CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1884|Reply: 2

[Tempatan] PBT Menanggung GST: Satu Langkah Yang Penuh Kebodohan

[Copy link]
Post time 26-5-2015 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Copy dari twitter GSTmalaysianinfo, nie twitt KPDNKK atau Kastam? Penerangan yang logik tapi bongkak, cadangan untuk mansuhkan ni bukan di buat oleh Sultan Johor ker? Agak-agak ada berani ka tegur..

http://gstmalaysiainfo.com/pbt-m ... ng-penuh-kebodohan/

PBT Menanggung GST: Satu Langkah Yang Penuh Kebodohan

Posted on May 26, 2015 in Bahasa, General


Menjelang pelaksanaan GST dan juga selepasnya, terdapat sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengambil keputusan untuk menanggung bayaran GST yang dikenakan ke atas beberapa perkhidmatan di luar skop tugas-tugas kawalan dan penguatkuasaan. Contoh-contoh perkhidmatan ini adalah seperti menyewa ruang kepada penjaja, gerai peniaga di pasar, tempat letak kereta, dewan komuniti dan sukan, papan tanda iklan dan lain-lain kemudahan. Perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini dianggap sebagai ‘bekalan perniagaan’  di bawah Akta GST, tanpa mengira sama ada sewa yang dikenakan adalah kecil dan tidak membawa keuntungan kepada PBT ataupun sewa yang mengikut kadar pasaran. Sekiranya ia adalah bekalan perniagaan, maka PBT mestilah mengenakan dan mengutip GST bagi perkhidmatan tersebut.

Adalah satu langkah yang amat bodoh bagi PBT-PBT ini menanggung GST yang sepatutnya dibayar oleh pelanggan-pelanggan mereka. PBT-PBT tersebut seolah-olah telah dirasuk dan terikut-ikut dengan retorik anti-GST oleh sesetengah puak yang kononnya berjuang untuk rakyat hinggakan PBT-PBT ini tidak sedar, dengan menanggung GST mereka sebenarnya melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan rakyat.

Dengan menanggung GST, hakikatnya ialah PBT memberi subsidi kepada para peniaga dan syarikat yang sememangnya wajar sangat membayar cukai. Apa pula sumber kewangan yang memungkinkan PBT bermurah hati membayar subsidi kepada golongan peniaga? Sebahagian besar sumber kewangan PBT adalah geran dari kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan cukai pintu serta cukai tanah. Kecuali PBT-PBT di kawasan perbandaran dan bandaraya besar, kebanyakan dari 145 PBT yang terdapat di negara ini mempunyai sumber kewangan yang amat terhad.

Sebahagian besar dari dana yang diperolehi PBT adalah bertujuan untuk perbelanjaan sosial bagi faedah penduduk tempatan, BUKANNYA untuk memberi subsidi kepada para peniaga dan syarikat. Lebih banyak GST yang ditanggung oleh PBT bagi pihak peniaga dan syarikat, makin sedikitlah wang yang ada untuk dibelanjakan ke atas penduduk tempatan.

Benarkah beban rakyat akan berkurang jika PBT menanggung GST bagi peniaga?

Berita melaporkan ada peniaga-peniaga yang tidak menolak jumlah Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang sudah dimansuhkan sebelum mengenakan GST. Apakah langkah PBT untuk menanggung GST bagi peniaga-peniaga ini boleh menjamin peniaga tidak akan menaikkan harga barang mereka kelak?

Jika syarikat berdaftar GST ditanggung GSTnya oleh PBT, syarikat tersebut masih boleh menuntut cukai input yang tidak dibayar olehnya. Jadi, syarikat sedemikian untung dua kali – pertama dengan tidak membayar GST (kerana ianya telah dibayar oleh PBT) dan kedua dengan menuntut GST yang tidak dibayarnya dari kerajaan persekutuan.

Bayangkan sewa papan iklan sebanyak RM50 ribu oleh sebuah agensi pengiklanan besar. GSTnya sebanyak RM3 ribu akan dibayar oleh PBT manakala agensi itu masih boleh menuntut kembali RM3 ribu itu sebagai cukai input dari kerajaan persekutuan. Yang rugi berganda adalah penduduk tempatan yang PBTnya membayar GST sebanyak RM3 ribu. Jadi RM3 ribu yang sepatutnya digunakan bagi faedah penduduk terpaksa digunakan untuk memberi subsidi RM3 ribu kepada sebuah agensi pengiklanan.

Di negara ini terdapat syarikat-syarikat telekomunikasi besar kaya-raya yang mempunyai jualan berbilion-bilion banyaknya yang berhempas pulas dan sedaya upaya TIDAK mahu menanggung GST yang dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar. Yang peliknya, terdapat pula PBT-PBT ‘miskin’ dan sangat terhad sumber kewangannya yang mengambil langkah teramat bodoh untuk menanggung GST yang dikenakan atas ‘bekalan perniagaan’ mereka – satu persembahan lucu oleh mereka-mereka yang tidak berfikir mendalam tentang implikasi tindak tanduk mereka. Kononnya, menanggung GST untuk mengurangkan beban penduduk tetapi sebenarnya memberi subsidi kepada golongan yang tidak sewajarnya menerima subsidi dan menambahkan beban penduduk lain melalui pengurangan perbelanjaan sosial.


Bagi mereka-mereka, termasuk sesetengah PBT yang sudah dirasuk dan diperdaya oleh retorik anti-GST dari beberapa parti politik dan kian ghairah kononnya mahu meringankan beban rakyat, silalah bertenang sejenak dan fikirkan perkara ini – parti-parti politik tersebut membantah dengan gila, rakus dan lantang akan GST tetapi mereka tidak pernah, walau sedikit pun, membuat janji akan memansuhkan cukai baru itu sekiranya mereka berkuasa. Kenapa agaknya? Fikir-fikirkanlah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya setuju. Mereka bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 11:23 PM | Show all posts
setuju

kebodohan yg xboleh disimpan lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.087660 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list