CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cats

Hak penjagaan sementara tiga anak diperoleh Rozana Misbun

[Copy link]
Post time 29-1-2015 04:35 PM | Show all posts
ellynorman replied at 29-1-2015 04:30 PM
kat rotikayap... rozana mintak lepas cara baik

Nikah kat Siam, dokumen pun pelesu, tak diregister
kat Jakim, camna nak tuntut cerai cara baik..............????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pasuoren replied at 29-1-2015 03:37 PM
tapi,
kalau rozana boleh buktikan yang lebam di mukanya dipukul oleh awie..
maka...masak la sawi ...

Lawan la diorg slagi boleh. Weols tgok smbil makan popcorn sajek lah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 08:15 AM | Show all posts
de_ikea replied at 29-1-2015 04:53 PM
Lawan la diorg slagi boleh. Weols tgok smbil makan popcorn sajek lah.

Hasrat Awie Tuntut RM1 Juta Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah
Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 5:32 AM



Awie gagal tuntutannya terhadap Rozana.

KUALA LUMPUR: Hasrat penyanyi Awie untuk menuntut RM1 juta daripada isterinya, Rozana Misbun gagal apabila permohonannya untuk mengenepikan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga anak mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin.

Bukan sahaja gagal mendapat wang berkenaan malah keinginan Awie untuk mendapatkan semula hak jagaan sementara ketiga-tiga anak itu yang diperoleh Rozana sebelum ini turut gagal.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selaku pemohon dalam tuntutannya mahu pihak responden iaitu Rozana menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta tidak benar dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.

Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini iaitu Muhammad Fathi Saleh.

Terdahulu, Rozana, 36, mendapat hak penjagaan sementara anak-anak mereka pada 27 Januari lalu sebelum Awie memfailkan interlokutori untuk mengenepikan perintah ex-parte pada 12 Februari lalu.

Anak-anak berkenaan adalah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.



Rozana berkongsi hari jadinya bersama Qaseh.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Penyataan afidavit dikemukakan oleh Rozana menerusi peguam syarie, Jamal Mohd Lokman Sulaiman.

Sementara itu, Rozana ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan keputusan mahkamah mengekalkan hak penjagaan anak-anak mereka kepadanya.

Bagaimanapun dia agak terkilan apabila Awie engkar arahan mahkamah kerana anak sulungnya, Putra Ahmad Merrah yang berusia lapan tahun masih dalam jagaan penyanyi itu dan tidak diserahkan kepada Rozana. Namun dia berharap dapat disatukan semula.

"Alhamdulillah sahaja yang mampu saya ucapkan ketika ini apabila mahkamah mengekalkan hak penjagaan sementara itu kepada saya.

"Saya yang melahirkan mereka dan tiada kata dapat digambarkan perasaan saya biarpun Merrah tidak bersama saya," katanya.

Tambah Rozana, dia turut kecewa dengan sikap suaminya itu yang sedikit pun tidak berusaha untuk mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut undang-undang negara ini.

Dalam perkembangan sama, Rozana berkata, keputusan itu akan terus kekal sehingga perbicaraan dan keputusan berhubung hak penjagaan kekal anak-anak mereka didengar pada 5 Mei depan.

Sementara itu Rozana berkata, keputusan mahkamah yang berpihak kepadanya itu adalah hadiah cukup bermakna kepada dia yang berkongsi hari jadi anaknya, Puteri Qasseh Antasha yang diraikan pada Ahad lalu.

Majlis hari jadi berkenaan dilakukan secara sederhana dengan dihadiri ahli keluarga sahaja.

Awie dan Rozana berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 08:22 AM | Show all posts
Edited by Syd at 21-4-2015 08:27 AM
pasuoren replied at 28-1-2015 04:30 PM
rozana pasang peguam...
sampai masa acik sawie tutup mulut..
kalau tak...asyik dia aje yang buat s ...



