CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2251|Reply: 5

[Tempatan] Angkara Drebar Kaki Syabu

[Copy link]
Post time 22-4-2015 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 8.5 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat Bandar Baru Uda di sini, sehingga menyebabkan papan tanda arah tumbang dan berlaku kesesakan jalan teruk pagi semalam, disahkan positif syabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi, lelaki berusia 27 tahun yang turut cedera ringan itu didapati gagal mengawal treler yang dipandunya sehingga merempuh tiang papan tanda arah di tengah pembahagi jalan menyebabkan ia tumbang di kedua-dua arah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Beh Eng Lai berkata, pemandu yang berasal dari Air Hitam dan menetap di Skudai Kiri, di sini, sudah ditahan bagi membantu siasatan.


“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan melulu atau membahayakan.

“Dia yang mempunyai lesen memandu yang sah bagaimanapun disahkan positif syabu menerusi ujian saringan awal air kencing dan esok (hari ini) polis akan mendapatkan perintah reman daripada mahkamah,” katanya.








      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 8:01 AM   
«         »
                     
KEADAAN treler terbalik selepas rempuh tiang papan tanda arah, semalam.




               
KEADAAN treler terbalik selepas rempuh tiang papan tanda arah, semalam.







           




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45465#sthash.CrHNkyHM.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 05:47 PM | Show all posts
hoohoo.. memang jam teruk smlm.. kesian org nk gi keje stuck dlm jam berjam-jam..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 05:51 PM | Show all posts
jalan menghala ke pusat bandaraya... mmg lambat ar nk ke mana2
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejauh 15km tu jem... Nasib baik xde yg meninggal psl mangkuk ayun ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 07:36 PM | Show all posts
majoriti drebar lori trailer ni memang kaki cautut

kalau tak pekena syabu, mana boleh tahan drive malam2 dari perlis ke JB

aku tau la

waktu aku ambik stok dulu, dorang ni la ramai yang jadi runner

pernah beberapa kali cautut dengan abang drebar ni

dorang ni kaki pelacur

lepas drive jauh2, pegi pusat urut

setiap kali trip camtu

bukan semua, tapi majoriti
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 07:54 PM | Show all posts
kemaruk replied at 23-4-2015 07:36 PM
majoriti drebar lori trailer ni memang kaki cautut

kalau tak pekena syabu, mana boleh tahan drive ...

Hang ni kemaruk...cuba berkawan dgn orang berjenis sikit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.938951 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list