CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10866|Reply: 78

i need ur opinion please!!

[Copy link]
Post time 9-4-2015 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Juz nk tnye mcm mne nk bgthu pd ank yg die ank wedlock aka bin abdullah..mcm mne ye?tlg sgt2..xthu mcm mne nk jelaskn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur anak berapa?
Did u still in touch with the father?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 09:38 PM | Show all posts
Umo ank 5 thun.boy...fathernye dh jd hasben i pn..so now just nk explain kt die knape die bin abdullah..ade idea x bel?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:29 PM | Show all posts
Edited by obelisk at 9-4-2015 10:33 PM


ANAK YANG LAHIR DARI PERKAHWINAN YANG KURANG DARIPADA ENAM BULAN?

Soalan: Bolehkah demi menyembunyi keaiban lepas agar tidak diketahui oleh anak, ibubapa yang berkawin selepas perzinaan menasabkan anak hasil perzinaan mereka kepada bapa zinanya?

Jawapan: Oleh kerana masalah ini pernah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis semasa saya menjadi Mufti Kerajaan Perlis kali pertama (2006-2008), maka di sini dilampirkan keputusan tersebut;
MENASABKAN ANAK KEPADA SUAMI IBU SEKALIPUN PERKAHWINAN KURANG DARIPADA ENAM BULAN
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis SS Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”
Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud Fatwa:
Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya.

Senario:
Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut.
Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat.

Antara Asas Alasan:

Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.:
الوَلَدُ لِلْفِرَاشِ
“Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.

Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Perhatian: Keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Kebaikan Fatwa Ini:
i. Menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.
ii. Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan.
iii. Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.


Kesannya:
Pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah.
Yang Benar,

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:31 PM | Show all posts
kesian anak tak bersalah tanggung aib seumur hidup padahal bukan dia yang berbuat dosa tersebut... nasihat aku takyah la bin kan Abdullah... ikut fatwa perlis tu bin kan saja dengan nama bapak dia sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmmm...dia sure x phm lg ttg out of wedlock tu...karang x pasal2 pegi explain kat org yg bertanya nnt.

Dia mmg ada bertanya regarding this ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2015 11:00 PM | Show all posts
ada kawan aku ni adik dia tiada bin atau binti, cuma nama dia, lepas tu sambung nama ayah dia. adik dia ni anak luar nikah, mak ayah kandung dia xmau jaga/ xberkemampuan nk jaga (xtau mana satu, yg pasti mak ayah adik dia ni bagi family dia utk jaga anak dia). cuba tanya yg pakar cara apa terbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 01:06 AM | Show all posts
obelisk replied at 9-4-2015 10:29 PM
ANAK YANG LAHIR DARI PERKAHWINAN YANG KURANG DARIPADA ENAM BULAN?

Soalan: Bolehkah demi menyemb ...

Actually xbleh..sbb sy kawin dgn hasben pn time umo 6 bln..family pn xthu sy dh ade ank..ank pn dh pndai merangkak time tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2015 01:08 AM | Show all posts
beldandy replied at 9-4-2015 10:55 PM
Hurmmmm...dia sure x phm lg ttg out of wedlock tu...karang x pasal2 pegi explain kat org yg bertanya ...

Mmg ade..sbb cikgu kt skolah pggil name penuh kn..so budak2 kn..die tertanya-tanyala why nm lain..atuk dgn nenek die pggil ayah die nme lain..jenuh nk menjawab...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 01:10 AM | Show all posts
LipasComel replied at 9-4-2015 11:00 PM
ada kawan aku ni adik dia tiada bin atau binti, cuma nama dia, lepas tu sambung nama ayah dia. adik  ...

Allahu..sy nk berpisah dgn ank pn xsggup..kdg2 sy bersyukur sgt2..sbb sy dpt suami yg baik..penyabar..dr mula prgnant smpai bersalin die jg..n till now..ank yg first ni die syg sgt2..nk jentik pn ssh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 03:38 AM | Show all posts
cakap..bapak tuka nama
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 04:59 AM | Show all posts
Edited by chazey at 10-4-2015 05:06 AM
tengku91 replied at 10-4-2015 01:06 AM
Actually xbleh..sbb sy kawin dgn hasben pn time umo 6 bln..family pn xthu sy dh ade ank..ank pn dh ...

**edited - tadi tak faham now faham*
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 05:10 AM | Show all posts
tengku91 replied at 10-4-2015 01:08 AM
Mmg ade..sbb cikgu kt skolah pggil name penuh kn..so budak2 kn..die tertanya-tanyala why nm lain.. ...

Cakap saja pada dia seolah dia orang dewasa.

Besar nanti dia faham la tu.

