Nurul Syuhada Nurul Ain melalui panggilan telefon dari studio memaklumkan yang beliau sudah selamat melahirkan anak kembar semalam. Pengacara sambilan ini dan suaminya, Raja Amir Shah Raja Azwa dikurniakan seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki. Untuk pengetahuan anda semua, proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi dan manakala seorang lagi melalui proses pembedahan. “Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya,“ begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon, lapor My Artis hari ini. Tahniah!
tak kesah la ikut muka sape sbb muka nurul syuhada ngan laki die kan lebih kurang je mesti comel gle..dah mak bapak pn cantik hensem
|