CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8404|Reply: 19

[Tempatan] Bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'kub meninggal dunia

[Copy link]
Post time 9-1-2015 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by achik2009 at 9-1-2015 11:11 PM

Petra Jaya: Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'kub, 87, meninggal dunia, hari ini.

Sumber mengesahkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Normah, 9.40 malam tadi.

Allahyarham lahir pada 3 Januari 1928 di Bintulu dan adalah Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat.




http://www.hmetro.com.my/node/22756
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2015 11:00 PM | Show all posts
Tun Abdul Rahman Ya’kub meninggal dunia

09 Januari 2015 10:43 PM


KUCHING 9 Jan. - Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’kub, 87, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah di sini sejak beberapa minggu lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 malam ini.

Bekas Setiausaha Sulitnya, Datuk Khir Busrah berkata, tokoh politik veteran itu difahamkan meninggal dunia akibat sakit tua.

Abdul Rahman yang dilahirkan pada 3 Januari 1928, telah dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Datuk Tawi Sli pada 7 Julai 1970.

Kemudian pada 26 Mac 1981 Allahyarham meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada anak saudaranya, Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang Dipertua Negeri Sarawak).


http://www.utusan.com.my/berita/ ... nggal-dunia-1.46172


Al-Fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 11:02 PM | Show all posts
bapa saudara kpd taib mahmud

takziah utk keluarga beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 11:05 PM | Show all posts
Emmm...ingatkan Taib Mahmud yg meninggal....apapun takziah buat keluarga  arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah makan semeja dgn Tun ni dekat rumah dia & solat berjemaah sekali  dalam surau rumah dia. Yup arwah merupakan bapa saudara Taib.

Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 11:43 PM | Show all posts
semoga rohnya dicucuri rahmat....lembutnya air muka arwah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2015 02:53 AM | Show all posts
Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 04:04 AM | Show all posts
Al fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2015 04:41 AM | Show all posts
Al-Fatiha
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 05:51 AM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Al-Fatihah...





PERGINYA SEORANG NEGARAWAN
TUN DATUK PATINGGI HAJI ABDUL RAHMAN BIN YAAKUB


Berita kembalinya ke rahmatullah mantan Ketua Menteri dan juga mantan TYT Gabenor Sarawak iaitu Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Yaakub di Pusat Perubatan Normah, Kuching, Sarawak semalam sememangnya mengejutkan seluruh rakyat Sarawak. Namun sudah suratan takdir, setiap yang hidup pasti akan pergi jua diatas kehendaknya. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Allahyarham.

Allahyarham semasa hayatnya banyak berjasa kepada Sarawak dan juga Persekutuan Malaysia yang wujud hari ini. Beliau juga antara watak penting disebalik penubuhan Persekutuan Malaysia. Antara jasa beliau yang paling diingati ialah beliau berjaya mengendali Operasi Seri Aman 1974 yang menyaksikan 482 orang pengganas komunis (PK) meletakkan senjata, berikutan perjanjian satu damai yang telah dibuat.

Untuk makluman Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub dilahirkan pada 3 Januari 1928 di Kampung Jepak, Bintulu Sarawak. Beliau merupakan anak kepada pasangan Wan Ya'akub bin Wan Yusuf dan Siti Hajar bt. Haji Mohd Tahir. Tun Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi dan Sekolah St. Joseph, Miri Sarawak sebelum meneruskan pembelajaran Sekolah Menengah di Madrasah Melayu, Kuching dan kemudiannya Sekolah St. Joseph, Kuching hingga tingkatan lima. Pada tahun 1954 hingga 1959, Tun menyambung pengajian ke Southampton University, England dan memperolehi Ijazah B.A (Law) (Hons).

Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub memulakan kerjayanya pada tahun 1948 sebagai Pegawai Percubaan (kadet) Bumiputera Sarawak dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Majistret. Dari tahun 1959 hingga 1963, Tun dilantik sebagai Pegawai Perundangan Sarawak sebelum meletak jawatan dan berkecimpung secara aktif dalam politik. Pada tahun 1963, Tun diberi kepercayaan dengan dilantik sebagai Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan kemudiannya sebagai Menteri Muda Kehakiman pada tahun 1964. Pada tahun 1965, Tun memegang portfolio sebagai Menteri penuh Tanah dan Galian hingga tahun 1969 dan seterusnya sebagai Menteri Pelajaran Persekutuan dari tahun 1969 hingga 1970.

