CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cats

Hak penjagaan sementara tiga anak diperoleh Rozana Misbun

[Copy link]
Post time 22-4-2015 11:47 PM | Show all posts
shida81 replied at 22-4-2015 11:35 PM
iols keliru skit di sini....dr cerita yg digembar gemburkan.. awie teraniaya... tp knp dia x dpt hak ...

sebab theols kawen tak daftar kawen kat mesia..
menda tah aku baca dulu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 01:40 PM | Show all posts

"Awie Sering Kali Elak Terima Surat Saman" - Isteri
Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 12:36 PM

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my

Rozana memberitahu perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan anak kekal terhadap tiga anaknya bersama Awie akan disebut pada 28 Ogos depan.

KUALA LUMPUR: Hasrat Rozana Misbun iaitu isteri kepada vokalis Wings, Awie untuk menyelesaikan untutan Hadhanah (hak penjagaan kekal) terhadap tiga anak mereka menemui jalan buntu apabila penyanyi itu cuba mengelak daripada menerima surat saman yang dikeluarkan kepadanya.

Rozana, 36, berkata, dia menerusi peguamnya beberapa kali cuba menyerahkan dokumen berkenaan namun gagal apabila Awie melakukan pelbagai helah untuk tidak menerima dokumen itu.

"Saya dan peguam pernah pergi ke rumahnya untuk menghantar surat berkenaan tetapi tiada siapa di rumah. Wakil saya juga pergi ke Istana Budaya semasa dia ada latihan tetapi dihalang berjumpa dengannya.

"Saya juga tidak pasti mengapa dia enggan menerima surat saman berkenaan kerana tarikh sebutan pada hari ini (Selasa) sudah diketahuinya," kata Rozana kepada mStar Online.

Rozana ditemui selepas sebutan kes berkenaan yang hanya diadakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini iaitu Nor Faiz Afsal Abu Bakar.

Awie tidak hadir pada sebutan kes tuntutan hak penjagaan kekal terhadap anak-anaknya pada Selasa.

Awie bagaimanapun tidak hadir pada sebutan kes tersebut manakala Rozana tampil bersama peguamnya, Jamal Mohd Lokman Sulaiman.

Dalam pada itu, Rozana memberitahu, Nor Faiz menangguhkan kes berkenaan pada 28 Ogos depan dan meminta pihaknya untuk mencuba sekali lagi menghantar surat saman berkenaan kepada Awie.

Sekiranya gagal, perbicaraan kes berkenaan akan diteruskan tanpa kehadiran Awie.

Terdahulu, Rozana, mendapat hak penjagaan sementara anak-anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 sehingga keputusan hak penjagaan kekal diputuskan mahkamah.

Awie dan Rozana berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 02:38 PM | Show all posts
masa kahwen bukan main rehsia sgt...
ni x bercerai pun lagi, kes berebut anak kecoh

dulu lautan api sanggup direnangi, sungai golok sanggup diredahi..
skang? sindiri mau hengat
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 05:38 PM | Show all posts
Dah agak dah yg perkara mcm ni akan berlaku masa mereka baru kahwin dulu. Sbb tu jgn ambik hak org
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 05:49 PM | Show all posts
kompius... bukan ke nampak anak rapat dengan Awie
undang-undang selalunya mmg bagi kat emak lagi2 bila si ayah terbukti kaki tampar  ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg dh sah cerai ker?tuntut hak penjagaan ank kekal lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2015 12:05 AM | Show all posts
bini perangai macam rozana nih memang selayaknya di tampor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.054549 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list