CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1282|Reply: 3

[Tempatan] Hasil pengurangan subsidi disalur bantuan BR1M

[Copy link]
Post time 2-10-2014 10:05 PM | Show all posts |Read mode
SABAK BERNAM: Hasil daripada pengurangan subsidi bahan api akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu masyarakat luar bandar terutama dari segi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Pengurangan subsidi ini tidak akan sia-sia kerana hasil daripadanya membolehkan kita menyalurkan bantuan kepada masyarakat luar bandar termasuk menggunakannya dalam projek BR1M.

"Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan, lebih baik ia disalurkan terus kepada mereka yang berhak ke atas subsidi itu," kata beliau.

Mohd Shafie mengulas pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa hari ini yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri rakaman episod akhir Cabaran Perniagaan Luar Bandar di sini hari ini.

Program anjuran kementerian itu bertujuan memberi galakan kepada belia desa mengembangkan perniagaan masing-masing.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 11:57 PM | Show all posts
Mohd Shafie Apdal....lu adoh mabuk kah...lu cakap acaro politik ke...acoro pentadbir...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 01:25 AM | Show all posts
BR1M naiklah kan maknanya? RM1000 setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 01:46 AM | Show all posts
yelah.... ok......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.083604 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list