Pada tahun 1969, buat pertama kalinya Sarawak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum kebangsaan. Pada pilihan raya ini Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman dicalonkan oleh partinya, Parti Bumiputera, yang dibentuk melalui pencantuman Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) dan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk bertanding dalam Majlis Negeri dan kawasan Parlimen. Tun memenangi kerusi parlimen Payang dan kerusi majlis negeri Kuala Rajang. Pada 7 Julai 1970, Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak dan memegang jawatan tersebut selama 11 tahun sehingga tahun 1981. Tun kemudiannya dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, pada Ogos 1980. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman adalah tokoh utama dari Sarawak yang dipilih oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam usaha menyakinkan rakyat Sarawak, sekaligus mendapat sokongan padu rakyat negeri itu dalam pembentukan Malaysia. Beliau antara tokoh politik yang berjasa dan memainkan peranan penting di sebalik penubuhan Malaysia.

Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman juga merupakan seorang yang bergiat aktif dalam kegiatan keagamaan, antara penglibatan Tun ialah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Membaca Al-Quran selama 3 tahun (1968-1971). Yang-Dipertua BINA (Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak) dan tahun 1969 hingga 1986, Ahli Majlis Tertinggi RABITAH ALAM ISLAMI (Muslim World League, Makkah) dan anggota Muslim World Congress, Karachi Pakistan. Tokoh yang banyak berjasa kepada negara ini telah dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan darjah kebesaran antaranya, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S), Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P) dan Darjah Utama Bintang Paduka Seri Sarawak (D.P.S.S).

Demikian sajalah serba sedikit coretan mengenai negarawan terbilang ini. Dikesempatan ini kami dari KMS pages mengucapkan salam takziah kepada keluarga allyarham. Semoga roh allahyarham ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah...



Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 05:54 AM | Show all posts
Bendera Negeri Sarawak Akan Dikibar Separuh Tiang



PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak mengarahkan bendera negeri dan Persekutuan dikibarkan separuh tiang bagi menghormati kematian bekas Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub.

Ia dimaklumkan melalui kenyataan ringkas dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Menteri Sarawak sebentar tadi.

Difahamkan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas antara Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani malam tadi, selain turut diperkenankan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Kenyataan sama turut memaklumkan majlis pengebumian Allahyarham akan dilangsungkan dalam penuh istiadat negeri sebagai menghargai segala sumbangan dan jasanya kepada Sarawak dan negara.

"Jenazah Allahyarham akan dibawa dari kediamannya ke Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya untuk majlis penghormatan terakhir sebelum disembahyangkan.

"Bagi tetamu kenamaan, majlis memberikan penghormatan terakhir adalah dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, manakala orang awam dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari," katanya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan selepas solat Zuhur bersebelahan pusara isteri Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini.

Pada masa sama, semua acara rasmi negeri dibatalkan bagi menghormati kematian Allahyarham. - BH

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 10:35 AM | Show all posts


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub, mantan TYT Sarawak yang meninggal dunia di hospital pakar di sini malam tadi.

"Takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub, mantan TYT Sarawak. Jasa beliau kepada Sarawak amat besar. Moga roh dicucuri rahmat." kata Najib di laman Facebook beliau, hari ini.

Tun Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir di hospital pakar, Kuching kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Segala aturcara bagi Majlis Pengkebumian Allahyarham Tun Rahman akan diumumkan kemudian.

Allahyarham, adalah bapa kepada Ahli Parlimen Tanjong manis, Datuk Norah Tun Rahman.


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 04:50 PM | Show all posts
Majlis Pengkebumian Allahyarham Tun Rahman







Jenazah bekas Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sarawak dan juga bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakob selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham Tun Abdul Rahman disemadikan di sebelah pusara isterinya, Toh Puan Normah lebih kurang jam 2 petang tadi dan majlis bacaan tahlil dan talkin diketuai oleh Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Haji Jorgi Suhaili.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu bersama dif-dif kenamaan yang lain menghadiri majlis pengkebumian tersebut.

