CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3372|Reply: 15

[Jenayah] Teh "Pacak" Akhirnya Boleh Terpacak Kaku Badanmu Dekk

[Copy link]
Post time 5-11-2014 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Badan jadi kuat dan boleh tidur nyenyak. Itu antara penipuan dilakukan sebuah syarikat pengedar produk kesihatan yang didapati menjual produk minuman ‘teh pacak’ dicampur racun perangsang seks.

Penjualan serbuk racun perangsang seks yang sengaja dicampur di dalam peket minuman campuran itu didakwa boleh memberi kekuatan luar biasa kepada lelaki, selain mengatasi masalah sukar tidur.

Bagaimanapun ujian makmal kimia mengesahkan produk dijual melalui kaedah jualan langsung itu mengandungi kimia analog sindenafil yang mampu menyebabkan serangan sakit jantung.


Kegiatan penjualan produk minuman berbahaya itu dibongkar selepas pihak Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur melakukan siasatan dan risikan terhadap penjualan produk itu.

Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Mohd Shahid Yahaya berkata, pihaknya sebelum ini menerima maklumat dari dua pengadu yang sangsi terhadap kandungan produk minuman itu.

Menurutnya, ujian makmal kimia terhadap sampel produk itu mendapati ia mengandungi resepi’ maut kimia analog sildenafil berbeza.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.





      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:10 AM   
«»
PEGAWAI Penguat Kuasa Farmasi memeriksa kandungan kotak yang dirampas.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6645#sthash.bdqnjI9V.dpuf

p/s:amboi khusyuk betul abam tu baca kotak.jangan try lak bamm Last edited by GhostWalking on 5-11-2014 12:23 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 08:23 AM | Show all posts
awatlah suka berbuat kerosakan pada orang

awat ye ?

boleh buat berniaga benda elok elok minuman je  pi tambah benda racun ....

awatlah depa ni sampai tahap tak boleh pikiaq ni?

tak reti ka , tak tau ka , sengaja ka , apa ka?

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:31 AM | Show all posts
aku memang tak minat teh

aku setia pada nescafe saja muuuaaahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:58 AM | Show all posts
teh brand apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:06 AM | Show all posts
kesian badan farmasi sini.. banyak kali serbu tetap masuk jua produk semacam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual ubat kuat..ubat kurus n ubat putih kulit
Mmg laku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2014 09:11 AM | Show all posts
shernazz posted on 5-11-2014 09:09 AM
Jual ubat kuat..ubat kurus n ubat putih kulit
Mmg laku..

lu mesti beli semua ubat2 tu kan.

online n offline..



Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:57 AM | Show all posts
brg2 ni tak ada kat market  kalau tak ada demand..org nak kuat nak kuat nak kuat, pastu reger murah...hadaplah akibatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 09:59 AM | Show all posts
salah orang kita juga, dulu kini dan selamanya nak cari benda yang boleh menguat dan menahan nafsu dari kendur.. nak dilihat gagah... tapi akhirnya kau yang terpapah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:59 AM | Show all posts
i'm still standing
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 10:00 AM | Show all posts
Viagra (sildenafil) is used for the treatment of erectile dysfunction. It is a phosphodiesterase-5 (PDE5) inhibitor. Common side effects of Viagra include facial flushing, headaches, stomach pain, nasal congestion, nausea, diarrhea, and an inability to differentiate between the colors green and blue.
So apa masalahnya orang dapat beli Viagra murah? Atau kerajaan marah sebab tak dapat cukai hasil orang beli ubat Viagra? Then divert isu cakap teh ni bahaya, sama macam e-cigarette.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 01:31 PM | Show all posts
produk paling bebal aku pernah tengok yang spray boleh kurus & lekat boleh kurus , puak mana tah yang bodo2 percaya, terdesak sangat nak kurus, nak gemuk senang sgt usahanya, nak kurus, main spray je ? wadehel
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 01:36 PM | Show all posts
Teh jenama apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 01:38 PM | Show all posts
dubuk posted on 5-11-2014 12:31 AM
aku memang tak minat teh

aku setia pada nescafe saja muuuaaahhhh

nescafe pun x elok minom selalu
ni mesti dah masok kategori ketagih caffeine ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 01:39 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 5-11-2014 08:23 AM
awatlah suka berbuat kerosakan pada orang

awat ye ?

Yang membeli pon satu hal.... sibuk sgt nak tepacak tu napa nye... Tak cukup lg ke kalu bini dah betelanjang bulat depan ko takkan tak tepacak lagi kot....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 01:48 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 5-11-2014 01:38 PM
nescafe pun x elok minom selalu
ni mesti dah masok kategori ketagih caffeine ni

kalau tak ada nescafe memang kurang nikmat hidup rasanya

buat kerja pun tak laju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.161535 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list