CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13342|Reply: 146

[Tempatan] Dr. Mahathir Bawa Kereta Mencecah 150km Sejam – Jokowi

[Copy link]
Post time 7-2-2015 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ronin at 7-2-2015 03:47 PM

He...he....boleh caya ker?


Kuala Lumpur – Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi melahirkan keterujaannya terhadap pemanduan Pengerusi Eksekutif Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau berkunjung ke Proton sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Dalam kunjungan pertamanya ke negara ini, Jokowi menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Proton dan PT Adiperkasa Lestari. Menerusi MoU itu, Proton bakal membantu Indonesia dalam menghasilkan kereta nasional milik republik itu.
Jokowi juga dibawa melawat ke sekitar kawasan kilang Proton di mana selain diberi taklimat, beliau melihat sendiri kehebatan teknologi R&D serta kepakaran syarikat pengeluar kereta tempatan yang menjadi kebanggaan Malaysia.
Paling menarik apabila Jokowi merasai pengalaman manaiki salah sebuag kereta terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz yang dipandu sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Proton yang juga mantan Perdana Menteri Tun Mahathir di litar pandu uji Proton.
Selesai sesi pandu uji, Presiden Indonesia itu memberikan reaksi positif tentang kehebatan model terbaharu Proton malah berkongsi keterujaan beliau terhadap pemanduan Dr. Mahathir yang dikhabarkan memandu pada kelajuan 150km/j.
“Kalau di Indonesia, kelajuan yang paling tinggi saya pandu hanyalah 60km/j tetapi Dr. Mahathir bawa mencecah 150km/j dan usia beliau sudah mencapai 90 tahun!” kata Jokowi kepada beberapa delegasi yang hadir.
Presiden Indonesia itu turut memuji Iriz: “Iriz adalah sebuah kenderaan yang hebat, walaupun lelajuan mencecah 150km/j, namun pemanduannya sangat lancar dan stabil tanpa sedikit pun gegaran yang terasa dan inilah antara teknologi Proton yang mahu dipelajari oleh Jakarta.”
Dr. Mahathir menjelaskan setiap model kereta Proton kini dipandu uji sendiri oleh beliau bagi memastikan kualiti jentera kebanggan negara itu.
Dalam sidang media yang berasingan pula, bekas Perdana Menteri memberitahu, Proton akan membantu Indonesia melalui PT Adiperkasa Citra Lestari dalam mengikuti jejak langkah Proton yang kini mempunyai kepakaran dan teknologi 100 peratus buatan tempatan.
Ditanya adakah Proton sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, Dr. Mahathir sambil berseloroh menjawab: “Dulu kita bayi, sekarang kita sudah dewasa!”

http://www.suara.tv/2015/02/07/dr-mahathir-bawa-kereta-mencecah-150km-sejam-jokowi/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah, kene beli iriz ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:03 PM | Show all posts
nk bunoh obama indon neh ker???
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:04 PM | Show all posts
amboi, Tun yang dah 90 tahun ni boleh drag gak...respect.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:05 PM | Show all posts

Che Det ... international leader recognize his value, credibility and leadership ... tapi orang Malaysia????

my respect to Che Det dulu ... kini dan selama lamanya ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:11 PM | Show all posts
patut la punye ramai mat rempit meleis syumul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2015 02:15 PM | Show all posts
Promosi percuma untuk Iriz....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:17 PM | Show all posts
jejak langkah Proton yang kini mempunyai kepakaran dan teknologi 100 peratus buatan tempatan.


belum 100% lagi, cuma 75% aje. Transmission masih belum reti buat lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 02:21 PM | Show all posts
woww mahathir merempit...melepasi had laju lebuhraya, so PDRM saman la
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn nati indon kata kita tiru dia wat keta plak bl dh pndai wat keta
:zz
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:23 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 7-2-2015 02:21 PM
woww mahathir merempit...melepasi had laju lebuhraya, so PDRM saman la
Paling menarik apabila Jokowi merasai pengalaman manaiki salah sebuag kereta terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz yang dipandu sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Proton yang juga mantan Perdana Menteri Tun Mahathir di litar pandu uji Proton.


Nak saman ape nyer. Kalu dia pandu 200kmj pun tak kena sama punya.


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:26 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 7-2-2015 02:23 PM
Nak saman ape nyer. Kalu dia pandu 200kmj pun tak kena sama punya.

ya ka..baca tajuk je
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:28 PM | Show all posts
kat litar la.. normal la bawak laju2..

abis nk bawa 35km/jam ke?

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:33 PM | Show all posts
bawak laju2 kat track pun bahalol2 nak suruh saman...

tarak sekolah betul la...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:36 PM | Show all posts
tt pun silap ni tak bagitau Tun rempit kat highway ka kat track proton ka..??




Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:37 PM | Show all posts
Bawak lelaju ...satu pic or video pun takda ka ...? Bodyguard lagi yg dok ligan kt belakang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 02:41 PM | Show all posts
MissNigga replied at 7-2-2015 02:05 PM
Che Det ... international leader recognize his value, credibility and leadership ... tapi orang Ma ...

x ganas langsung Jokowi punya broke the protocol...
angle yg x gah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 7-2-2015 02:26 PM
ya ka..baca tajuk je

ko ni .. asal johor je
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 03:04 PM | Show all posts
peYno replied at 7-2-2015 02:49 PM
ko ni .. asal johor je

adeiiii...hihihi..
serius malas baca panjang2.baca tajuk je..

ada sekor botak tu nak kata kat saya tapi xberani tag..
baling batu sembunyi tangan
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 03:13 PM | Show all posts
lordvoldemort replied at 7-2-2015 02:41 PM
x ganas langsung Jokowi punya broke the protocol...
angle yg x gah

what is ur expectation to be so called 'gah' upon breaking the protocol rules... ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 7276 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.190472 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list