CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2979|Reply: 14

Soo Wincci Peroleh Tenaga Luar Biasa Kerana Amalan Berpuasa

[Copy link]
Post time 24-6-2015 03:00 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Soo Wincci tidak menjadikan amalan berpuasa dilakukannya sebagai alasan untuk dia tidak bergiat aktif menjalani aktiviti hariannya yang sentiasa padat.

Soo Wincci, 29, sebaliknya berkata, amalan berpuasa di bulan Ramadan memberikannya tenaga luar biasa termasuk dia lebih teliti dalam melakukan perancangan dan berfikiran tajam ketika membuat sesuatu keputusan.

"Setiap kali Ramadan saya sentiasa ada tenaga luar biasa meskipun sedang berpuasa malah lebih fokus dalam melakukan sesuatu.

"Pada masa ini juga saya selalunya mengatur perancangan saya kerana ketika berpuasa saya mendapati minda saya lebih fokus," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Ramadan kali ini adalah tahun keempat bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia itu berpuasa.




Dalam pada itu, Wincci berkata, bagi memastikan dapat berpuasa dengan lancar dia akan memastikan dapat bangun sahur dan berhenti makan sebelum masuk waktu Subuh.

Wincci berkata, selain makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan telur separuh masak, dia akan memastikan turut menjamah dua biji buah kurma.

"Kebiasaannya saya tidak mengambil makanan berat waktu sahur tetapi ia mestilah berkhasiat.

"Paling penting adalah buah kurma kerana khasiat di dalamnya yang membekalkan tenaga untuk sepanjang hari," ujarnya.

Berkongsi pengalaman tahun ini, Wincci berkata, puasa hari kelima memberi cabaran kepadanya apabila perlu berlakon di bawah sinaran terik matahari ketika untuk drama bersiri The Injustice Stranger di Semenyih dekat sini.

Katanya, rakan pelakon lain dalam drama berkenaan berasa pelik dengannya yang tetap berpuasa biarpun penggambaran tersebut mencabar.








"Memang rasa seperti hendak pengsan tetapi saya tidak mahu mengalah kerana menganggap itu adalah cabaran buat diri saya.

"Saya berazam untuk berpuasa penuh seperti tahun sebelum ini," katanya yang akan menjalani penggambaran sehingga Julai depan.

Sementara itu, Wincci berkata, dia gembira peminat sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya menerusi laman sosial Instagram untuk sentiasa tabah mengharungi dugaan berpuasa.

"Tiga tahun sebelum ini ramai yang mempertikaikan tindakan saya tetapi masuk tahun ini saya terima pelbagai kata-kata galakan daripada mereka.

"Malah rakan-rakan bukan Muslim juga turut menyokong dan ada yang mencuba berpuasa selepas melihat saya berjaya melakukannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wincci berkata, dia akan kembali ke Taiwan pada bulan hadapan sebelum pulang ke Malaysia pada Oktober untuk konsert solonya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 03:06 PM | Show all posts
ingatkan dia minum air tenaga apelah tadi mse sahur..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alion blh msuk sni, baca komen nonmuslim tntg kbaikan brpuasa

Soo winchii ni kuat smngat n rajin.. Mcm2 dia bt dlm hdup dia.. btl2 mnikmati khidupn kipidap
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 04:19 PM | Show all posts
masuk islam je la amoi oi..

meh kawen ngan aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 04:24 PM | Show all posts
one of my fren tanye tak penat ke puasa.. i ckp dah biasa.. lgpun kan ada sahur.. nanti i suruh dia baca kisah soo win ci ni berpuasa manatau dia akan paham.. kita nak cakap pon tak pandai nak explain.. btw she's chinese..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 05:03 PM | Show all posts
die kan mmg tiap2 tahun pose....dh rmi yg tau khasiat puasa ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2015 05:31 PM | Show all posts
ouh ingatkan dia dah masuk isle
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
model2 lg la suke posa ni
mkn lebih waktu berbuka pun tak rasa bersalah sgt
kalo tak bercatu lah mkn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
malu ler org islam yg saja2 tak puasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
salut ini amoi..cakap pon sopan je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 09:56 PM | Show all posts
tagas replied at 24-6-2015 04:19 PM
masuk islam je la amoi oi..

meh kawen ngan aku

kalau takat masuk Islam, mudah bang tapi nak jadi seorang muslim atau muslimah sejati dgn mentaati perintah Allah, itu yg payah.  Yg dilahirkan drp ibubapa muslim pun banyak cabaran dn godaannya shngakan  terkucil dn terkehel ibadahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 10:09 PM | Show all posts
lonso replied at 24-6-2015 04:24 PM
one of my fren tanye tak penat ke puasa.. i ckp dah biasa.. lgpun kan ada sahur.. nanti i suruh dia  ...

Berpuasa ini besar hikmahnya.  Tauhid dan ibadahnya selari, mengajar manusia taat kepada Ilahi spt firman Allah yg mewajibkan muslimin berpuasa sptmana ummat yg terdahulu juga berpuasa.  ummah dididik untuk berdispilin (mematuhi jam waktu dilarang makan-minum dn segala pantang larang yg membatalkan puasa), kemudian mengeratkan silaturrahim sesama ummah dgn memberi makanan kepada orang2 yg berpuasa sambil bersedeqah, juga mendidik rohani untuk mengerti perasaan orang2 yg tidak ada makanan.  Dari segi kesihatan pula, ada kesempatan untuk berdiet dan menjaga pemakanan serta memberi rehat kepada perut drp terus bekerja.

Off all, puasa juga sbg memenuhi akujanji kepada rukun Islam yg ketiga, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn cina aku, nk ckp ttg makanan pun risau depan aku, apatah lg nk mkn minum dpan aku. Ok sori ot. Btw aku suka wincci sbb nmpak dia bersopan dan xsombong
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 01:53 PM | Show all posts
harap diberikan hidayah oleh NYA
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 09:55 PM | Show all posts
wincci kalau dtg bulan, xyah puasa la ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.203089 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list