Edited by fynnkakiblock at 18-7-2015 09:29 AM
Raya Siti Nurhaliza Terasa Kosong Atas Pemergian Arwah NenekMelihatkan kepada ekonomi negara yang tidak menentu, Datuk Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa sambutan Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan mengamalkan konsep berjimat cermat dan dalam keadaan sederhana sahaja.
“Raya pada tahun ini saya dan suami akan beraya di kampung saya, Kuala Lipis, Pahang dan ke kampung suami di Kedah. Tetapi ia lebih disambut secara sederhana. Maklumlah ekonomi kita tidak berapa nak elok, kita perlu berjimat cermat dalam segala hal”
“Lagipun bersederhana adalah yang terbaik dalam melakukan setiap perkara,” katanya kepada mStar Online sambil menjelaskan bahawa dia merasakan bagai ada kekosongan menyambut Aidilfitri kal ini. “Sebelum ini, saudara mara semua akan berkumpul untuk bersama nenek setiap kali raya.
Memandangkan nenek dah tak ada, emak saya yang akan jadi ketua dalam keluarga adik beradiknya untuk berkumpul.
Kredit kepada RotiKaya
P.S Berbeza betul sikap Siti Nurhaliza yang merupakan antara selebriti jutawan di Malaysia berbanding dengan Ratu Show Off (RSO) yang acah-acah jutawan
|