CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2152|Reply: 1

Angelina Jolie Mahu Tumpu Perhatian Sebagai Pengarah

[Copy link]
Post time 21-11-2014 12:22 PM | Show all posts |Read mode



Khabar angin mengatakan Angelina Jolie bakal meninggalkan dunia lakonan sememangnya bukan suatu khabar angin yang menggembirakan buat peminat setianya.

Sejujurnya Angelina Jolie merupakan pelakon Hollywood kelas A, memang lakonannya sangat memberi kesan kepada penonton. Mana tak sedih para peminat kan.

Namun begitu, Jolie mengesahkan dirinya akan bersara selepas selesai beberapa buah filem. Jangan risau, kalau tak boleh tengok dia berlakon, korang boleh tengok filem arahannya pula.

Menurut Jolie, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang pengarahan pula. Hebat kan, bukan sekadar mampu berlakon, malah mampu mengarah lagi.


Kalau nak tahu, hasil pertama karya filemnya ialah “In the Land of Blood and Honey” pada tahun 2011 manakala filem “Unbroken” yang berjaya mengangkat tema epik Perang Dunia Kedua merupakan karyanya yang terbaru sebagai seorang pengarah.

“Saya suka dan lebih gembira mengarah filem. Saya suka mengikuti sesebuah projek sehingga ke akhirnya. Saya juga gemar menghabiskan masa dua tahun dan belajar sesuatu mengenainya,” ujar.

Kalau korang masih setia meminati Angelina Jolie, sama-sama kita saksikan filem yang bakal diarahnya nanti.



- Gosipmalaysia, 20 Nov 2014

* Tak jemu tgk angelina dlm Salt. Terbaik.

Last edited by Mary_jane on 21-11-2014 12:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 03:53 PM | Show all posts
cantik die ne.. wish you more success angie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065187 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list