Rozana Misbun diiringi peguambela Nor Azmi Mohd Arif (kiri) dan Jamal Mohd Lokman Sulaiman






Mohammad Asri (far right) and his lawyers, Kamar Ainiah Kamaruszaman and Jamal Mohd Lokman Sulaiman






Barisan Peguam Yang Mewakili Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dari kiri Kamar Ainiah Kamaruzzaman,Dr Asri, Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Jamal Mohd. Lokman Sulaiman. Foto THE STAR Oleh: SHAARI CHE MAT





Raisuddin Hamzah (kanan) bersama Siti Fatimah Suberi dan Nor Azmi Mohd Arif di Mahkamah



loyar power...

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 08:25 AM | Show all posts
Syd replied at 21-4-2015 08:15 AM
Hasrat Awie Tuntut RM1 Juta Terhadap Isteri Ditolak MahkamahDiterbitkan: Selasa, 21 April 2015 5:3 ...

lawa pulak si rozana ni kalo tak mekap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 08:48 AM | Show all posts
kaya rozana pakai loyer power mcm neh...

baru lah padan muker awie..

rozana pun padan muker... tak gah mana pon umah tangga ko ngan awie.. yg dok gigih nikah kat siam dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2015 08:51 AM | Show all posts
skymania replied at 21-4-2015 08:48 AM
kaya rozana pakai loyer power mcm neh...

baru lah padan muker awie..

kawen kat siam, mmg mcm2 ada nyahh

tengok jahh  apa yang jadik kat anak nama Hang Tuah tuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:20 AM | Show all posts
powernye lawyer rozana..kalau org mintk kije ni ala2 ade kabel beso la nih..hehehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 09:25 AM | Show all posts


Kesan botox ke kena tumbuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:33 AM | Show all posts

botok nye sampai ke telinga ye?

apa agaknye dia nak buat kat telinga dia?

telinga mcm Mr. Spock?


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 10:35 AM | Show all posts

ROCKERS menangis??? Tak Jerangkung Dalam Almari betul la Sawie nih....wahahahaaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 10:51 AM | Show all posts
Syd replied at 21-4-2015 08:22 AM
Rozana Misbun diiringi peguambela Nor Azmi Mohd Arif (kiri) dan Jamal Mohd Lokman Sulaiman[/ba ...

bertemu buku ngan ruas le sawie...
baru la iols tau yang sawie ni tak la rock sado maneee..

to rozana..
selayaknya...


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dagu Rozana ni obvious suntik...neway awie n rozana tambah lawa i tengok..mungkin kerana dah slim..
Neway i hope derang dapat berbaik demi anak2..cerai cara baik juga..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 04:49 PM | Show all posts
ira_229 replied at 28-1-2015 03:46 PM
dulu awie kenakan bekas isteri arni cukup2 sampaikan kutuk dah makeup mahal pun masih tak lawa.. h ...

bagi ak arnie tu cukup lawo dari si rozana bdn sasa serupa dia. . bodoh awie tu . . jantan paling dayus. . Tuhan bayar cash amik kau !
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 04:50 PM | Show all posts
arnie dulu kena sepak terajang mcm neh laa kot
just gambo jer tak tersebar


ingat lagi time tuh, arnie di gelar punching bag

tak padan ngan kaki katik, si sawie

nak menerajang orang jahh
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 04:53 PM | Show all posts
bosan btol kesah 2 ekor ni

selayaknya la ....dulu bercenta x hengat..skang bercakar x hengat..

arni jgk yg bahagia,,,,dpt baby baru lgi....k bye

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 04:54 PM | Show all posts
Syd replied at 21-4-2015 04:50 PM
arnie dulu kena sepak terajang mcm neh laa kot
just gambo jer tak tersebar

aku mmg x gemor si sawie neh....gengster sgt....

mana kelab dia kt ipoh tu...dh bengkrap ker?? bisnes x berkat camtu la..x kekal....

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rase cam haliza main peranan jugak..so pas ni tak leh la awie nak berdrama die mangse sambil kuar crite buruk2 pasal rozana lagi ye...
Nasib ko la
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 07:21 PM | Show all posts
Edited by munchkin at 21-4-2015 07:49 PM

lain betul muka rozana. cantik macam kakak kakak je (gambar harijadi).
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 07:39 PM | Show all posts
Nor Azmi Mohd Arif dari firm mana ye? cari cari tak jumpa dalam list peguam syarie?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.067900 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list