Kawan aku dibuat gini lah oleh mak pak dia - bedanya masa itu dia sekolah rendah, around 9 ka 10 tahun kata dia.

Yang penting jangan biar dia dengar/tahu dari orang lain. Kezen aku tahu dia anak angkat masa umur dia 9 tahun dari mulut jahat orang - sekarang sudah 24 pun masih rebel.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:49 AM | Show all posts
chazey replied at 10-4-2015 05:10 AM
Cakap saja pada dia seolah dia orang dewasa.

Besar nanti dia faham la tu.

chazey, anak tt ni kecit sgt lagi, 5 thn gitu kan
karang kawan tanya dia pi jawab, mama aku ckp aku anak luar nikah....
dah satu hal aib mak bapak terbukak plak
tp kalo umur dlm 9 ke 10 thn tu dah besar skit dah boleh faham kut
entah eh...ni antara benda2 rumit yg kena hati2 sgt nak jawab kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:57 AM | Show all posts
tengku91 replied at 10-4-2015 01:08 AM
Mmg ade..sbb cikgu kt skolah pggil name penuh kn..so budak2 kn..die tertanya-tanyala why nm lain.. ...

mungkin kan...masa umur dia masih x berapa nk faham ni u boleh jawab mcm org dulu2 mmg banyak nama panggilan
tukar2 nama sbb tak sesuai
tapi the moment dia sudah pandai faham dan boleh ikut arahan, let say mcm chazey ckp around 9 yrs old gitu, u mesti explain benda ni kat dia n bgtau dia itu adalah rahsia keluarga dan rahsia keluarga kita x boleh cerita kat sesiapa pun...hanya kita je yg patut tahu ttg tu. then u bertiga kena discuss la apa dia nk jawab if org tanya...masa tu dia akan rasa family x belakangkan dia dlm membuat sst keputusan.

my 1 cent!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 10:01 AM | Show all posts
beldandy replied at 10-4-2015 08:49 AM
chazey, anak tt ni kecit sgt lagi, 5 thn gitu kan
karang kawan tanya dia pi jawab, mama aku ckp a ...

bel...idak le begitu berterus terang "anak luar nikah " gitu...tapi mamanya kene eksepelin bebetul ngan penuh kasih sayang.....me suka analogi anak kucing tepi jalan....amik,bela,sayang(kalu dia suka kucin kalu tak patung barbie ke/keta kontrol ke...mende yg dia suka/sayang).....walopon lain rupa/nama cam analogi tuh.... ckp dia mmg anak mama,kuar dr rahim mama cuma ada sebab undang2 kene bin/binti abdullah walopon camtu sayang mama pada anak tu sepenuh hati cam sayang tuan pada kucing(kalu ikut analogo larrr)...ckp ngan anak tu bukan sbb NAMA,bukan sebab rupa,bukan sbb mainan / baju cantik cumanya sebab ......dia anak mama....biar la org ckp nama lain ke, hape ke dia tetap anak mamanya....

mmg tak menjawab soklan dia tapi perlencongan camtu tak dianggap tipu khennnnn...








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 10:48 AM | Show all posts
yup boleh ikut cadangan bel tu kut.. yang kata nama ayah die tak sesuai masa kecik kecik dulu. asyik nangis je. baru 5 tahun kan. dah besar sket baru citer benda sebnrnye. anak tt laki ke pompuan ek..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 11:59 AM | Show all posts
juita replied at 10-4-2015 10:01 AM
bel...idak le begitu berterus terang "anak luar nikah " gitu...tapi mamanya kene eksepelin bebetul ...

ye paham pahamtakkan kita nk sebut anak luar nikah kan..
bagus juga di lencongkan begitu
tp kalo dapat anak bijak pandai.soklan demi soklan di tanya nnt....jenuh jugak huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
beldandy replied at 10-4-2015 08:49 AM
chazey, anak tt ni kecit sgt lagi, 5 thn gitu kan
karang kawan tanya dia pi jawab, mama aku ckp a ...

Dia dah pandai tanya tu, rasanya dah boleh selow talk ngan dia. Takyah explain panjang lebar boleh kot. Atau just cakap "nanti adik dah besar mama explain - sekarang masanya belum sesuai".

Kalau aku, aku tak galakkan menpu. Budak kecik akan ingat sampai bila2 kalau ditipu.

Aku just berpendapat 20 tahun dari sekarang benda ni takkan jadi isu besar dah. So chill lah TT, tak perlu risau sangat penerimaan anak tu bila dah dewasa nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:19 PM | Show all posts
juita replied at 10-4-2015 10:01 AM
bel...idak le begitu berterus terang "anak luar nikah " gitu...tapi mamanya kene eksepelin bebetul ...

A ha, penerangan sebegini la maksud aku.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.651795 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list