CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10201|Reply: 69

[EDISI MENYINGKIR MACAM AKADEMI FANTASIA] Ronnie Dilarang Nyanyi Lagu Hyper Act

[Copy link]
Post time 11-5-2015 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by azrinaziz at 11-5-2015 10:13 AM

Apabila anggota Hyper Act, Toi memaklumkan penyanyi utama kumpulan itu, Ronnie disingkir secara rasmi melalui temuramah dengan radio baru-baru ini, ia langsung tidak mengejutkan rakan media mahupun peminat kumpulan itu.

Pertelingkahan antara anggota Hyper Act dan Ronnie sebenarnya bukan isu baru, malah perselisihan faham yang timbul antara mereka pernah Cik Pang kongsi dengan pembaca melalui ruangan ini.

Bagaimanapun, apabila ditanya kemungkinan Hyper Act berpecah atau Ronnie meninggalkan Hyper Act sebelum ini, masing-masing cuba mengelak mengulas lanjut dengan harapan masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan cara baik.
Nampaknya apa yang diharapkan tidak berlaku apabila berlaku tuduh menuduh. Anggota Hyper Act mendakwa Ronnie sering mengadakan persembahan secara solo, sementar Hyper Act dalam diam menggunakan khidmat penyanyi undangan.
Apa yang akan berlaku selepas Ronnie disingkir? Dalam ke­nyataan diberi, Toi menegaskan, Hyper Act akan menampilkan penyanyi undangan dan Ronnie tidak dibenar menyanyikan lagi lagu kumpulan itu.

Mendengar kenyataan itu, ada pihak menyampaikan kepada Cik Pang, Ronnie benar-benar berkecil hati dengan kenyataan itu kerana sebahagian modal menghasilkan album sulung Hyper Act datangnya dari dirinya.

Kalau benar puncanya disebabkan Ronnie menyanyi solo, habis bagaimana pula dengan Toi yang juga sebelum ini turut menerima tawaran mengadakan persembahan secara solo.

Soal bayaran nyanyian yang diserahkan kepada syarikat ditubuhkan Hyper Act, takkan kalau setakat menyanyi bayaran RM500 nak kena bayar jugak.
Bagi Cik Pang, dalam hal ini kedua-dua pihak harus pandang ke depan. Tidak perlu lagi tuduh-menuduh dan ungkit-mengungkit.

Cik Pang percaya Ronnie boleh pergi jauh apabila bergerak solo. Sebelum ini pun, Ronnie ba­nyak juga menyanyi tampil duet dengan beberapa artis dan kumpulan popular. Jadi masih ada pilihan lagu untuk dinyanyikan selepas ini. Sementara menanti lagu solo disiarkan dan diputarkan di radio.

Sumber: Hari-Hari Mau Troll




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 10:11 AM | Show all posts
kau nyanyi je balik lagu bintang kehidupan tu ronnie
suara kau gila bapak sedap
tak pun sila ikut jejak langkah Roy dan Bob
Ambik kontrak nyanyi lagu patriotik bagai
Dari bagi koir Lim Kok Wing yang suara xsedap tu nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:15 AM | Show all posts
pulak dah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:20 AM | Show all posts
takpe..dia nyanyi solo pun ok..
suara dia best ape..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:27 AM | Show all posts
Semoga berjaya je la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:29 AM | Show all posts
takpe fokus jadi cegu ceria popstar dulu, biar dikenali sebagai Ronnie... esok-esok marhaen kenal lettew suara pun ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2015 10:31 AM | Show all posts
dah macam kes Aweera ngan MOJO lak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:49 AM | Show all posts
Hyper Act ni mungkin ikut apa yang MOJO buat. dia larang Aweera dari menyanyikan semula lagu-lagu kumpulan MOJO. apa-apa pun semoga dua-dua belah pihak berjayalah dengan keputusan masing-masing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara Ronnie sedap didengar...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:09 AM | Show all posts
semoga berdamai lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:49 AM | Show all posts
ala ronnie apa kata kau teruskan je usaha nak collaborate dengan band audionauts dari singapore tu. audionauts pun dah banyak kali menang award. dengan sore kau yg sedap tu mana lah tau boleh boom nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:01 PM | Show all posts
org minat dgr lagu hyper act ni pn sbb suara ronnie jah..abih kalau ronnie xde nak pakai suara sape? suara toi??? puii
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:02 PM | Show all posts
pada aku suara ronnie antara suara pnyanyi laki paling merdu kat msia ni..sedap didengar
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:12 PM | Show all posts
sapa nak nyanyi Hanya Aku lps ni
walaupun rupa tak ada, suara dia bapak sedap....merdu giler
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 11-5-2015 12:01 PM
org minat dgr lagu hyper act ni pn sbb suara ronnie jah..abih kalau ronnie xde nak pakai suara sape? ...

Toi tu kalau hyper act tgh perform kadang2 dah mcm lebih sudu dari kuah. Ronnie yg nyanyi sedap tu rilex2 je atas pentas.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:29 PM | Show all posts
albob90 replied at 11-5-2015 12:25 PM
Toi tu kalau hyper act tgh perform kadang2 dah mcm lebih sudu dari kuah. Ronnie yg nyanyi sedap tu ...

kene la amek kesempatan nak overshadow noks..kalau si toi tu perform sorg2 xde sape nak pandang pn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 12:32 PM | Show all posts
tp ronnie ni xleh gerak solo... mcm x laku jah... dia tu dah berapa lama dlm industri ni... termasuklah penah join one in a million... tomok jugak yg menang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:34 PM | Show all posts
antara benda biasa dalam group, edisi singkir menyingkir.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:53 PM | Show all posts
mcm2 mcm hal.. bincang baek2 kan bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Solo pon xpa...sora dh mmg best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.081763 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list