CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3127|Reply: 2

2015 Toyota Camry Berwajah Baru Dilancarkan Di Thailand

[Copy link]
Post time 16-3-2015 10:06 AM | Show all posts |Read mode

2015 Toyota Camry Facelift sudahpun dilancarkan di Thailand dan menampakkan beberapa perubahan dari segi luarannya yang menampakkan reka bentuk gril hadapan yang luas sejajar dengan reka bentuk yang lebih moden.
Di samping itu juga, perubahan besar yang dilihatkan pada model 2015 Toyota Camry ini ialah penukaran enjin dan juga kotak gear baru yang lebih efisyen.
Model yang ditawarkan di Thailand kini merangkumi 6 varian iaitu 2.0G, 2.5G, 2.5HV CD, 2.5HV Navigator, 2.5HV Premium dan juga satu model khas bagi pasaran Thailand iaitu 2.0G Extremo.
Perubahan terbesar yang dilihat bagi model 2015 Toyota Camry ini diberikan kepada model 2.0G dan 2.0G Extremo yang menggunakan nadi terbaru iaitu gabungan enjin 2.0-liter VVT-iW & D-4S yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan bagi menggantikan transmisi 4-kelajuan yang digunakan pada model sebelum ini.
Enjin tersebut mampu menghemburkan sehingga 164HP dan 199Nm tork dan padanan dengan transmisi automatik 6-kelajuan terbaru ini mampu memberikan peningkatan penjimatan bahan api sehingga 13 peratus. Varian lain pula masih mengekalkan nadi yang digunakan pada model sebelum ini.
Bahagian luaran model 2015 Toyota Camry ini didatangkan dengan lebih kemasan krum bagi memberikan penggayaan yang lebih eksekutif terhadap model tersebut. Varian hybrid yang ditawarkan pula menggunakan reka bentuk gril hadapan yang berbeza berbanding model JDM bagi memberikan perbezaan dengan model Camry Hybrid di Jepun.



kredit:www.arenakereta.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 06:44 PM | Show all posts
cantik juga
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 06:44 PM | Show all posts
tak nampak mcm kereta "uncle" dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069358 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list