CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2235|Reply: 3

Zed Zaidi Tidak Mengaku Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman

[Copy link]
Post time 28-9-2014 03:08 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Zed Zaidi yakin pemilihannya untuk menerajui Seniman dibuat berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menegaskan dia tidak pernah memancing ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahupun berkempen dalam diam bagi mendapatkan jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14  persatuan itu.

Majlis berlangsung di dataran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Zed berkata, dia tidak perlu memancing undi bagi merebut jawatan itu tetapi yakin pemilihannya bagi menerajui kepimpinan itu berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.

"Saya tak berkempen pun. Apatah lagi berkempen dalam diam. Tetapi ahli-ahli persatuan boleh lihat usaha saya sebelum ini macam mana.

"Bagi saya jawatan itu tidak penting sebaliknya pergerakan persatuan perlu berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli Seniman lain," katanya.

Pada AGM Seniman ke-14 itu, Zed berjaya meraih sebanyak 109 undian mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool)  dan Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat. Penolong Setiausaha pula disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran sebagai Bendahari.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad dan Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 03:15 PM | Show all posts
tok mu dah berusia - afdlin macam too islamic dah now
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:16 PM | Show all posts
err .. nampak dia betul pulak kan .. hahaha pelakon.. tetap pelakon ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:50 PM | Show all posts
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad dan Rashidi Ishak. Vanidah Imran sebagai Bendahari.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.




xsangka plak amani nk aktif dlm seniman
shidi dgn vee....moga berbahagia selalu
sofea jane tu rajin plak die
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054413 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list