CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8556|Reply: 11

vendor concept boutique

[Copy link]
Post time 24-9-2014 10:55 PM | Show all posts |Read mode
salam..
ada x kat forum ni pengusaha2 butik berkonsepkan vendor ni..
sekarang ni banyak betul butik vendor konsep ni terutamanya kat shah alam..
ada yg boleh share tak information yg berkaitan dlm memulakan butik ni
contohnya macam apa yg penting atau perlu ada dlm T&C ..
pastu official agreement perlu ke x diantara vendor n owner butik..
kalau vendor banyak jenuh pulak nk buat agreement tu..
lg .. camne selalu owner ambik bayaran.. ikut space ke, ikut jenis produk or persen atas jualan..
hope ada yg boleh membantu

tq.
Last edited by wanie84 on 24-9-2014 10:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 11:53 PM | Show all posts
pg vietnam and indon buat sendiri. kt keramat ada butik income rm 25k sebulan, kedai satu je dengan jual online
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 11:24 AM | Show all posts
teringin gak nak tahu..sape ada pengalaman..coz saya pun baru join vendor.sewa slot
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 06:38 PM | Show all posts
cer citer detail.. masih blur la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 09:59 PM | Show all posts
saya ada kedai style vendor ni... asalnya nak jadikan HQ dan distribution centre untuk barang2 dari UK. tapi kedai besor sangat so sewakan space utk vendor. sewa bergantung pada owner butik mcmn nak decide. ada yg 1 rail RM200, ada yg RM150 utk baju/seluar/jubah, utk tudung murah sikit. yg letak barang kat kabinet, sewakan la 1 slot RM50-RM100.. tengok la keluasannya... tak boleh jugak sewakan mahal sebab untong vendor pun bukannya banyak... yg masalah bila nak maintain suruh vendor bayar bulan2 payah, sales pun bukannya selalu ada.. nak paksa2 vendor bayar sewa pun kesian jugak. income mereka bergantung pada sales. yang penting owner butik tidak boleh bergantung 100% dengan sewa vendor untuk bayar sewa kedai, utilities, pekerja... kena ada barang sendiri jugak ... barang vendor susah nak control dari segi nak buat sales/potongan harga... kita pun kadang2 jadi serba salah bila barang vendor tak laku..
T&C kena ada. ada yg letak wajib sewa minimum 3 bulan, kalau tak deposit hangus. hanger, sticker kena decide la siapa yg sediakan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 10:01 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-9-2014 11:53 PM
pg vietnam and indon buat sendiri. kt keramat ada butik income rm 25k sebulan, kedai satu je dengan  ...

butik apa tu. kos tinggi nak ulang alik vietnam dan indon ambik stok. kos shipping lagi. modal pun kena besar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2015 01:27 PM | Show all posts
makcik pun dok riki2 butik nak letak barang ni, join as vendor.

ada butik yang kalau kita hantar makanan, dia tak letak sewa. dia ambik 20 persen daripada harga jual. terkedu jugak makcik memikirkan. kalau jual satu rm10, dia ambik rm2, apa je untung vendor?

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 03:05 PM | Show all posts
sapa nak jadi vendor kat premis kami di Bandar SeriPutra -sila whatspps saya ya.
013-6747052
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sapa2 lg x nk share pngalaman?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:37 PM | Show all posts
Bagi saya, sebagai vendor kita kena faham untung rugi bila join butik vendor.
Jika selesa dengan income jualan secara solo, tak perlu jadi vendor pun takpe.

Sebab konsep vendor yang saya faham, kita sewa tapak seolah-olah kita ada kedai tapi berskala kecil. Orang boleh datang tengok-tengok barang kita sebelum beli. Dalam masa yang sama, kita share potential customer sebab ada macam-macam barang dalam kedai yang sama.

Katakanlah sewa satu slot RM50/month, lagi okay dibandingkan dengan sewa kedai sendiri mau 1k/month. Belum masuk kos nak renovate, deposit, rak-rak, bil apa semua lagi. Staff pun disediakan. Kalau sewa tapak pasar malam pun sehari RM5 x10 hari dah RM50. Kalau sewa tapak expo lagilah, entah-entah rugi tak balik modal pun. Belum tentu barang habis terjual jugak kan.
Kita congak macamtu akan faham sebenarnya tak mahal sewa di butik vendor.

Actually, satu cara marketing untuk brand kita dengan cara meletakkan produk di butik vendor pelbagai negeri. Bagus konsep ni sebenarnya kalau betul-betul faham.

Yang penting, kena kerjasama antara owner butik dan vendor. Sama-sama promote, barulah sales meningkat. Owner butik promote barang vendor, vendor pulak bagitau customer supaya walk in ke butik.

*By the way, saya pun inshaAllah dalam proses buka butik vendor di Ipoh, Perak. Jemput rakan-rakan niaga yang berminat untuk pm ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 02:58 PM | Show all posts
sekutz replied at 15-12-2014 11:24 AM
teringin gak nak tahu..sape ada pengalaman..coz saya pun baru join vendor.sewa slot

location kat mana? so far sales blh cover sewa slot tak?

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:34 PM | Show all posts
Edited by nirifa at 11-1-2016 03:36 PM

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang berminat untuk kembangkan lagi perniagaan die boleh terus hubungi saya. Saya dari SAS ADVISORY SERVICES yang mana kami kakitangan SAS boleh membantu dalam penyediaan kertas kerja untuk memohon pembiayaan dari PUNB, TEKUN, MARA, SME BANK dan lain2.

Kepada yang berminat atau nak tahu dengan lebih lanjut lagi boleh hubungi saya.

013-2697922 (HP)
011-31825652 (HP)
03-8920 1254 (Office)

layari laman web kami : www.sas-advisory.com


Iffa.
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063423 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list