Majlis yang dilangsungkan dengan penuh penghormatan tertinggi untuk seorang pemimpin negeri ini telah dikawal-selia oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang masa.

Istiadat mengusung jenazah ke liang lahad di ketuai oleh Mejar Mohd Sharifuddin Ismail, Ketua Kompeni B Batallion 11 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) bersama lapan anggota ATM dan dua pegawai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Terdahulu, jenazah Allahyarham Tun Rahman telah dibawa dari rumah Allahyarham di Sri Bahagia No 8 Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya, Kuching ke Masjid Jameq, Kuching lebih kurang jam 10:30 pagi untuk disembahyangkan.

Di imamkan oleh Datuk Haji Jorgi, sembahyang Solat Jenazah tersebut juga telah disertai oleh TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Menteri Perlancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Yun Abang Haji Openg, Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Haji Daud Abdul Rahman,orang-orang kenamaan yang lain serta ahli keluarga terdekat Allahyarham dan ribuan orang awam.

Allahyarham Tun Rahman, 87, yang dilahirkan pada 3 Januari 1928 di Bintulu Sarawak meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam di sebuah hospital swasta di Petra Jaya, Kuching semalam.

Allahyarham Tun Rahman, yang telah memegang pelbagai portfolio di dalam kabinet kerajaan pusat berjaya membentuk kerajaan campuran dengan menyatukan Parti Bumiputera dan Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak selama 11 tahun bermula 1970 hingga 1981.

Allahyarham kemudiannya dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Ogos 1980.

Credit To : sarawakiana

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 04:56 PM | Show all posts
antara gambar2











Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 06:08 PM | Show all posts
DrMAZA.com added 2 new photos.
1 hr ·

Telah kembali pangkuan Allah insan yang saya amat kasihi, Tun Abd Rahman Yaakob, bekas Ketua Menteri dan juga Yang DiPertua Negeri Sarawak.
Insan yang dalam hidup banyak membantu dakwah dan bersemangat dakwah. Berusaha menyebarkan ilmu dan sunnah dengan kadar kemampuannya.
Dalam hayat beliau, hubungan kami amat baik bagaikan anak dan bapa. Beliau pernah datang ke rumah saya dan saya juga beberapa kali bertandang ke rumah beliau.
Beliau telah mewasiatkan agar jenazahnya diuruskan menurut sunnah Nabi s.a.w tanpa tokok tambah yang tidak diamalkan oleh Nabi s.a.w
Tiada upacara kebesaran peringkat negara, tiada kenduri arwah, tiada amalan-amalan lain yang tidak ajar oleh Nabi s.a.w.
Insan ini memilih untuk bertemu dengan Allah dengan cara NabiNYA s.a.w
Setiap kita berhak memilih jalan untuk dirinya dan itu antara dia dan Tuhannya. Ramai yang pandai berkata-kata dengan pelbagai alasan atas segala amalan yang diwujudkan kemudian, namun yang pasti jalan dan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w itulah yang paling selamat untuk kita bertemu Allah. Tiada teladan yang lebih baik dari baginda.
Dukacita saya masih berada di UK tidak dapat pulang menemuinya di saat akhir. Semoga Allah rahmati beliau dan masukkannya dalam kalangan mereka yang soleh.
Takziah untuk seluruh keluarga beliau.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2015 08:34 PM | Show all posts









Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 08:40 PM | Show all posts
Inalillah ... aruah mmg banyak berjasa dengan bumi Sarawak....

p/s .. tak tau pulok yang aruah ni dilahirkan kat Kpg jepak, Bintulu ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. sejuk je muka arwah ni masa masih hidup. Friendly face.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 05:17 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-1-2015 05:18 AM

bless you
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

semoga segala usaha beliau dalam pembangunan Islam dan Pendidikan diberkati.

a good man.

tengok berita tadi family arwah pakai all whites ...nampak tertib, nice.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.064030 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list