala dia sangat fasih berbahasa arab dan Perancis.

"Saya masih ingat kami memuat turun aplikasi kamus di telefon bimbit dan ia sangat membantu. Apa yang penting adalah hati," jelasnya di laman Facebook sebelum memadamnya.

Selepas empat hari perkahwinannya, dia baharu tersedar dia berkahwin dengan seorang Mujaheed dan perlu berdepan dengan realiti apabila suami kawannya meninggal dunia ketika berperang.

Dia juga turut memuatnaik kata-kata dari suaminya di laman Facebook "Jihad adalah isteri nombor satu, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap kamu faham."


Credit : Mstar






Last edited by ikinbest on 22-9-2014 10:44 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 09:20 AM | Show all posts
upload je guna android atau upload kt image uploader bg link kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:03 AM | Show all posts
tggu gambarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:29 AM | Show all posts
mana gambarnya??? nk tengok jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:36 AM | Show all posts
gmbar pls....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:36 AM | Show all posts
Kalau baca tumblr dia ni macam tak rasa pon dia ni Malaysian.
Apa korang rasa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2014 10:45 AM | Show all posts
Tadaaaaa... da ade gambo... emsem sangat abg IS itewwww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 11:17 AM | Show all posts
imthegirl posted on 22-9-2014 10:36 AM
Kalau baca tumblr dia ni macam tak rasa pon dia ni Malaysian.
Apa korang rasa?



x pasti la.. da berjilbab macam tu,, mata pon da x berapa nampak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 11:32 AM | Show all posts
ikinbest posted on 22-9-2014 10:45 AM
Tadaaaaa... da ade gambo... emsem sangat abg IS itewwww

ha'ah..hensemkan abg tewww.. LOL

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:17 PM | Show all posts
pasti kemalaysia? skang ni malaysia asyik di kait dgn mujahid je.. macam akan ada alasan puak2 'musuh' nak 'mainkan' malaysia je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 02:12 PM | Show all posts
hest posted on 22-9-2014 12:17 PM
pasti kemalaysia? skang ni malaysia asyik di kait dgn mujahid je.. macam akan ada alasan puak2 'musu ...

itu x pastilah.. sbb x nmpk muke.. fb, twitter and tumbler says it malaysian..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 02:42 PM | Show all posts
ikinbest posted on 22-9-2014 02:12 PM
itu x pastilah.. sbb x nmpk muke.. fb, twitter and tumbler says it malaysian..

itu yang kita kata tu.. pasti ke malaysia.. ntah2 deme2 juga nye puak siap kata org2 amerika ikut update dia kat laman sosial.. slalunya kat fb kalau malaysia mesti ada selit gak ayat orang malaysia.. tapi tak tahu la kan. aku pun tak de fb ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 03:18 PM | Show all posts
hest posted on 22-9-2014 02:42 PM
itu yang kita kata tu.. pasti ke malaysia.. ntah2 deme2 juga nye puak siap kata org2 amerika ikut  ...

fb, twitter sume d shutt off x silap, tinggal die punya tumbler.. itu pon x menunjukkan identiti sebenar.. mm berita ni asalnyer pon buzzfeed yg originally compiled ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:06 PM | Show all posts
Sekadar pakai purdah cam tu susah nak memastikan dia orang Malaysia.  Sekadar sebut satu dia perkataan dalam Bahasa Malaysia mana2 bangsa dalam dunia ni pun boleh.  Nak2 kalau dia pernah datang ke Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl posted on 22-9-2014 10:36 AM
Kalau baca tumblr dia ni macam tak rasa pon dia ni Malaysian.
Apa korang rasa?


Edited.....
Sori xperasan ada tulis kt atas Last edited by mommymonster82 on 22-9-2014 10:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Barakallah...

Setiap orang bertanggungjawab atas pilihan masing2...

Moga setiap kita diberi ganjaran yg terbaik atas pilihn dan amln masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2014 08:31 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 22-9-2014 10:45 PM
Barakallah...

Setiap orang bertanggungjawab atas pilihan masing2...

Benar,

Pilihan dan jodoh masing2...

Allah S.W.T jua yang menentukan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 09:06 AM | Show all posts
ikinbest posted on 22-9-2014 03:18 PM
fb, twitter sume d shutt off x silap, tinggal die punya tumbler.. itu pon x menunjukkan identiti s ...

ha itulah maksud aku. skang ni kan diorang tuduh malaysia ni jadi tempat latihan utk penganas.. penyalur perubatan..aku tkt deme gak create menda ni, supaya blh buat isu untuk kukuhkan niat menapak malaysia atas dasar memantau pengganas
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 09:50 AM | Show all posts
Dia tutur bahasa urdu/hindi. Kalo org malaysia pun dia bangsa india
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:49 PM | Show all posts
melayu boleh bercakap urdu atau hindi..? org kat mesia yg gila layan hindustan pun setakat leh cakap 2-3 patah. btw, semacam je aku nengok couple tu.. hat laki x nampak mcm fanatik agama pun.. siap tayang body lagi, look so tasty. Bukan ke org2 so called fanatik agama ni pakai jubah bagai..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.165089 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list