CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8796|Reply: 39

A.Aida Saman Bekas Suami, Abai Nafkah Anak

[Copy link]
Post time 30-9-2014 03:35 PM | Show all posts |Read mode
A.Aida Saman Bekas Suami, Abai Nafkah Anak

A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya yang mengabaikan tanggungjawab membayar nafkah anak mereka sebanyak RM300.



KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat demikian.

Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online.




A.Aida diwakili oleh peguam syarie, Zulkifli Che Yong.

A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan.

Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan.

Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi kepentingan anak, itu sahaja," katanya.

Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk anak mereka.

Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan anak mereka.
























Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun lalu.


"Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul.

"Bagaimana saya ingin ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A. Aida.


Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu.

"Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan sekali," ujarnya.


Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik.

Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun.

A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 03:46 PM | Show all posts
tak mampu kot nk bayar sbb kn byr nafkah anak2 dgn bini sblm A.Aida ni
anak2 jg jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:49 PM | Show all posts
A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian.[/code][/quote]

ingatkan DSP ni no.2..rupanya no.3
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:51 PM | Show all posts
nape muka dia nmpk lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Idola pak polisi ni mesti ac mizal... bukak acct letak duit nafkah anak tapi dia pegang acct tu tak kasi kat anak...ni jenis bapak bila dah tua wajib di tendang masuk rumah org tua...tak bertanggungjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:56 PM | Show all posts
ni lg sorg jntn xde tolor...300 pon x leh nk bayor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 03:56 PM | Show all posts
Aida ni memang suka abang Polis lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:57 PM | Show all posts
Sapa tau kisah perceraian dia orang ni hah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ac Kiok mesti bangga, sebab dah ada protege

Kehkehkeh...

bukak bank acct atas nama diri sendiri, pastu tiap bulan bankin 100...pastu claim tu le nafkah anak
Simpan2 le sikit bangang tu wahai en. Polis...wat malu je ada pangkat DSP

Kehkehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:06 PM | Show all posts
rahul dh rope nama hindustan dh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Complicated life dia...haru nmpk dia mewah bos besar syarikat produksi rupanya ada masalah ex hb liat byr nafkah..bertabah lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:11 PM | Show all posts
dah kenape laki2 retis ni xreti nk bayar nafkah..?
sampai nk kena tuntut, baru nak bagi ke?? tu pun dah tuntut xreti2 jugak nak bagi.
geram pulak rase
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:12 PM | Show all posts
berpangkat DSP pun masih liat nak bayor 300?ape ke heee nyeee
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknyer laki mcm bakyah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:33 PM | Show all posts
SeriBunga posted on 30-9-2014 03:49 PM
A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian ...

kannn?? ingatkan org yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mintak mahkamah buat potong gaji je bg nafkah anak.300 tu sikit jer..wlupun aida mampu,tp bak kata dia,duit tu hak anak..

menyampah dengan lelaki ni.mjur si ibu jg dgn baik,nk lps tgn psl nafkah plk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 04:44 PM | Show all posts
dah cerai ingt x payah bg nafkah kot polis ni pelik la.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pttnya a.aida jumpa bos laki dia ni..suh bos laki dia arahkan ptgn gaji msuk akaun ank..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:52 PM | Show all posts
Nape muka A.Aida lain n xmcm dlu yea?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:52 PM | Show all posts
tiap-tiap bulan ko masuk duit seribu, pastu ko lenjan duit tu, mana ada orang tau..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.072504 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list