CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4275|Reply: 23

Afdlin Shauki Bakal Tunai Haji

[Copy link]
Post time 28-9-2014 03:07 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Afdlin Shauki akan meneruskan kerjayanya di bidang seni tempatan selepas kembali menunaikan ibadat haji.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah filem Afdlin Shauki akan bertolak ke tanah suci Mekah pada Isnin (esok) bagi menunaikan ibadah Haji.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43, berkata, dia merancang untuk menunaikan rukun Islam kelima itu sejak Mei lalu dan akan ke tanah suci bersama ibunya, Fadilah Jailani, 67.

"Dah lama dah rancang untuk tunaikan Haji tetapi kena ikut giliran. Saya membuat rayuan kepada pihak Tabung Haji memandangkan ibu saya yang mempunyai penyakit strok.

"Alhamdulillah saya juga dibenarkan untuk pergi bagi menjaga ibu ketika di Mekah. Apa yang saya lihat ini adalah peluang kami berdua untuk beribadat di sana" katanya.

Afdlin ditemui pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan Seniman Ke-14 di Dataran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Sabtu.

Dia juga berharap agar pemergiannya mengerjakan ibadah Haji dipermudahkan selain meminta orang ramai untuk mendoakannya.

"Saya harap dapat Haji yang mabrur dan berdoa segala dosa-dosa saya, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat negara ini diampunkan.

"Semoga saya dapat masuk syurga. Saya percaya, ini adalah permintaan kita semua sebagai umat Islam," ujarnya.

Sementara itu, Afdlin berkata, dia masih lagi akan meneruskan kerjayanya di bidang seni tempatan, namun mengikut kesesuaian diri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 03:16 PM | Show all posts
selamat pegi selamat balik afldin -
maybe out of contact - bini heols dah pakai tudong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah....semoga dipermudahkan segala urusan di sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 03:43 PM | Show all posts
ehhh bukan harini meh last flight?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 03:46 PM | Show all posts


Ehhh.. I thought semalam last flight?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 04:49 PM | Show all posts
jap2.. so sape ganti dia dlm superspontan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2014 04:51 PM | Show all posts
waaahhh bagus la afdlin....semoga dpt haji yg mabrur aminnn....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 07:16 PM | Show all posts
Semoga mendapat haji yang mabrur afdlin....

Untung sangat awak...tahun ni wuquf hari Jumaat...haji akbar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 08:04 PM | Show all posts
encikWawad posted on 28-9-2014 03:16 PM
selamat pegi selamat balik afldin -
maybe out of contact - bini heols dah pakai tudong ke?

Pelan pelanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 09:56 PM | Show all posts
afdlin byk berubah ...compare dgn geng2 dia du..gud for him

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 08:12 AM | Show all posts
selamat berangkat semua

  • Adi Putra
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


PELAKON popular, Adi Putra bakal menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji dalam masa terdekat ini. Hal itu dinyatakan sendiri Adi menerusi akaun Instagram miliknya.

Berdasarkan apa yang ditulis, pelakon filem 'KL Gangster' ini memohon agar dimaafkan segala salah silap serta dihalalkan makan minumnya.

Daripada Media Hiburan Online, semoga segala amal ibadat Adi dipermudahkan, mendapat keberkatan dan keredaan Allah serta pulang membawa Haji yang mabrur.



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 10:02 AM | Show all posts
Jadi Afdlin Shauki ngan Adi Putra sama-sama bertolak hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 10:24 AM | Show all posts
bagus nya..semoga mendapat haji mambrur
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada aflin dan adi...didoakn segalanya baik2 shj...semoga mndapt haji yg mabrur..amin
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:01 AM | Show all posts
aku jumpa aflin kat epot. besar jugak dia ni. semoga dapat hj mabrur. Last edited by nurul_akmar on 29-9-2014 11:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
nurul_akmar posted on 29-9-2014 11:01 AM
aku jumpa aflin kat epot. gemuk sgt dia n selekeh.

Erk, smpi hati ko tulih mcm tu.keh3..
Moga dia n ibuny mndpt hji mabrur. Allah beri kmudahan kt sna. Besar dugaan kt sna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 11:13 AM | Show all posts
milot posted on 29-9-2014 11:07 AM
Erk, smpi hati ko tulih mcm tu.keh3..
Moga dia n ibuny mndpt hji mabrur. Allah beri kmudahan kt s ...

haha.. aku dah edit
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:19 AM | Show all posts
retis2 ni ikut pakej bayar mahal tu kot, tu sebab flight tak sama dengan geng2 Muassasah sebab setau i last jemaah tabung haji ni malam tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:15 PM | Show all posts
selamat berangkat ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:04 PM | Show all posts
BebeQ posted on 29-9-2014 11:19 AM
retis2 ni ikut pakej bayar mahal tu kot, tu sebab flight tak sama dengan geng2 Muassasah sebab setau ...
"Dah lama dah rancang untuk tunaikan Haji tetapi kena ikut giliran. Saya membuat rayuan kepada pihak Tabung Haji memandangkan ibu saya yang mempunyai penyakit strok.

"Alhamdulillah saya juga dibenarkan untuk pergi bagi menjaga ibu ketika di Mekah. Apa yang saya lihat ini adalah peluang kami berdua untuk beribadat di sana" katanya.
TH ada pakej mahal ke?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.435371 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list